ZAMAN SUDAH JAUH BERUBAH

By | March 25, 2014

Selamat bercuti buat semua anak  sekolah, rakan guru dan ibu bapa.

Kali terakhir entri terbaru disiarkan di blog ni adalah pada 15 March  iaitu 10 hari lepas. Sebenarnya dalam tempoh itu, bukan tidak ada cerita yang mahu dikongsi . Ada halangan lain menimpa, menjadikan saya ‘ jatuh ‘ dalam kekecewaan yang amat dalam dan panjang . Benarlah bagai dikata, hidup ini sukar dijangka dan semuanya adalah di luar kawalan kita 🙁

Apa-apa hal sekali pun, biarlah kekecewaan itu berlalu seiring berputarnya masa. Sesungguhnya DIA menyayangi hambaNya yang sentiasa bersabar dan saya percaya, ada hikmah di sebaliknya.

Ok … dah, sudah-sudahlah berduka kerana duka yang panjang tak akan membawa kita ke mana-mana. Betul tak Cik Kiah ?!

Zaman sudah jauh berubah, sama seperti manusia yang selalu bersifat baharu. Perubahan-perubahan yang berlaku seiring beralihnya masa memperlihatkan perbezaan ketara antara generasi terdahulu dan generasi masa kini.

2 minggu lepas, balik dari sekolah destinasi utama bukannya rumah. Port wajib singgah adalah Pasar Raya Peladang. Bukan apa, balik ke rumah dengan 2 prince charming melewati jam 3 petang lebih adalah sangat mustahil punya masa panjang untuk menyediakan hidangan lengkap makan tengah hari. Jadi Pasar Raya Peladang adalah pilihan tepat untuk mendapatkan sumber karbohidrat yang mengenyangkan sementara menunggu makan malam. Apa lagi jika bukan roti, aneka bun  dan air soya 🙂 Acap kali itulah pengalas perut yang paling sesuai .

Di sinilah saya temuinya.

telur puyuh

Inilah dia telur burung puyuh. Bukannya telur buaya ye anak-anak … 😀

Rm 1.70 bagi setiap pek 10 biji. Harga yang murah bagi saya sebab kalau makan sambal tumis  telur burung puyuh kat gerai atau warung, cajnya boleh mencecah  60 atau 70 sen sebiji. Biasa kalau dah terliur nak makan, mustahil nak ambil sebiji je ye dak … alang-alang 4 atau 5 biji, ha baru puas hati.

Di dalam kereta, si abang bertanya. Telur apa tu mama ? Haa, zaman sudah jauh berubah. Anak-anak saya  yang rumahnya terletak jauh  ke dalam  kampung tidak kenal telur burung puyuh rupanya selama ini. Jika telurnya pun tidak kenal, bagaimana pula dengan burung puyuh itu sendiri…. Agaknya bagaimana pula dengan anak-anak yang tinggal di pangsapuri, apartment dan kondominium ? Adakah mereka kenal telur burung puyuh serta burung yang mengeramkan dan menetaskannya ?

Saya katakan kepada si abang dan si adik  bahawa telur burung puyuh sama rasanya dengan telur ayam. Bezanya dari segi saiz sahaja. Cuma dikatakan bahawa telur kuningnya mengandungi kadar kolesterol yang lebih tinggi berbanding kuning telur, telur ayam. Saya tak pasti sejauh mana kebenarannya. Wallahualam …

Saya katakan juga bahawa cara merebusnya sama sahaja. Bagi memudahkan urusan mengupas kulitnya nanti, masukkan sesudu dua garam ke dalam periuk rebusan, sama juga seperti merebus telur ayam. Tidak lupa saya ceritakan bahawa daging burung puyuh sama sedapnya ( malah mungkin lebih sedap ) dengan daging ayam. Harga puyuh goreng juga boleh tahan, antara rm 5-6 seekor berbanding puyuh mentah RM 2-3 seekor.

Itu baru cerita tentang burung puyuh dan telurnya. Belum lagi kisah bagaimana mama mereka ini menjadikan getah dari dahan pohon rumbia sebagai gam untuk melekatkan kertas dalam buku.

Aduhai, zaman sudah jauh berubah. Jurang perbezaan yang ketara antara generasi kini dan generasi terdahulu. Pada ketika-ketikanya, alangkah baik mereka didedahkan dengan perkara-perkara sebegitu. Sekurang-kurangnya mereka dapat membesar sebagai insan lebih berilmu dan berketrampilan selain ada jati diri dan  tidak lupa asal-usul.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “ZAMAN SUDAH JAUH BERUBAH

  1. ajumohit

    kak telur burung puyuh mmg sedap, sekali masuk mulut emmpp enaknya ;), nak pula makan dengan kuah yong taufu adui sedap

    Reply
  2. Hairul Azni

    Banyak perbezaan dari segi pengalaman melalui zaman kanak-kanak antara kanak-kanak di zaman dulu dan sekarang..kalau difikirkan balik, berapa beruntungnya kita dapat melalui pengalaman yang tak ternilai harganya…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me