Selesai sudah cerita misi cantik hujung tahun part 1 jadi apa kata kita terus saja ke misi seterusnya iaitu misi cantik hujung tahun part 2.

Ok, seperti yang telah dimaklumkan dalam entri lepas, misi cantik hujung tahun part 2 ini memberi penekanan kepada kecantikan dalaman. Selalunya jika bahagian dalam sihat dan cantik, ia akan jelas terpancar pada bahagian fizikal atau luaran.

Saya ingin berkongsi dengan sahabat semua especially wanita tentang 5 jenis minuman herba yang boleh dihasilkan sendiri di rumah. Resepi minuman herba ini diperoleh daripada Majalah Mingguan Wanita. Jemu terperap di rumah keluarga mertua, tak boleh keluar ke mana-mana kerana banjir  besar yang melanda, jadi saya minta Mr Hubby belikan majalah ni. Nampaknya tak rugi juga, kerana ada info menarik yang boleh dikongsi bersama.

5 Jenis Jus Herba Untuk Mantapkan Dalaman Wanita

  1. Air Teh Halia
  2. Jus Aneka Herba
  3. Jus Kunyit
  4. Jus Kurma
  5. Jus Delima

Air Teh Halia

Khasiat :

  • Mengeluarkan angin dalam badan
  • Mengurangkan tekanan atau stress serta membuatkan anda lebih tenang

Bahan & Resepi

  • 2 ketul halia – dihiris nipis / diketuk
  • 2 uncang teh, 1 jag air panas, gula perang secukup rasa
  • Rendam teh di dalam air panas hingga kembang
  • Masukkan halia dan gula perang lalu kacau hingga sebati
  • Boleh diminum 2 gelas kecil sehari

Jus Aneka Herba

Khasiat :

  • Memanaskan badan
  • Memberi tenaga
  • Memulihkan kesihatan dan kecantikan dalaman

Bahan  & Resepi

  • 1 Ulas bawang putih
  • 7 biji lada hitam – ditumbuk
  • 1 inci halia – ditumbuk
  • 2 inci ibu kunyit – ditumbuk
  • 1 sudu besar madu
  • 1 biji telur ayam kampung
  • Pecahkan telur ke dalam cawan dan satukan semua bahan ditumbuk bersama ke dalam cawan
  • Masukkan madu dan kacau sebati
  • Minum 1 cawan sehari selama 3 hari berturut-turut. ** Sesuai untuk ibu lepas bersalin

Jus Kunyit

Khasiat :

  • Mengecutkan rahim ibu berpantang dan membanyakkan susu badan

Bahan & Resepi

  • 2 ketul kunyit
  • 1/2 ketul halia
  • 2 batang serai
  • 1/2 ketul lengkuas
  • 1/2 ketul temu kunci
  • 1 liter air
  • Kisar semua bahan sehingga hancur lalu rebus dengan air selama 40 minit – 1 jam
  • Minum segelas kecil sehari

Jus Kurma

Khasiat :

  • Membekalkan tenaga
  • Memberi kecergasan pada badan
  • Menaikkan seri wajah / melembapkan kulit
  • Membanyakkan air susu

Bahan & Resepi

  • 5 biji kurma
  • 1 gelas susu segar
  • 1 sudu madu
  • Kisar semua bahan hingga hancur / sebati
  • Minum sekali sehari ( amat elok ketika perut kosong )

Jus Delima

Khasiat :

  • Meningkatkan tahap kesihatan
  • Mengurangkan kolesterol dan lemak
  • Mecantikkan kulit

Bahan & Resepi

  • 1/2 sudu teh jus delima
  • 1 sudu besar madu
  • 1 gelas air suam
  • Kacau semua bahan hingga sebati. Minum sekali sehari

Ok, itu dia 5 jus herba untuk mantapkan dalaman wanita. Boleh dicuba dari sekarang untuk melengkapkan misi cantik hujung tahun. Bukan saja hujung tahun, malah jika diamal berterusan insyallah akan sihat dan cantik sepanjang usia.

p/s : Sesetengah wanita tidak begitu berani mencuba jus-jus atau minuman botani untuk kecantikan dalaman dan luaran yang berlambak dijual di pasaran sekarang kerana bimbang dengan kewujudan bahan pengawet serta kemungkinan tidak serasi dengan tubuh. Jadi langkah paling selamat, buat sendiri minuman herba ini di rumah. Selamat mencuba 🙂

Sumber : Majalah Mingguan Wanita Bil.1568, Disember 2013 – halaman 62

 

9 Comments

  1. kak masa kami kecik2 dulu mak rajin buat air rebusan halia sebab adik saya tu gastrik so nk buang angin punya pasal dengan saya2 pun kene minum, hangin je hehehehe

    1. Author

      Hahaha sesuai laa..kan tujuannya nak membuang angin 😀

  2. tak pernah tahu
    kunyit juga boleh dibuat jus
    sedap ke rasa kunyit?

    1. Author

      Boleh tapi bukan la macam jus tembikai tu..jus ni untuk orang perempuan espc ibu2 baru bersalin.Nanti jangan pula tersalah order masa minum kat luar ye cikgu hihi

  3. semuanya boleh didapati di dapur saja.. pernah minum teh letak halia sikit..

  4. saya suka pakai dah siap tu..artu ada beli pastu pakai sebulan and stop ni pakai balik .syukur semua lembit sejuk kulit muka ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *