SINDROM PRA HAID ( PMS )

By | April 20, 2014

Sindrom pra haid ( PMS ) adalah salah satu daripada pelbagai cabaran hidup yang perlu dilalui oleh kebanyakan wanita di dunia.  Namun, walaupun ia berkait rapat dengan wanita bukan bermakna para lelaki tidak harus ambil tahu tentang ini.

Jika anda seorang lelaki atau  suami , terutamanya yang bakal  mendirikan rumah tangga atau baru sahaja berkahwin, anda disarankan agar membaca entri ini sehingga habis . Bukannya apa, sekadar supaya anda tahu bahawa bukan mudah menjadi seorang wanita seperti yang disangka-sangkakan oleh kaum lelaki. Juga supaya anda lebih mengenali dan memahami pasangan anda, agar  tidak timbul pertengkaran atau buruk sangka akibat hal tersebut.

Sindrom Pra Haid (PMS) adalah gangguan yang berlaku terhadap  kebanyakan wanita matang dalam lingkungan usia 25 -35 tahun menjelang kedatangan haid. Namun ada juga wanita lebih berusia yang turut mengalami simptom tersebut.  Gangguan atau simptom  ini lazimnya melibatkan aspek fizikal dan emosi.

Gejala atau gangguan berbeza antara setiap wanita ini berlaku dalam tempoh 7 -10 hari menjelang haid atau popular juga dengan istilah ‘datang bulan ‘. Gangguan kemudiannya berakhir beberapa hari selepas haid.

Gangguan –gangguan yang tidak menyelesakan ini berbeza bagi sesetengah individu. Ada yang ringan sahaja manakala ada sebahagiannya pula memberi kesan yang besar kepada aktiviti seharian serta mempengaruhi produktiviti pekerjaan.

Berapa banyakkah gejala yang boleh dikaitkan dengan PMS ?

Percaya atau tidak terdapat lebih kurang 150 gejala PMS, di mana 90 % wanita mengalami sekurang-kurangnya 1 simptom manakala hanya lebih kurang  5 % sahaja yang bebas daripada simptom tersebut.  Gejala-gejala ini boleh dilihat daripada aspek fizikal dan emosi.

Gejala Fizikal PMS

  1. Ketidakselesaan pada perut seperti rasa sebu atau kembung sebelum atau ketika haid. Perut juga ketara lebih buncit berbanding hari biasa.
  2. Kelesuan atau keletihan yang ketara  menyebabkan wanita yang terbabit menjadi tidak bermaya untuk melakukan pekerjaan atau rutin harian yang biasa dilakukan sebelum ini.
  3. Sakit kepala, berdenyut-denyut seperti serangan migraine.
  4. Pening atau dizziness
  5. Sakit sendi atau otot / lenguh pada kebanyakan bahagian badan.
  6. Panas badan lebih ketara berbanding hari-hari biasa.
  7. Gangguan tidur –tidur yang tidak nyenyak atau kerap terjaga pada separuh malam.
  8. Selera makan bertambah dan keinginan terhadap jumlah makanan yang diambil juga meningkat.
  9. Mengidam atau terasa teringin memakan sesuatu jenis makanan yang kurang atau jarang dimakan sebelum ini.
  10. Buah dada membengkak ( menegang ) dan terasa nyeri seperti ditusuk jarum .
  11. Bengkak atau sembab pada kaki dan tangan.
  12. Sakit pada seluruh badan.

Gejala Emosi PMS

  • Mudah marah atau naik angin walaupun hanya pada perkara-perkara kecil.
  • Perubahan mood – Lebih sensitif, sukar mengawal emosi dan mudah tersinggung.
  • Dilanda kerisauan dan kebimbangan terhadap perkara-perkara kecil atau tanpa sebab.
  • Lebih cepat tertekan.
  • Keresahan , berpeluh-peluh atas sebab-sebab yang kecil atau tidak diketahui.
  • Mudah berasa bersalah atau berasakan diri tidak berguna serta tidak dihargai.
  • Hilang daya tumpuan terhadap tugas atau sesuatu pekerjaan.
  • Penurunan minat terhadap sesuatu aktiviti yang sebelum ini amat disukai.

Bolehkah PMS ditangani ?

Ya, sebenarnya ramai wanita tidak menyedari bahawa sindrom PMS boleh ditangani. Antaranya :

Terapi menangani PMS

  1. Pengambilan ubatan anti depresan  SSRI – Selective Serotonin Reuptake Inhibitors ( untuk melegakan tekanan ), diambil dalam tempoh 14 hari sebelum haid.
  2. Ubatan diuretik ( ubatan bagi melancarkan pengaliran  air kencing )
  3. Ubatan anti bimbang  seperti benzodiazepine
  4. Kontrasepsi oral

Mengubah Gaya Hidup

  1. Perbanyakkan olahraga atau senaman / senamrobik
  2. Hadkan atau kurangkan makanan tinggi garam dan gula, daging merah, alkohol, kafien, coklat dan minuman berkarbonat.
  3. Hadkan makanan berlemak atau bergoreng.
  4. Perbanyakkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  5. Perbanyakkan air kosong
  6. Hadkan pengambilan protein

 Ok, demikian perkongsian tentang gejala PMS. Untuk kepastian yang lebih baik, ada baiknya anda merujuk kepada pakar obstetrik dan ginekologi  terutama bagi pengambilan ubat-ubatan seperti yang saya sebutkan di atas tadi.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

10 thoughts on “SINDROM PRA HAID ( PMS )

  1. hafizmd

    Terbaiklah info camni. bagus juga utk suami mcm saye ni utk lebih faham isteri.

    thanks sis haza =)

    Reply
  2. puteri kasih

    bagus perkongsian ni sis…sebagai info tambahan untuk kaum wanita yang kadang kala pelik juga dengan apa yang mereka alami dan untuk pengetahuan untuk kaum lelaki agar mereka lebih memahami wanita 🙂

    Reply
  3. ajumohit

    mmg ada sindrom ni pd saya kak, ingatkan dah 3 orang ni dah hilang seru tu rupanya masih ada hehehe

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Mmm…bayangkanlah jika sindrom2 begitu berlaku pada kaum lelaki pula. Mungkin baru mereka tahu, menjadi wanita bukan semudah disangka

      Reply
  4. Entri Popular

    ya…info ini amat berguna untuk saya walaupun saya bukan wanita ..kini saya tahu bukan senang nak urus wanita-wanita (isteri dan anak-anak perempuan) bawah jagaan sahaja..

    Reply
  5. linie

    baguss info ni..memang sepatutnya suami2 kena tahu kenapa emosi si isteri tiba2 berubah..ihiii

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me