AKAUN BLOG KENA SUSPEND
Salam,
Selepas publish last entri beberapa hari lepas, saya ada bercadang nak membuat sedikit susulan @ sambungan entri tersebut. Tapi itulah yang dikatakan orang, kita hanya boleh merancang. Apa2 hal Dia jugak yang tentukan..
Dalam dok sibuk nak tukar lagi sekali ( entah berapa kali dah sebenarnye.. ) themes blog ni disebabkan lama sangat dah saya tak berpuas hati dengan presentation & prestasinya, tiba-tiba akaun blog kena suspend. Ya, akaun blog saya kena suspend ! Makan hampir 2 hari jugaklah. Memang terkejut badak lah jugak saya dibuatnya. Ok ,boleh tengok kat bawah ni adalah salinan email yang dihantar kepada saya.
Salam..
Ingin dimaklumkan, pihak ami terpaksa suspend akaun website anda, apacerita.comkerana didapati ianya menggunakan sumber CPU server kami dengan sangat melampau.Penggunaannya hampir kepada 50% setiap hari,sedangkan, setiap akaun hanya diperuntukan sekitar 10% sahaja.Oleh itu, pihak kami terpaksa suspend akaun anda buat sementara waktu untuk mengelakkanserver kami hang dan down.Bersama email ini diattachkan bukti rekod kami terhadap penyalahgunaan resourceyang telah dilakukan website anda.Untuk mengatasi masalah ini, anda ada 2 pilihan.1. Menyemak plugin yang anda gunakan pada website wordpresss anda,dan buangkan plugin-plugin yang mungkin menyebabkan penggunaan resource yang melampau tersebut.atau..2. Anda dapatkan perkhidmatan webhosting dari pihak lain,memandangkan server kami sudah tidak mampu menampung website anda.Sekian, terima kasih.
Salam, Ya.. anda telah menggunakan space berlebihan/trafik terlalu tinggi ke laman web anda. Jika anda ingin mengembalikan laman web, boleh upgrade pakej sedia ada mengikut tutorial yang ada di …………………………………………..
Terima kasih
——————————
Status: Answered
proses pertukaran themes tu kemungkinan sebabnya
alhamdulillah ia telah kembali aman
Finally itu le yg dorang beritau slps ‘ post mortem ‘…
Plugins dan theme tertentu juga boleh menyebabkan penggunaan daya tinggi,ciri theme/plugins ini ialah berukuran (kb) besar.
Ok yg ni sy setuju sgt. Skala besar mmg ada impak…huhu jd 1 pengajaran ni
Tertanya jugak apakah puncanya? Selalunya disebabkan plugin.. Hehe
maybe juga tu sbb palugin atau themes
Itulah yg dinyatakan pihak server, tp agk confused gak psl dh bbulan-bulan tak masukkn plugin baru… blog dgn plugin sedia ada tu sblm ni ok jer
buang plugin mana yg tak penting.cuba kekalkan mana plugin blh prting harus di kekalkan..
terkadnag bila kita muat naik sbrangan blh bg kesan kt blog..mula2 ok lama2 blig mula meragam..syukur dh ok.
begini, ianya bukan sebab traffik tinggi tetapi blog kamu menggunakan resource cpu yang sangat tinggi terhadap server mereka. Kalau blog kamu guna sehingga 50%, pastu kawan kawan lain guna 10%, makan cpu server hosting tadi menjadi over 100% yg menyebabkan blogger blogger lain yang dibawah bumbung server yg sama turut merasa kesan seperti lembab loding, hang dan sebagainya.
Saya pernah kena seperti ini, cara mudah saya tukar hosting saya kepada jenama lain dan yg lebih mahal. Alhamdulillah hingga kini masalah ini x terjadi lagi