APAKAH PRA-EKLAMPSIA

By | September 16, 2013

Selamat Hari Malaysia buat semua warga Malaysia. Jom sama-sama kita pertahankan kedaulatan tanah air tercinta…semaaaangat gituuu 😛

Rentetan dari cerita Sweet September, kelahiran Si Adik juga ada ceritanya sendiri. Kerana keadaan pergerakannya semasa dalam kandungan tidak aktif dan kandungan sudah terlebih hari ( cerita +- 10 tahun dahulu tak sama macam sekarang. Jika sekarang,tentu dah lama kena operate ), maka saya terpaksa di induce ( kelahiran paksa ). Jika Si Abang memakan masa 12 jam, Si Adik pula dilahirkan selepas 14 jam bertarung dengan kesakitan.

Sebaik Si Adik lahir, saya masih terasa mahu ‘meneran’. Rupanya uri tidak keluar. Uri yang melekat kuat pada dinding rahim inilah yang menyebabkan saya masih seperti ‘ mahu melahirkan ‘. Akibatnya proses ‘menyeluk’ terpaksa dilakukan oleh doktor. Hasilnya uri yang dikeluarkan itu hancur ( kesakitannya masih boleh dibayangkan hingga kini ). Sehari selepas bersalin, saya demam panas dan tidak sedarkan diri separuh hari komplikasi daripada jangkitan kuman dan sedikit keracunan darah. Berpunca dari masalah tersangkut uri yang hampir memakan nyawa sendiri. Alhamdulillah, masih lagi dipinjamkan waktu untuk membesarkan kedua-dua beradik ini sehingga sekarang 😀

Bukanlah niat menakutkan bakal-bakal ibu yang sedang menunggu masa melahirkan cuma sekadar bercerita untuk diambil iktibar daripadanya. Kehamilan memang satu momen yang cukup indah tapi jangan terlupa ada risiko-risiko yang menunggu di hadapan kita terutama jika keadaan kesihatan  kita sendiri ketika hamil tidak begitu memberangsangkan.

Ada perkara -perkara yang perlu diberi perhatian tentang taraf kesihatan ibu saat hamil agar proses kelahiran berjalan dengan lancar. Moga si ibu dan si comel sihat dan selamat sebaik proses melahirkan. Di sinilah  letaknya peranan suami untuk membantu. Usah biarkan isteri anda sendirian menghadapi saat-saat sukar kerana yang bakal dilahirkan itu adalah zuriat anda sendiri.

Yang penting sepanjang proses kehamilan sehingga saat melahirkan adalah penjagaan kesihatan si ibu dan si anak dalam kandungan.

Anda perlu tahu bahawa ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian pada bulan-bulan terakhir kehamilan. Contohnya seperti gejala pra-eklampsia.

Apakah pra-eklampsia ?

Pra-eklampsia terkadang disebut juga sebagai toxemia iaitu gejala berkaitan keracunan darah. Jika tidak dikawal dari awal ia berpotensi menjadi punca kematian ibu ketika proses melahirkan. Ia mempunyai hubungan rapat dengan tekanan darah yang meninggi sehingga melebihi 180 /110 mm Hg dan apabila terdapat banyak kandungan albumin yang mencapai aras ++++ dalam air kencing wanita hamil.

Kebiasaannya ia melanda ketika kandungan berusia 7 bulan dan ke atas. Pra-eklampsia yang tidak dipantau boleh menyebabkan epilepsi ( sawan ) kepada si ibu kerana pendarahan mungkin telah berlaku pada bahagian otak. Risiko kematian adalah sangat tinggi. Jika ini berlaku, pembedahan caesarean mungkin terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungan.

Siapakah yang berisiko diserang pra-eklampsia ?

  • Ibu yang mempunyai sejarah darah tinggi
  • Mempunyai sejarah keturunan ahli keluarga lain pernah diserang pra-eklampsia ( sama seperti kes sangkut uri seperti yang saya alami. Emak saya juga menghadapi perkara serupa pada kelahiran ke-2 )
  • Ibu yang obes
  • Menghidap kencing manis dan masalah buah pinggang
  • Ibu yang hamil kali pertama pada usia 35 dan ke atas

Tanda-tanda pra-eklampsia

  1. Pening
  2. Pembengkakan kaki ( sembab )
  3. Pedih hulu hati
  4. Peningkatan berat badan yang drastik
  5. Wajah sembab
  6. Peningkatan tekanan darah  melebihi 140/90 mm Hg
  7. Air kencing mengandung albumin

Ok, cukup sekadar menyatakan apakah pra-eklampsia dan gejalanya. Bukan apa,menulis entri sebegini memerlukan maklumat yang betul. Bimbang juga jika ia salah. Tak pasal-pasal menimbulkan masalah lain pula.

Seperti yang saya tekankan dalam entri lepas, ibu hamil harus banyak belajar tentang proses penjagaan kesihatan diri serta bayi yang dikandung agar proses kelahiran kemudiannya akan dapat dihadapi dengan mudah. Penting untuk sentiasa ambil tahu.

Banyakkan membaca apa sahaja bahan rujukan. Antara majalah terbaik yang ada dipasaran setakat yang saya ketahui dan boleh dijadikan rujukan ialah majalah PA&MA. Majalah ni memang menekankan semua panduan kehamilan dan kelahiran termasuk parenting tips dan rasanya tak salah kalau saya katakan ia majalah terbaik untuk bakal ibu. ( Promosi percuma ni, saya tak dapat apa-apa bayaran pun. Dapat pahala pun dah kira cukup ok 🙂 )

Pilihan lain yang ada mungkin boleh anda pertimbangkan  ialah e-book @ buku maya Panduan Penjagaan Kesihatan Ketika Hamil yang ditulis oleh seorang konsultan kesihatan bertauliah. Mungkin ada lagi yang lain yang tidak saya ketahui. Bolehlah cuba-cuba Google ye.

p/s: Maaf jika ada apa2 kekurangan berkaitan entri ini. Ayat pun skema jer… tak reti nak merepek-repek huk3x. Sekadar insan biasa

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

14 thoughts on “APAKAH PRA-EKLAMPSIA

  1. kakiblog

    terima kasih kerana info yang menarik ini..

    p/s :jom baca entri saya bertajuk ‘Kaji Selidik Tentang Backlink Melalui Blogwalking’

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Ye Mr Shubhi,bengkak tak semestinya masalah toxemia tu saja. Ada juga sebab lain seperti pengumpulan cecair, pergerakan angin dsbnya. Yg penting suami turut ambil tahu .. Saya dulu pun ada sembab kaki tu,tapi alhamdulillah tak ada timbul masalah apa2

      Reply
    1. SisHaza Post author

      Sama2 Ema… tahu ni pun sebab kegilaan membaca majalah dan buku rujukan sejak dari dulu. Sama2 kita belajar.. 🙂

      Reply
  2. TehR

    risiko ibu hamil memang sangat banyak
    sebab itulah juga anak tak boleh derhaka pada ibu
    nyawa mereka dicagarkan untuk melahirkan seorang anak

    Reply
  3. suri

    mujurlah saya hamil semua terkawal..akan datang tak tahulah pula.sb kata orang hamil akan dtg tak sama dengan kehamilan yang terdahulu

    Reply
  4. Nor Aziean

    Saya sudah mengalaminya pada kandungan yang pertama. Dan sekarang saya sedang mengandungkan anak ke 2..saya berharap perkara ini tidak akan berulang kembali.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me