CONTEST SEO ERIDY TINGKATKAN SEO BLOG

Salam hujung minggu

Untuk makluman semua Contest SEO Eridy ini dianjurkan oleh Eridy.Com

Walaupun saya sangat mentah dengan asas-asas ilmu SEO… ,teknik SEO untuk manipulasi algoritma, tips tingkatkan SEO blog, cara meningkatkan page rank blog dengan menguasai kemahiran SEO, perkara-perkara yang memudaratkan SEO sesebuah blog, pemilihan theme blog yang fast loading dan SEO optimized … apatah lagi jenis White Hat SEO dan Black Hat SEO dan segala bagai perkara lagi yang ada kaitan dengan SEO atau nama penuhnya Search Engine Optimization dalam membantu sesebuah laman web atau blog berada di laman pertama hasil enjin carian seperti GOOGLE dan sebagainya, saya tetap bulatkan tekad untuk sertai Contest SEO Eridy ini.

Kiranya dengan rasa rendah diri, saya ingin juga mencuba walaupun sudah berderet-deret blogger tahap 4,5 bintang telah awal-awal lagi submit penyertaan mereka. Mana mungkin laa nak menang  kan..

Mungkin dengan tajuk Contest SEO Eridy Tingkatkan SEO Blog ini, jika tak membantu untuk saya memenangi sebarang hadiah pun ( memang tak berharap pun. Siapalah saya 😀 ) tapi pengalaman menyertai pertandingan seperti ini tentu memberi lebih banyak ilmu dan pengalaman dalam bidang penulisan blog. Dapat backlink pun dah kira sangat ok hihihi.

Ok, sedikit makluman atau perincian berkaitan Contest SEO Eridy ini boleh kalian baca di bawah ini

Tajuk pertandingan :

Contest SEO Eridy

Tarikh tutup :

30 Disember 2013

Syarat-syarat penyertaan :

Menghasilkan satu entri dengan keyword ” Contest SEO  Eridy ” mengikut daya kreativiti masing-masing

Cara penyertaan :

Hasilkan sebuah entri dan submit link entri tersebut di blog Eridy.Com

Hadiah keseluruhan :

Wang tunai bernilai RM500

Tempat pertama : RM200 x 1

Tempatke-2 : RM100 x 1

Tempat ke-3 : RM80 x1

Saguhati : RM20 x 6

Penilaian @ pemilihan pemenang :

Ditentukan melalui blog peserta yang berjaya berada di kedudukan laman pertama carian enjin GOOGLE dengan menggunakan keyword ” Contest SEO Eridy “.

Jom sertai sekarang dan tingkatkan SEO blog anda 🙂

Kepada semua contestant, selamat berjaya !

 

27 Comments

  1. Saya tak join contest SEO Eridy..hanya memerhatikan semangat dan persaingan peserta dari jauh..

  2. ramai juga yang masuk contest ni ye.. saya tak sempat nak join

    • Ni percubaan pertama bab2 SEO ni… tak pe tak sempat join. Coming soon banyak lagi tu

  3. xpe sis..kalah menang no. 2..cari ilmu blogging n seo utk entry akan datang for long term target 🙂

  4. kalah menang nombor tiga
    yang penting kita ikut serta

    selamat masuk gelanggang
    kita ikut je mereka dari belakang

  5. Salam……
    Good luck….jom join ramai-ramai dan perbaiki teknik SEO kita. Barulah mula memikirkan nak berada di page 1 di SERP. he..he…!!!
    TQ….

  6. Salam sejahtera… Tahniah kerana berjaya menyertai contets terhebat ini. Semoga anda berada di kedudukan terbaik nanti. Insya Allah. Ada masa sudi-sudilah terjah entri saya juga ye:

    Contest SEO Eridy

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *