Tudung kanak-kanak
MISI CANTIK HUJUNG TAHUN PART 1 – Kongsi Macam2 Cerita

MISI CANTIK HUJUNG TAHUN PART 1

Semakin hampir menuju ke penghujung 2013, semakin rancak orang berbicara tentang azam baru. Nak perbanyakkan amal ibadat, nak tinggalkan sifat-sifat kurang baik, nak berjimat, nak berhenti merokok, nak kahwin, nak tambah anak, nak tambah isteri … hoho macam tu pun ada ye :-D.

Bagi saya sendiri ada beberapa azam baru tapi tak lah sebanyak mana takut nanti jadi berangan je pula lebih tapi tak tercapai pun. Jadinya lebih banyak kepada nak merealisasikan apa yang belum tercapai pada tahun ni.

Ok, kongsi – kongsi cerita misi cantik hujung tahun part 1 ni lebih kepada misi cantik secara fizikal. Part 2 pula akan bertumpu kepada kecantikan dalaman. So kepada mereka yang berhasrat untuk menguruskan badan dan mendapatkan kulit wajah yang lebih gebu,licin dan paling penting bebas jerawat, jangan berhenti –  teruskan membaca entri ini sampai habis 🙂

Sebabnya dalam mencapai 2 hasrat tersebut agar misi cantik hujung tahun anda tercapai ada beberapa pilihan yang akan ditawarkan di sini bagi membantu anda mencapai impian tersebut.

Jika anda sudah puas berbelanja membeli pelbagai jenis krim jerawat, pembersih muka, sabun jerawat atau produk kolagen sama seperti yang diguna oleh artis terkenal tapi nampaknya jerawat bernanah yang bertepek kat muka anda tak juga kering-kering ( makin teruk ada ..), parut hitam bekas jerawat pula sana-sini menjadi hiasan kat muka, mungkin anda perlu berjumpa dengan Dr Haseenah, seorang doktor yang mempunyai pengalaman 6 tahun dalam membantu mereka yang mengalami masalah jerawat sehingga masalah kulit itu berjaya diatasi.

testimoni rawatan jerawat

Perbezaan sebelum dan selepas rawatan dari Dr Haseenah

Oh ya, mungkin anda tertanya-tanya siapakah doktor yang dikatakan dapat membantu anda memulihkan kulit wajah berjerawat ini ? Saya tak akan menulis panjang lebar di sini kerana nanti entri ni akan jadi lagi panjang berjela….  hih hi hi .Anda boleh saja kenali beliau di sini, tak kira sama ada untuk mengetahui profilnya, lokasi klinik beliau atau nombor contactnya.

Ok bab jerawat sudah selesai, tiba bab menurunkan berat badan. Jika segala usaha telah dicuba, semua ubat kurus sudah diminum tapi hasilnya tetap tak nampak, jangan terus putus asa. Panduan kurus dan langsing tanpa kerja keras dan panduan kurus tanpa sebarang ubat kurus ini insyaallah akan jadi penyelesaian terakhir yang terbaik. Berbaloi-baloi kata orang …

Bagi sesetengah orang apalah sangat masalah badan yang gemuk serta muka berjerawat. Bukan masalah sebesar mana pun. Terima je seadanya. Ye betul tu … Tapi jika setiap hari dipanggil dengan panggilan-panggilan atau nama gelaran yang menyakitkan hati akibat muka berkerutu dengan jerawat batu atau badan ala-ala belon gitu, masalah kecil boleh bertukar menjadi masalah paling besar tau. Hanya yang mengalami sendiri masalah ni tahu bagaimana rasanya.

Kadang-kala ia mempengaruhi penampilan diri, komunikasi dan juga hubungan dengan pasangan. Bagi yang sedang menuju ke gerbang perkahwinan, tentu saja ingin tampil cantik luar dan dalam. Kalau muka dah berjerawat dan berat badan masih tak turun-turun tentulah menjejaskan penampilan selaku raja sehari. Haa tak betul lagi cakap Cik Kiah ni 😀

Misi cantik hujung tahun Part 1 sudah selesai, tunggukan pula Misi cantik hujung tahun part 2. Jangan lupa tau !

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

10 Comments on "MISI CANTIK HUJUNG TAHUN PART 1"

  1. yang penting berazam untuk menjadi lebih sihat dan cantik.. perkongsian yang baik.. 😀

  2. molek sangat
    cantik dan sihat memang menjadi idaman semua orang

  3. perlu ada azam dan usaha untuk melaksanakan sesuatu azam tu kan sis…ok puteri tunggu sambungan part 2 pula 🙂

  4. Tertarik dengan rawatan muka berjerawat tu. Macam saya ni muka penuh dengan kawah parut jerawat. Nak hilangkan tu, rasanya memang susah kot. Tapi kalau boleh dirawat, rasanya kos membaik pulih tu tentu tinggi kan.

    • Kadang kala kos beli produk tu produk ni,ubat tu ubat ni..campur semua lebih lagi jumlahnya. So kalau harga treatment tu agak tinggi tapi berhasil,kira berbaloilah

  5. inilah azam saya yg dah carried forward beberapa tahun hahahaha

  6. ciktom tgh azam nak kuruskan bdan…hehe..

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me