Salam 17 Ogos,

Dah lama benar tak menulis entri perihal kucing, padahal keyword dari Nuffnang sentiasa menunjukkan ada saja yang mencari penyelesaian berkaitan kucing. Nampaknya bukan saya seorang yang menghadapi masalah kucing suka pancut dan berak merata ni ye 😐

Namun cerita hari ni bukan tentang kucing yang suka berak merata lagi kerana saya telah pernah menyentuh tentangnya dalam entri terdahulu.

Tips jaga anak kucing tanpa ibu yang ingin dikongsi kali ini bukan rekaan atau memandai sendiri sebaliknya saya peroleh daripada akhbar . Kepada peminat atau pencinta kucing, banyak tips berkaitan kucing yang boleh anda baca melalui kolum  ” Helo … Vet Di sini “yang disiarkan setiap Sabtu dalam akhbar kompak KOSMO ! Ye lah, bukan semua orang membaca akhbar yang sama, jadi mungkin ada yang tidak tahu tentang kewujudan kolum ini.

Terkadang apabila berziarah ke rumah rakan taulan, kita terjumpa dengan anak kucing peliharaan mereka. Bagi peminat kucing, sukar untuk menolak keinginan membawa balik anak kucing yang comel walaupun usianya baru beberapa minggu. Seperti kebiasaannya, hanya seekor dua sahaja yang diambil. Tentu sahaja tanpa ibunya.

 photo 5f36eddf-1a36-4656-9292-970175ed7e61_zps3ce4953c.jpg
Ahli keluarga kami yang baru. Bukan didera ya .. 😀

Masalah timbul apabila anak kucing kecil tanpa ibu ini perlu dijaga rapi selayak jagaan ibunya sendiri. Tersilap cara kemungkinan si comel ini akan mati begitu saja. Jika itu berlaku, sedikit sebanyak tentu akan terbit  juga rasa bersalah kerana kita yang bertanggungjawab memisahkannya daripada ibunya.

Untuk itu, tips jaga anak kucing tanpa ibu ini mungkin boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah penjagaan anak kucing kecil tanpa ibu.

Tips Jaga Anak Kucing Tanpa Ibu

Berikan susu khas yang dirumus untuk kucing

  • Susu ini boleh diperoleh dari klinik veterinar dengan pelbagai jenama. Botol susu perlu digunakan kerana anak kucing yang baru berusia beberapa minggu belum tahu menjilat jika susu disediakan dalam piring atau bekas leper yang lain. Perlu diingat, botol yang dipilih juga mestilah bersesuaian saiz isipadu dan  putingnya.
  • Susu mesti dalam keadaan suam-suam kuku, sama seperti penyusuan bayi manusia.
  • Jika sukar menggunakan botol, kaedah picagari boleh digunakan

Anak kucing tanpa ibu yang berusia di bawah 4 minggu perlu dirangsang atau dibantu sistem perkumuhannya.

  • Maksudnya di sini , penjaga perlu merangsang perkumuhan mereka dengan menggunakan kain lembut atau putik kapas yang suam dan basah. Caranya adalah dengan memusingkan badan anak kucing secara lembut dan gosokkan putik kapas atau kain lembap tadi  pada kemaluannya agar air kencing atau najis keluar.  Setelah selesai merangsang perkumuhannya, anda perlu membersihkan bahagian dubur atau kemaluannya kerana jika dibiarkan begitu sahaja, ia akan menjadi punca kepada masalah lain seperti jangkitan kuman pada bahagian tersebut.Langkah ini perlu dilakukan setiap kali selepas anda menyusukan kucing. Mengapa agaknya ia perlu dirangsang ? Ini kerana anak kucing di bawah usia 4 minggu tidak memiliki keupayaan mengawal perkumuhan mereka sendiri. Sebaliknya ia 100 % dibantu atau dilakukan oleh ibunya. Justeru apabila anda  mengambil keputusan untuk memiliki anak kucing tanpa ibu, anda harus bersedia melakukan semua tugasan ini untuk memastikan kesihatan si comel berada pada tahap maksimum .

Hangatkan badannya dengan pad pemanas atau botol mengandungi air yang agak panas untuk membantu anak kucing tanpa ibu ini mengekalkan suhu badannya.

  • Perlu diingat, jika anda menggunakan pad pemanas, tetapkan suhunya pada kadar sederhana sahaja agar ia tidak membahayakan anak kucing. Begitu juga dengan botol air panas, anda perlu membalutnya atau melapiknya dengan tuala atau kain tebal .
  • Langkah ini perlu kerana anak kucing yang kecil tidak mengandungi lemak pada badannya untuk mengekalkan suhu tubuhnya sendiri. Ia hanya bergantung kepada belaian  tubuh dan bulu  ibunya sahaja untuk menghangatkannya.

Alas kotak anak kucing dengan kain dan letakkannya jauh dari kawasan yang berhabuk, kawasan yang mudah terkena tempias hujan atau kawasan yang terlalu dekat dengan dedahan kepanasan cahaya matahari.

Selepas berusia 4 minggu ke atas, anak kucing tanpa ibu  boleh mula diberi makanan pejal seperti anak-anak kucing yang lain.

  • Makanan pejal yang sebaiknya adalah makanan pejal yang dirumus untuk anak kucing berusia 4 minggu dan ke atas.

Pada usia ini, anda juga digalakkan untuk mula mengajar anak kucing untuk menggunakan litter box (kotak najis )

Demikianlah serba sedikit perkongsian tentang tips menjaga anak kucing tanpa ibu yang hendak dikongsikan dengan anda. Untuk mendapatkan lebih banyak tips berkaitan penjagaan kucing, anda juga boleh layari Facebook HeloVetDisini  atau berhubung terus dengan mereka melalui email di alamat purrfectenterprise@gmail.com

Jangan lupa, baca KOSMO ! setiap Sabtu untuk mendapatkan tips berguna tentang haiwan kesayangan anda.

37 Comments

  1. Risau juga kalau ada anak kucing yang tak ada ibu, pernah cuba bela tapi mati dah cuba sehabis baik tapi dah ajal. Kena ada teknik nak jaga dengan betul anak kucing ni kalau tak memang mati kalau anak kucing tu tak kuat.

  2. Payah jugak nak jaga ye sis. Baik ambik yang dah besar sikit kalau macam ni. Hehe. Tak payah nak pening kepala macam ni.

  3. anak-anak pun suka dgn kucing ni kak, tp belum masanya utk membela dan bersihkan najis kucing ni, apapun kalau dah bela memang kene jaga kebajikannya

  4. dulu saya cuba bagi dalam botol agak sukar dia nak hisap.kena pakai picagari tapi leceh sket la…

  5. Kesiannya anak kucing tak ada ibu. Mesti sedih dia kan? Huhuhu. Alololo comel.. Jangan nangis..

  6. agak rumit juga pembelaan anak kucing..kalau dah hobi perkara ini menyeronokkan bagi mereka!

  7. aku dah cuba
    payah nak jaga anak kucing kecil ni
    elok kalau dibiar pada si ibunya je

      1. Kalau bagi kucing minum susu rumusan bayi yg nitrogen boleh ke??

  8. Hehe..betul tu..kalau nak jaga, kena jaga sebaik ibunya..kalau tak pandai jaga, memang cari pasal la wak balik anak kucing..hehe…

  9. Suka sekali kucing namun belum ada kesempatan untuk memeliharanya

  10. menarik..tq for sharing…rumit jugak nak menjaganya..dulu pernah tolong kwn jage baby kucing yang baru bape hari lahir. tp last skali die mati jugak. sedihnya usap ckp la…

  11. Dulu sy kalau jumpa ank kucing..sy Ambil bwk bela dkt rumah..hidup smpai besar… snng nak jaga.. tp bila sy dah pindah rumah ke taman perumahan..sy jumpa anak kucing sy bela…try bela..jaga elok,,bg susu dia smua.. tapi dia x hidup lama.. dia cirit birit..trus mati.. sy bg susu untuk bby kucing..tp mati jgk :'( sy try bela kucing yg lain.. pon sama x hidup lama.. dulu masa tggl kat kampung,,snng aje jaga,, tapi sekarang xbela lagi.. sbb asyik mati.. serbasalah Rasanya :'(

  12. sy pun jumpa anak kucing tanpa ibu, skrg tgh jaga tp mmg dia x nak nyusu, mcm2 cara dah saya buat 🙁 🙁 … minum pun sikit2 je dia nak….skrg buang air besar jd mcm susu plak alahaiii kesian sy tgok anak kucing tu

    1. Author

      Memang susah sebab ia tak berlaku secara semulajadi. Cirit mungkin kerana susu tak sesuai. Cuba dapatkan di klinik vet.

  13. sy ada ank kucing ni.ibunya mati lps selesai lahirkn dia.tali pusat pn xjatuh lg..dh 3hari xmnum susu.xtau nk bt mcm mn ni.kesian sgt!!! tnggl sekor je msh bertahan.yg lain dh mati.

    1. Author

      Kesiannye … Sis pun x pasti. Cuba guna syringe untuk titiskan susu ..

    1. Author

      Biasanya kucing akan hilang selera makan , mata kelihatan seperti tidak bercahaya dan nampak seperti berair … suhu badannya terasa lebih panas dan kadang kala banyak berjemur di tengah panas. Itu ikut apa yg saya tahu saja yer 🙂

  14. Terima kasih atas panduan.
    Ada jumpa anak kucing bru lahir kat belakang rumah, sampai ke sudah x ada ibu kucing. Dia golek2 sampai jatuh dlm longkang. Ni amik letak dlam kotak kesian sangat

  15. Sy ade jumpa baby kitten, mungkin ibu nya tercicir di jalanan.. sy nak mintak advise mcm mana cara nak bagi susu kat kitten, sy dah try bg tp die tanak minum pon. sedih hati sy tgk die kelaparan. mohon bantu sy. sy first time nak jaga.. mata baby kitten pon blom celik lagi.

  16. Saya difahamkan anak kucing perlukan susu setiap 2-3 jam. Pada waktu malam, ada tak cara untuk tinggalkan susu bagi mereka minum. Kalaulah saya tertidur sampai esok pagi, takut tak panjang pula umur anak kucing tu. Tq

    1. Author

      Maaf Sis pun tak pasti bagaimana. Tapi berdasarkan pengalaman sendiri, insyaallah ia boleh bertahan … cadangan, sebelum tidur pastikan beri kitten tu susu dulu. Adjust jadualnya semula 🙂

      1. Nk tnya,kucing sya bru melahirkn ank.3hri lepas..hri ni sya sgt terkejut ibu kucing tu mkn ank nya yg seekor..knapa agaknya ibu kucing tu mkn anknya sndiri..? Mcmna cra mencegahnya.risau klu ank yv lain pla dmkn..tlg sya..

        1. Author

          Sis pun tak pasti puncanya …tapi hal ni kerap berlaku. Biasanya kucing jantan yang makan.. Dont worry, biarkan mereka dengan ibunya, insyaallah tak berulang.

  17. Saya nak amik anak kucing ni, umur kurang sebulan, tapi dah boleh jalan and lari sikit2, kalau macam ni penjagaan dia senang sikit lah kan? Ataupun saya masih kena membantu sistem perkumuhan dia lagi?

    1. Author

      Ada baiknya Tasha bantu …utk memastikan anak kucing tu kekal sihat dan cergas. FYI anak kucing sangat mudah dijangkiti penyakit

  18. untk hangatkan badan ank kucing tuh…kena ad waktu2 dia x ?

  19. sis. anak kucing saya ni mcm selalunsgt nk keluar dri kotak. kadang2,kesian jugak kt die. lepastu, die boleh ke hidup kalau bgi die air kosong? pls reply

    1. Author

      Berdasarkan pengalaman Sis sendiri, kadang-kadang ada juga anak kucing yang perlu kita biarkan mereka bebas di luar. Sediakan air & makanan di kawasan berdekatan, insyaallah dorang boleh survive


  20. Saya ada anak kucing xde ibu ni..tapi saya memang tak pandai nak jaga dia..kesian tgokkan.macam mana la saya nak buat ni..hhuhu.sape la punya keje letak kat rumah saya ni..sekor je ni..mana la mak dia ni..huhu

  21. 3 hari 4 hari da xberak..risau ase.. pasni lap sokmo la muntut dia.. kasi kua itu poopoo…hehe..

  22. Kalai anak kucing bawah 4 minggu diberi minum air susu cair boleh ker??

    1. Author

      Dulu Sis pernah cuba, tapi cirit-birit lah pulak. Try dengan susu tepung khas untuk kittens yang dijual di petshop

  23. Salam..sy ada anak kucing 2 ekor ibu nya mati kena langgar.lbeh kurang 2 minggu lbeh..hari ni sudah hari ke5 mnjaga nya.sy mnjaga nya dgn teliti dari segi susu dan perkumuhan nya tp salah sekor dr anak kucing tu cirit birit sudah 2 ari..bawa ke klinik bg ubat cacing stil cirit..cm mne ye cara merawat nya

Leave a Reply to tasha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *