CARA HILANGKAN PARUT JERAWAT

By | December 9, 2013

Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua

Cara hilangkan parut jerawat ini sebenarnya adalah entri draft yangsedia  ada dalam simpanan. Planning nya nak publish selepas misi cantik hujung tahun. Tup-tup contest SEO Eridy pula memintas. Semalam pula tak sempat buat apa-apa kerana dari pagi hingga jam 7 malam berada dalam  perjalanan, kembali ke rumah sendiri  selepas hampir 9 hari di negeri penyu bertelur merasa nikmat ‘hujan lebat tempias banjir’ di rumah mertua.

Jadi untuk tatapan rakan pembaca semua, jom lihat cara hilangkan parut jerawat ikut petua moden dan tradisional. Bolehlah cuba salah satu daripada cara yang tersenarai di bawah ni ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting jerawat yang menyebabkan diri berasa tak selesa, malu dan rendah diri tu dapat dihilangkan. Ok, moh sama-sama kita cuba petua di bawah.

  1. Cara hilangkan parut jerawat paling popular – tumbuk kulit kayu manis hingga halus ( menjadi seperti serbuk ). Kisar gunakan pengisar kering pun boleh jika sesuai. Campurkan sedikit serbuk kulit kayu manis tu ( jangan banyak-banyak nanti panas pula 😀 ) dengan beberapa titis air dan bedak sejuk. Sapu pada parut jerawat setiap malam sebelum tidur. ** Ada juga yang tidak mencampurkannya dengan bedak sejuk.
  2. Cuci bersih pucuk pegaga dengan akar-akarnya sekali. Giling atau tumbuk hingga lumat. Macam tadi juga, campurkan dengan sedikit air dan bedak sejuk lalu tepekkan pada bahagian bermasalah. Dah kering, boleh bersihkan.
  3. Tumbuk sehelai daun sirih hingga lumat dan oles pada parut jerawat  3 kali seminggu . Bilas atau cuci dengan air bersih apabila ia telah kering. Jika tiada daun sirih, sahabat semua boleh ganti dengan pucuk jambu batu.
  4. Dapatkan sebatang kecil timun,kisar dan tapis airnya. Hampas timun disapukan pada seluruh wajah selama 30 minit. Apabila kering, bersihkan dengan air suam. Petua ni bukan saja boleh bantu hilangkan parut jerawat tetapi juga dapat menyegarkan kulit muka.

KURUS  CEPAT DAN SELAMAT DENGAN TEKNIK ATKINS – 100% BERKESAN !

Kaedah moden untuk hilangkan parut jerawat.

Jika semua petua tradisional di atas tak berjaya membantu menghilangkan parut jerawat, kalian boleh cuba cara moden seperti berikut :

  • Gunakan krim semulajadi seperti  vitamin e dan ‘krim aloe vera’ atau ‘goldenseal’ . ** Boleh dapatkan butiran lanjut tentang bahan ini dengan pegawai farmasi.
  • Untuk parut jerawat tahap sederhana dapatkan antibiotik berkaitan jerawat atau masalah kulit pada kadar atau dos yang rendah dari klinik-klinik @ doktor bertauliah.

  • Jika masalah parut atau bekas jerawat ini   lebih serius, kalian boleh cuba rawatan ‘dermabrasion’. Namun diingatkan ia tidak sesuai sama sekali jika anda masih ada jerawat pada wajah. Dermabrasion adalah teknik melicinkan kulit dengan penggunaan sejenis alat dengan roda kecil yang berputar cepat seolah-olah kita menggunakan kertas pasir untuk menyingkirkan sesuatu  lapisan, dalam kes ni maksudnya kulit kasar lah.. Walau bagaimanapun rawatan yang memakan masa selama 2 minggu hanya patut diteruskan setelah anda bertemu dan mendapatkan khidmat nasihat atau rundingan pakar kulit terlebih dulu. Dan prosedur rawatan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini.

Ok, 2 kaedah atau cara hilangkan parut jerawat sudah diberi. Sekarang terpulang kepada diri sendiri mahu pilih cara yang mana. Namun jika anda masih keliru atau was-was terutama tentang kaedah rawatan moden, atau mahu lakukan sendiri rawatan parut jerawat ini di rumah, satu cara lain ialah dapatkan khidmat nasihat serta bimbingan penuh dari doktor yang mengkhusus kepada masalah seperti ini. Doktor bertauliah saja tau, bukan doktor yang menyamar macam yang pernah heboh dalam akhbar satu ketika dulu. Huhuhu …nanti jadi cerita lain pula, lagi susah !

Oh ya, pernah dengar tentang Doktor Haseenah tak ? Beliau adalah seorang doktor yang telah 6 tahun berpengalaman dalam merawat masalah jerawat. Kalau berminat nak dapatkan rawatan atau khidmat nasihat daripadanya, atau nak terus ke kliniknya, sila lah layari laman web beliau di sini ye untuk dapatkan semua maklumat lanjut.

Selamat mencuba.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “CARA HILANGKAN PARUT JERAWAT

  1. Mizz Aiza

    ketika remaja dulu banyak jerawat.. sekarang alhamdulillah dah ok.. masa hujung bulan saja dia akan timbul.. sangat bermanfaat perkongsian ini.. 😀

    Reply
  2. Vitamin Semulajadi Shaklee

    Perkongsian yang sangat menarik admin. Menurut kajian dan respon dari pengguna vitamin E, mereka mengatakan bekas parut jerawat serta parut luka hilang dan meninggalkan kulit yang bersih dan cantik selepas mengambil vita E secara oral dan menjadikannya sebagai masker. Ada yang mengambilnya secara konsisten, untuk 3-4 bulan, bukan sahaja parut hilang, malahan jerawat pun dah tak timbul lagi. Saya ada kongsi testimoni mereka di sini, http://bit.ly/1f7OeYq

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me