Tudung kanak-kanak
8 TIP TAMBAHAN MENGATASI KEPUTIHAN – Kongsi Macam2 Cerita

8 TIP TAMBAHAN MENGATASI KEPUTIHAN

Salam petang Jumaat,

Melalui akaun Nuffnang, saya dapati carian bagi keywords masalah keputihan menjadi carian paling popular di blog ini.

Mungkin kerana ramai wanita masih lagi bersikap tertutup atau berasa malu untuk bertemu dengan doktor bagi mengatasi masalah ni. Ye lah, seperti kita sedia maklum, jumlah pakar sakit puan dalam kalangan wanita sendiri  masih kurang di Malaysia ni menyebabkan ramai wanita yang tak sanggup untuk diperiksa oleh doktor lelaki.

Jika petua lama merawat keputihan seperti yang terdapat dalam entri saya yang lalu dapat membantu mengatasi masalah tersebut, alhamdulillah. Namun, jika keputihan masih lagi berlarutan, hendak tak hendak anda harus berjumpa dengan doktor. Ketepikan dahulu rasa malu. Bukannya apa, dibimbangi kerana malu penyakit lain pula yang muncul.

Sayang setinggi langit sang suami terhadap anda, tidak bermakna mereka tidak akan berpaling jika perkara berkaitan fungsi seksual kewanitaan ini anda abaikan. So, belajar-belajarlah sayangi diri dan hargai tubuh badan sendiri ok 😉

Selain daripada 4 petua merawat keputihan yang terdapat dalam post terdahulu, cubalah amalkan 8 tip tambahan mengatasi keputihan seperti di bawah.

  • Cuci tangan sebersihnya sebelum menyentuh bahagian vagina.
  • Cuci vagina dengan air suam selepas membuang air kecil atau air besar dari arah hadapan ke arah belakang. Bukan arah sebaliknya kerana ia membolehkan bakteria dari punca air memasuki bukaan alat sulit yang mengakibatkan jangkitan kuman.
  • Gunakan sabun dengan Ph lembut. Jenis sabun atau cecair pencuci bahagian intim yang sesuai dan selamat bolehlah dirujuk terus pada pegawai farmasi yang bertauliah. Yang ini, kena tanya betul2..
  • Hindari daripada mencuci bahagian sulit menggunakan sabun mandi atau cecair pencuci organ intim yang mengandungi pewangi atau pewarna.
  • Keringkan bahagian sulit dengan tuala kering yang bersih, pasti sahaja tuala sendiri yang tidak dikongsi dengan sesiapa pun.
  • Cukur sebahagian bulu atau rerambut pada bahagian sulit. Lembapan yang terperangkap pada bulu atau rerambut hanya menjadi sarang kepada kutu atau bakteria. Ingat tak ada kutu ke pada bahagian tu… huhuhu  :~
  • Pilih seluar dalam atau panties yang bersih dan longgar serta dibuat daripada 100% kain kapas. Seluar dalam daripada bahan lain seperti nilon dan poliyester kurang menyerap peluh atau lembapan. Keadaan lembap menggalakan pembiakan kuman.
  • Ganti atau tukar seluar dalam setelah beberapa jam memakainya.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

3 Comments on "8 TIP TAMBAHAN MENGATASI KEPUTIHAN"

  1. bagus tips ini buat mereka yg mengalami masalah tsebut

  2. Tetiba rasa segan pulak baca artikel ni..dah nak komen pun rasa semacam jer..hahaha..

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me