Elegan Namun Tetap Sopan

By | May 13, 2015

Elegan namun tetap sopan.

Secara peribadi, itulah yang dapat saya katakan bagi setiap rekaan t’shirt muslimah SweetMuslimah.Com.
Bagi wanita berkerjaya seperti saya, tuntutan tugas di luar waktu rasmi memerlukan saya untuk memilih dan mengenakan pakaian yang sesuai dengan tempat dan tugasan.

Sebagai contoh, ketika menjadi urus setia untuk sesuatu kejohanan sukan , mengiringi murid ke aktiviti perkhemahan , atau pun setidak-tidaknya menghadiri Hari Keluarga .. pasti nya memerlukan saya untuk memakai pakaian yang sesuai. Takkan lah nak berkebaya atau berbaju kurung pula ke tapak perkhemahan ye dak .. 😀 hihihi.

Dalam banyak-banyak baju atau t’shirt muslimah yang terdapat di pasaran, SweetMuslimah menjadi pilihan nombor satu saya. Bukan kerana popularitinya, tetapi disebabkan beberapa faktor seperti rekaannya yang menarik dan up to date serta kualiti kainnya.

Sebelum ini saya pernah membeli 2 helai t’shirt muslimah jenama lain , kedua-duanya di tempat yang berasingan. Tak perlu lah saya sebutkan di mana, cukup sekadar mengatakan harganya separuh lebih murah berbanding dengan harga busana rekaan SweetMuslimah.

Namun, sekali selepas memakai dan mencucinya, kainnya mengecut. Nama pun mengecut, tentulah berubah saiznya menjadi lebih kecil berbanding asal. Jadi itulah kali pertama yang juga menjadi kali terakhir saya memakainya. Dah macam sarung nangka, alahai tak tergamak nak menyarungnya lagi …

T’shirt yang ke-2 juga hanya sekali dua dipakai. Puncanya saya berasa sangat tidak selesa dengan kainnya yang nipis sehingga menampakkan garis pakaian dalam … well, kaum Hawa tentu faham what I mean kan .. Tak sanggup nak memakainya lagi kerana saya memang bukan jenis yang menggemari pakaian sendat. Dengan faktor umur yang sudah meningkat, malu rasanya berpakaian seperti orang muda. Takut dikatakan tak sedar diri huhuhu ..

Daripada nak berjimat, terus pula rugi sebab kedua-duanya tak selesa lagi untuk dipakai.
Selepas kejadian begitulah, saya lebih berhati-hati memilih t’shirt muslimah. Biarlah sedikit mahal, namun berbaloi membeli dan memakainya. Duit tak rugi, hati pun tak sakit.

Ok, di bawah ini saya sertakan sekali beberapa contoh t’sirt muslimah yang elegan namun tetap sopan untuk dimiliki. Keluaran siapa lagi kalau bukan SweetMuslimah.com.

sweetmuslimah 1

sweetmuslimah 2

Bagi yang berhasrat untuk membeli t’shirt muslimah, jubah dan nursing tee ni, anda boleh dapatkan daripada pengedar-pengedar SweetMuslimah yang terdapat berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda. Anda juga boleh mendapatkannya terus secara online , jika malas nak ke bandar dengan melayari official websitenya iaitu di SweetMuslimah. Com .

Oh ya, jangan bimbang jika ini kali pertama anda membelinya secara online dan tak muat pula saiznya. Anda boleh kemukakan permintaan untuk bertukar kepada saiz yang lebih tepat , dalam tempoh yang ditetapkan.
Jom, beli –belah di SweetMuslimah.Com sekarang. Bawa anak gadis anda sekali kerana baju kanak-kanak perempuan pun ada.

Baju Muslimah

Comel sangat tauuuu !

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me