CARA MERAWAT KEPUTIHAN

Salam.

Boleh dikatakan hampir kebanyakan wanita mengalami masalah ini terutama kepada mereka yang telah berumahtangga. Tapi ada juga kes di mana masalah keputihan ni dialami oleh gadis seawal 18 tahun. Lelaki tak termasuk dalam bab nih… tidak ada lelaki yang menghadapi masalah keputihan. So,dipersilakan….gi main jauh-jauh.Ehekk..

Seorang anak gadis kepada jiran saya yang dikenali pernah mengalami masalah ini. Jumlah keputihan yang keluar sangat banyak hingga memaksa dia memakai tuala wanita. Pergerakan juga jadi terbatas. Belum lagi dikira dengan bau yang sangat tidak menyenangkan dan kerengsaan yang dialaminya. Bayangkanlah … betapa terseksanya.

Terdapat beberapa pilihan sebagai cara merawat keputihan. Kalian boleh berjumpa dengan pakar sakit puan. Beberapa jenis ubat seperti ubat makan yang bersifat antibiotik serta ubat cuci akan diberikan bagi mengatasi masalah ini.

Jika tidak berkesan, jangan putus asa. Cubalah amalkan beberapa petua tradisional di bawah untuk tempoh beberapa hari. Insyaallah berkesan. Cuba dapatkan salah satu daripada tumbuhan berikut.

1. …..bunga cempaka. Dapatkan sebanyak 5 kuntum bunga cempaka, rendam ke dalam air panas dalam bekas tertutup. Biarkan semalaman, minum airnya setiap hari iaitu pada waktu pagi dan petang. Bunga tersebut boleh diulang rendam sehingga rasa pahitnya hilang, barulah digantikan dengan kuntuman yang baru. Minum airnya sehingga hilang keputihan tadi.

2.….daun pegaga. Caranya mudah sahaja. Cuci secekak daun pegaga bersama akarnya sampai bersih. Rebus hingga mendidih,matikan api lalu masukkan sedikit garam. Gunakan air rebusan yang suam dan cuci bahagian sulit. Lakukan 3 kali seminggu.

3.…..buah delima muda. Buah ini ditumbuk halus dan campurkan dengan segenggam daun delima putih. Hmm,pandai-pandai la nak cari kat mana daun nih. Kedua-dua bahan tadi direbus sehingga tinggal anggaran segelas air sahaja. Minum air rebusan ini selama 7 hari berturut-turut. Pada masa yang sama,jauhi makanan seperti daging, nanas ,air kelapa dan ikan air masin.

4.….daun sirih. Rebus daun ini dengan 2 cawan air. Campur bersama beberapa kuntum bunga cengkih. Apabila air rebusan itu menjadi suam, jadikannya sebagai pencuci bahagian sulit terutama ketika haid.

Cubalah salah satu daripada bahan di atas sebagai cara merawat keputihan. Jangan dibiar keputihan melarat…nanti akan menimbulkan banyak masalah kepada diri serta rumahtangga  anda juga.

** En3 ini adalah merupakan salah satu en3 yang pernah saya terbitkan di blog pertama saya. Kalian boleh dapatkan lain-lain petua kesihatan di sana.

11 Comments

  1. baca juga untuk tambah ilmu
    sebelum gi main jauh2
    hehe

    1. Author

      ha’ah ilmu mmg utk semua. bagus kalau para suami ambil tahu

  2. tq for sharing kak, dulu rajin rebus air daun sirih tu, skrg malas benor hehhehe

  3. terpaksa juga nak tahu kerana hidup dikelilingi perempuan,isteri dan anak perempuan.


  4. Laki, sila main jauh2..mujurlah saya degil nak main dekat-dekat jugak..boleh gak baca..hehe..

  5. Puan,sy ni bru 17 .tp keputihn sy teruk jgk.baru2 ni jgk. Xla dri dulu. Berbau,gatal byk lendiran. Nk tnye jiran puan tu dh ok ke skrg!? Dia buat mcm mna. Sy tkot mandul je. Sy plk jenih tiap hri exercise. Effect ke

    1. Author

      adik yg bertanya,

      Setakat ni dia dah ok… di pasaran ada produk yg khusus untuk rawatan dalaman wanita seperti Beauty Umaira. Kata org bagus produk tu..Apa2 hal pun, lebih baik berjumpa dgn doktor utk selesaikan masalah ni sebab kita x tau apa punca sama ada jangkitan kuman etc…

  6. Cuba crystal x, sekali cuba dh boleh rasa kesannya, kalau berminat boleh hubungi sy, rm 130 free postage boleh pkai 1 bln lbih ada jg yg smpai 2 bln, sila search crystal x kat web & ketahui lebih bnyk kesannya.

  7. Sekarang ini dah ada cara yang lebih mudah untuk mengatasi masalah keputihan. Hanya perlu cuci sahaja bahagian intim dengan pencuci khas dari Set Terapi keputihan Doktor Herba.Insyallah masalah keputihan hilang dalam masa 3 hari.. produk selamat dan ada kelulusan KKM lagi.

Leave a Reply to Doktor Herba Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *