TIPS PENTING MENJAGA KEBERSIHAN ZON V : Love Your V !

By | August 20, 2013

Petang semalam semasa menunggu anak bujang remaja habis sesi persekolahannya jam 2:40 petang, saya sempat juga tinjau-tinjau blog sendiri. Masa ni lah ternampak ada kelibat iklan Lactacyd si Cecair Pembersih Wanita menari-nari pada bahagian leaderboard. Terdetik di hati entah-entah CPUV baru masuk kot tapi saya malas nak godek akaun Nuffnang untuk check. Biarlah, kalau itu memang CPUV baru, alhamdulillah rezeki Syawal.

Lactacyd is the feminine hygiene specialist. Unlike brands that provide intimate hygiene care as a supplementary range to body or facial products, Lactacyd’s heritage is in dedicated intimate care.

Kebetulan juga agaknya sebab saya baru je bercadang-cadang nak kongsikan sedikit tips khusus untuk pembaca wanita tentang ” Tips Penting Menjaga Kebersihan Zon V : Love Your V ! ” tiba-tiba muncul pula iklan ni. Macam orang mengantuk disorongkan bantal laa jawabnya 😛

Straightly to the point  – Zon V membawa maksud kawasan alat sulit wanita atau namanya vagina. Harap jelas tu..

Dilahirkan ,  membesar serta meneruskan kehidupan sebagai seorang WANITA  tidaklah semudah yang disangka. Mengalami kitaran haid dengan situasi yang berbeza antara setiap wanita yakni ketidakselesaan atau serangan senggugut , kemudiannya berkahwin, menjalani fasa kehamilan serta melahirkan adalah proses yang dilalui oleh kebanyakan wanita normal. Fasa-fasa ini sedikit sebanyak memberi impak kepada kesihatan sistem reproduktif terutamanya.

Kesihatan sistem reproduktif bererti tidak terlepas kaitannya dengan kesihatan kawasan intim ataupun vagina. Jadi, tanpa perlu nak membebel panjang, jomlah kita para wanita khasnya dan encik-encik suami amnya untuk tidak terus memandang remeh tentang hal ini.

Terjah sekarang akan tips  penting menjaga kebersihan zon V: Love your V! Beringat sebelum terlambat . Aiseyy macam wartawan TV3 pula dah ehehe.

1. Pastikan bahagian luar vagina sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.

Persekitaran vagina yang lembap akan membuka ruang untuk bakteria membiak dengan lebih mudah. Oleh itu, jika anda terdedah terlalu lama kepada cuaca panas, anda digalakkan menukar pakaian.

2. Bersihkan vagina setiap hari.

Namun bukannya dengan sabun mandi !  Sebaliknya,gunalah pencuci khas bahagian intimasi anda itu dengan memilih pencuci yang seimbang PH nya.Pastikan juga ia anti alahan.

3. Setiap kali selepas selesai membuang air kecil atau besar, bersihkan keseluruhan bahagian vagina atau dubur dengan permulaan pergerakan membersih dari depan ke belakang. Ini kerana kesalahan arah mencuci, memungkinkan sisa air kencing atau najis menjadi penyebar kepada jangkitan bakteria.

4. Pilih untuk memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas kerana pakaian daripada bahan tersebut lebih mudah menyerap lembapan dan memudahkan kulit untuk bernafas.

5. Elakkan memakai pakaian dalam yang ketat kerana ia akan memerangkap lembapan yang seterusnya dapat mewujudkan satu persekitaran yang sesuai untuk pembiakan yis dan bakteria.

Punca Jangkitan Salur Kencing

6. Taburkan bedak berasaskan tepung jagung ( 100 % bebas talkum ) pada seluar dalam untuk menyerap lembapan yang boleh menyebabkan kegatalan dan iritasi. Selain itu ia juga mampu meneutralkan bau.

7. Elakkan penggunaan  krim spermisidal atau gel pelincir jika penggunaan pada sebelumnya telah pernah menyebabkan iritasi pada vagina.

8. Jika anda berhadapan dengan masalah kekeringan vagina, gunakanlah pelembap vagina yang sesuai serta disahkan keselamatannya.

9. Jangan lupa melakukan ujian calitan ( pap smear ) setahun sekali sebagai langkah mengesan sebarang kemungkinan penyakit yang berkaitan.

10. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis ubatan,krim atau bahan rangsangan seksual yang dikatakan mampu memberikan pelbagai kesan terbaik fungsi vagina dalam mempersembahkan prestasi seks yang hebat. Anda disarankan agar lebih berhati-hati memilih produk-produk tersebut kerana dikhuatiri terdapat produk yang menggunakan bahan terlarang serta mendatangkan bahaya dalam jangka panjang.

p/s: Entri ini adalah entri siaran semula untuk rujukan pembaca setia blog ni. Dipetik daripada blog saya terdahulu yang kian ‘tenggelam’ dan nampak macam nak berkubur dah… Ohh, baru je lepas check, memang ini salah satu CPUV terbaru daripada 4 yang sedang running. Thanks Team Nuff.. Sayang korang ketat2 😀 Emm dapat 1 pun kepoh sekampung. Entah hape-hape ..

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “TIPS PENTING MENJAGA KEBERSIHAN ZON V : Love Your V !

  1. ajumohit

    tahniah kak utk cpuv baru ni, saya belum pernah wat papsmear lagi huhu, ok nnti saya pergi klinik, ish berdebor hehehe

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Haa elok jangan bertangguh… kalau tak tuan badan yg kena sayangkan diri, nak harap siapa lg kan Aju ..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me