3 entri berkaitan penjagaan kesihatan ibu hamil sudah disiarkan. Tak seimbang pula jika tiada info tentang bayi kan.. Ada ibu hamil, tentu lah ada bayi .. Heheh alasan konkrit untuk tulis entri berkaitan punca dan masalah bayi pra matang 😛

Entri akan cuba diringkaskan seringkas mungkin. Sebenarnya Cik Kiah sibuk berkursus seminggu ni, tapi pada masa sama sebolehnya masih nak cuba kekalkan momentum blogging. Dah makin gayat melihat kerap sangat cik Alexa merajuk dan terus merajuk. Themes baru ? Usah bertanya lah, buat-buat tak nampak je udah ye ..malas dah nak bercerita 🙁

Ok, tak yah buang masa. Jom tengok apa maksud bayi pra-matang.

Secara mudahnya, bayi pra matang adalah bayi yang dilahirkan lebih awal beberapa minggu daripada tempoh kehamilan lengkap yang sepatutnya dalam lingkungan 40 minggu.

Kelahiran bayi pra matang tentu saja berkait dengan masalah ketidaknormalan pada kandungan sepanjang fasa kehamilan. Ia mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut :

Janin

Ketidaknormalan pada kromosom yang mungkin mengalami kerosakan atau kecacatan serta mengalami infeksi ( jangkitan ) kronik

Uri

Kemungkinan berlaku infeksi pada uri,uri mati atau mengalami penuaan sebelum waktunya. Disebut juga situasi ini sebagai infark uri iaitu satu keadaan di mana tisu uri mati akibat masalah gangguan bekalan darah dan faktor kesihatan yang lain. Salah satu puncanya ialah penyumbatan salur darah kerana duduk terlalu lama semasa menempuh perjalanan yang jauh

Ibu

Ibu hamil menghadapi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, sembab kaki dan kencing kotor, penyakit buah pinggang, kekurangan oksigen akibat masalah jantung, pemakanan tidak seimbang dan pelbagai lagi

Gaya hidup ibu

Ibu hamil merupakan seorang perokok dan berterusan merokok ketika hamil

Masalah-masalah yang dihadapi  bayi pra matang

Berlaku pendarahan otak

Lazim berlaku pada bayi yang lahir terlalu awal

Risiko penyakit jantung

Gejala penyakit berkaitan jantung yang disebut juga sebagai Patent Ductus Arteriousus ( salur yang menyambung jantung dengan arteri tidak tertutup selepas kelahiran)

Jaundis

Jaundis tahap melampau yang menyumbang kecacatan otak

Ketidakmatangan organ

Organ-organ penting dalaman tidak tumbuh cukup matang  lalu gagal berfungsi dengan baik.

Penyakit usus

Penyakit usus kecil di mana najis menjadi cair serta mengandung lendir dan darah

Kurang zat gula

Fenomena yang akan mengakibatkan kecacatan otak bayi serta boleh membawa maut

Segala info berkaitan punca dan masalah bayi pra matang ini bukan ditulis secara membuta tuli sebaliknya ada bahan yang saya rujuk terlebih dahulu. Tapi, jika ada sebarang kemusykilan eloklah anda merujuknya kepada pihak yang lebih arif. Jangan datang dan bertanya pada saya sebab saya hanyalah seorang guru biasa dan bukannya doktor yer..

 

4 Comments

  1. dulu ada juga mengalami situasi false alarm di mana contraction ketika kandungan 8 bulan, tp syukurlah baby boleh tunggu smpi cukup bulan then baru bersalin 😉

  2. asal masuk blog ini tiba2 mata gua jadi golap heee… bayi pra matang kena pantau lebih skit sllu sb kesihatan ibu kurang baik tu bg kesan kt bby

    1. Author

      Biar le gelap ke kelabu asap ke…janji selalu datang 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *