Tudung kanak-kanak
SWEET SEPTEMBER – Kongsi Macam2 Cerita

SWEET SEPTEMBER

Sweet September …

Bukan tajuk lagu mahupun kumpulan kugiran , tapi tajuk entri untuk kali ni 😛

September yang datang dengan momen-momen penuh indah. Bukan kerana birthday saya atau birthday Mr Hubby. Juga bukan detik ulangtahun perkahwinan kami.

Sweet September menyaksikan kelahiran kedua-dua anak kami. Kedua-duanya lahir pada September walau bukan tahun yang sama. Pada 1 September lepas, Si Abang meraikan ulang tahun kelahirannya disusuli Hafiy, Si Adik pada 9 September, betul-betul sehari sebelum menjelangnya peperiksaan UPSR.

Terasa begitu cepat masa berlalu. Terlalu cepat. Sedar-sedar kedua-dua adik dan abang ini sudah pun menginjak ke alam remaja. Mudah-mudahan mereka membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.

Saat mengandungkan mereka berdua, saya tidak pernah langsung mengalami alahan teruk,morning sickness atau apa saja perkara yang sinonim dengan kehamilan.Mengidamkan sesuatu atau loya, sekali pun tidak dirasakan. Jadi saya memang betul-betul tidak tahu bagaimana rasanya segala ketidakselesaan sepanjang proses kehamilan.

Mungkin Allah menguji saya. Dipermudahkan segala perkara sehinggalah saat-saat melahirkan.

Sebulan sebelum kelahiran Si Abang, saya disahkan mengalami placenta previa. Maksudnya uri berada di bawah dan menutup laluan kelahiran. Sempat ditahan di wad selama beberapa hari sebelum dibenarkan pulang. Mungkin berkat doa yang tidak henti, akhirnya uri berpusing ke kedudukan normal.

Sehari sebelum kelahirannya pula iaitu pada 31 Ogos, berlaku satu lagi perkara yang  biasa disebut-sebut juga sebagai leaking. Air ketuban pecah dan keluar sedikit demi sedikit sehingga kering. Malang sekali saya langsung tidak menyedarinya. Mungkin kerana kurangnya pengetahuan saya tentang pra kelahiran atau tanda-tanda kelahiran. Saya memang zero tentang hal-hal begitu,apatah lagi itu kehamilan pertama. Saya juga langsung tidak tahu kepada siapa perlu dirujuk kerana semasa kejadian itu berlaku saya tinggal di kuarters guru dan mengajar di sekolah yang guru perempuannya ramai tapi semuanya berstatus cik ! Ye, walaupun saya guru perempuan termuda pada masa itu, tapi saya seorang saja yang menyandang title puan.

Sebaik dimasukkan ke wad, doktor mengesahkan kandungan saya sudah lemas,sudah menelan terlalu banyak najis. Risiko kecacatan, kemungkinan menjadi hiperaktif,atau sebaliknya menjadi lembam serta masalah-masalah lain menyebabkan saya terpukul dan sangat menyesali diri. Kerana zero pengetahuan tentang kehamilan anak sulung saya berada di ambang bahaya.

Selepas 12 jam bertarung di labour room, selepas nyaris saja menggunakan forcep, hampir putus nyawa saya, Si Abang pun lahir. Malangnya Si Abang langsung tidak ditunjukkan kepada saya seperti prosedur biasa. Malah doktor yang menyambutnya saja mengazankannya kerana Mr Hubby ketika itu berada di surau,menunaikan solat. Sebaik lahir doktor bergegas ‘melarikannya’ ke wad lain untuk menyedut najis yang ditelan dan memasuki paru-parunya.

Si Abang ditahan di wad kanak-kanak kerana masalah yang berlaku ketika kelahirannya. Saat mula dia menjengok dunia tiada langsung tangisan kedengaran. Sehinggalah hari ke-7, barulah tangisan pertamanya kedengaran. Hari pertama juga Si Abang mencelikkan mata dan saat pertama saya dibenarkan menyentuhnya. Bayangkanlah … 🙁

Momen-momen sepanjang tempoh itu memang menimbulkan banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan malah saya ingat semuanya dengan jelas sehingga kini.

Kepada bakal-bakal ibu, belajar dan ambil tahulah apa saja perkara yang berkaitan dengan kehamilan dan kelahiran. Jangan bersikap ambil mudah supaya kalian tidak perlu melalui detik-detik sukar seperti itu. Ia bukan sekadar membahayakan nyawa sendiri malah anda berisiko tinggi kehilangan darah daging pengikat kasih sayang suami isteri. Berlaku sesuatu, anda mungkin menyesal seumur hidup.

Terdapat banyak lambakan majalah berkaitan keibubapaan dan kehamilan yang ada di pasaran,jadi belajarlah.

Alhamdulillah, sehingga kini saya bersyukur. Si Abang, walau mengalami sedikit komplikasi dari kejadian itu, dia masih di sisi saya. Sehingga saat ini menjadi anak yang tidak sukar diuruskan ,mudah dibentuk dan ditunjuk ajar. Mudah-mudahan berkekalan begitu sehingga dewasa. Amin ya rabbal a’lamin

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

10 Comments on "SWEET SEPTEMBER"

  1. moga2 anak akak akan menjadi pembekal doa untuk kita di masa akan datang. amin.

    Salam kenalan kak 🙂

  2. amin ya rabbal a’lamin
    moga2 sentiasa mendapat rahmat allah
    dunia dan akhirat

  3. slmt hari lahir bt adik n abg..smoga jadi anak yg soleh pd ibu…
    pglmn bersalin yg xdpt dilupakan..itulah pengorbanan seorg ibu bt anak tsyg..

  4. sudah ada dua cahaya permata..bahagia saat hamil memang sukar nak di gamabarkan..

  5. ya allah besarnya dugaan akak, alhamdulillah abang membesar dengan sihat, happy belated birthday for both of them, semoga menjadi anak soleh dan harapan ibu ayahnya 😉

  6. tak dapat saya bayangkan bahawa pengorbanan isteri dalam melahirkan zuriat si suami…bertarung nyawa hidup dengan mati..amat menginsafkan

    jom baca entri saya :Kaji Selidik Tentang Backlink Melalui Blogwalking

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me