Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ..

Seronok rasanya apabila sesekali blogwalking ke blog rakan blogger yang lain. Sudah berbulan-bulan agaknya saya kurang aktif melakukan aktiviti yang satu ni. Nak dikatakan terlalu sibuk, saya bukannya  menteri atau orang besar walau pun makin hari nampaknya makin ‘membesar’ hihik 😀 . Hendak dikatakan tiada masa, itu pun bukanlah alasan sebijaknya. Entahlah…, mungkin kerana banyaknya keutamaan diperuntukkan untuk tugas-tugas wajib sebagai seorang wanita berkerjaya, isteri, ibu dan juga anak.

Impaknya, ranking alexa jatuh merudum. Daripada 1,4+++, …  lebih dan pernah jauh lebih baik daripada itu lagi sebelumnya kepada angka seperti di bahagian footer blog ni. Jadi bagaimana mahu menarik perhatian advertisers sekiranya sudah begini prestasinya ? Hehe, macamlah sebelum ni awak dah menarik perhatian ramai pengiklan sangat ye Cik Kiah …hishhhh kome mengigau ye ?!

Ok, hal inilah yang mahu saya coretkan hari ini. Bukanlah keluh-kesah mengenangkan prestasi blog yang semakin ke laut ( walaupun terkadang memang itulah keadaan sebenarnya )  , juga tiada sekelumit pun hasad dengki . Ia sekadar pandangan peribadi yang mungkin betul atau juga sebaliknya.

Blogger di bandar lebih bertuah dan punya lebih banyak potensi  untuk mendapat perhatian pengiklan jika dibandingkan dengan blogger kampung atau blogger picisan seperti saya yang tinggal nun jauh di hujung dunia ni. Pendapat saya saja …. jika ada yang bersetuju sila angguk-anggukkan kepala 🙂 ok. Kalau tak setuju, boleh beri komentar nanti ye.

Sumber : GOOGLE

Jenama blog, ranking dan populariti tak dapat dinafikan lagi sememangnya menjadi pilihan utama para pengiklan untuk mengiklankan produk atau servis mereka. Mana mungkin mereka sanggup melaburkan wang yang banyak tanpa melihat potensi untung atau rugi. Seperti mana sesebuah perniagaan, tapak atau lokasi memainkan peranan sebelum keputusan dibuat untuk membangunkan perniagaan tersebut. Samalah halnya dengan pengiklan. Mana mungkin mereka memilih blog yang tidak atau kurang popular untuk menjadi alat pengiklanan mereka … betul tak ?

Apa kaitan semua ini dengan blogger yang menetap di bandar ? Mengapa dikatakan blogger di bandar lebih bertuah ?

Blogger di bandar lebih bertuah kerana mereka berada lebih dekat dengan lokasi pengiklan. Mereka tiada masalah untuk menghadiri mana-mana jemputan pelancaran sesuatu produk atau event tertentu. Mereka tiada masalah untuk menghadiri seminar-seminar atau kursus pendek  yang ada kaitannya dengan dunia blogging itu sendiri. Mereka juga lebih cepat dan lebih awal memperoleh maklumat tentang sesuatu program atau produk baru. Penulisan entri atau kandungan blog mereka juga lebih menjurus kepada hal-hal besar yang berlaku berdekatan lokasi mereka. Contohnya seperti pelancaran kereta nasional yang baharu, jualan gudang akhir tahun, review pameran buku, pameran MAHA dan lain-lainnya lagi. Dan bukannya tentang pucuk paku yang tumbuh banyak di hujung kampung atau ikan sepat yang sudah mulai pupus akibat tanah sawah ditebusguna 😐

Ketepatan maklumat atau kandungan sesuatu entri itu pula lebih tinggi kebolehpercayaannya kerana mereka mendengar dan melihat dengan mata kepala mereka sendiri tentang perjalanan sesebuah acara atau program berbanding dengan blogger jauh yang menulis hanya berdasarkan berita yang diterima tanpa melihat dan merasainya sendiri.

Tidakkah itu menunjukkan bahawa blogger di bandar jauh lebih bertuah ?

Tetapi … haa ada tetapi nye tu …

Bukan bererti blogger jauh dari bandar tidak bagus. Ramai yang saya temui di alam maya dunia blogging, punya bakat dan kebolehan besar dalam menulis. Punya pengikut yang tersendiri. Malah ada juga yang berjaya memikat hati pengiklan walaupun mereka tinggal jauh dari bandar.

Cuma apa yang saya lihat, keterbatasan dari segi peluang itu masih sangat luas, besar ….

Sekadar satu pandangan peribadi. Apa pendapat rakan blogger yang lain… ?

9 Comments

  1. tak tahu nak setuju ke tidak…sebenarnya dunia online tiada sempadan..jika tak boleh guna cara itu kita guna cara lain..rasanya kalau main affiliate xkisah pun duk kat bandar atau kampung

    1. Author

      Opps.. bab affiliate tu, memang sis setuju. Terlupa nak highlight dalam entri tadi. Tq atas komen tu 🙂

    1. Author

      Rasanya, seingat sis lah…blog fyna pun bukan blog sebarangan. Kalau tak silap blog fyna pun meriah dengan iklan kan…so mungkin apa yg sis tulis tu kurang tepat. Mungkinlah .. apa pun, kita tunggu komen dari blogger lain, baru boleh buat kesimpulan 😀

  2. dalam bab menghadiri jemputan, bloger bandar memang ada kelebihan
    bab lain masih boleh bersaing

  3. dulu rajin join event kak tp skrg dah malas, pilih event berbayar je heheheh itupun jarang benor dptnya

  4. saya tinggal di bandar..tak de event dan buat review produk percuma..entri masuk 1st page ..ada yang tak kisah.

  5. Macam mana yek.. hehe.. sal kalo ada pelancaran pun memang lebih kat KL, kalo kat Kuching ka, Kota Kinabalu ka, Johor Baru ka, memang tiada rasanya kot.. hehe..

    1. Author

      Emmm mungkin …tapi yang disebutkan tu semua bandar besar. Ada peluang berbanding di tempat sis ni…apa2 pun rezeki Allah ada di mana2 ye dak 🙂

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *