TERENGGANU, KAMI DATANG LAGI

By | December 22, 2012

Ehh, macam tajuk filem Istanbul Aku Datang laa pulak.

En3 kali ni ini bukan kunjungan jalan2 makan angin macam  orang lain. Ni sebenarnya kisah anak rantau balik kampung. 3,4 kali setahun berulang-alik lah ke sini, ziarah orang tua dan kaum keluarga.

Bertolak balik ke sini sebenarnya pagi semalam. Tapi dek kerana letih, ni baru sempat update.

Seperti selalunya, jam 8.30 pagi lebih baru bertolak. Kalau dulu, masa tak ada anak bolehlah nak bertolak awal. Jam 4 pagi pun tak kisah. Tapi sekarang dah lain .. adatlah tu. Namun untuk kali ni, lewat pula setengah jam. Sebabnya, tak sempat nak cari buah tangan. So, kuih bahulu lah penggantinya.

Ni haa bahulunyebahulu …. sedap kan ? Semasa singgah nak membeli, kedai menjual kuih tradisional yang  popular kat sini baru jek bukak. Terpaksa lah tunggu ,semata – mata nak dapatkan bahulu yang fresh from oven. Ye laa, nak kasi buah tangan untuk orang, mesti laa pilih yang elok2 saja kan …

Ok, sepanjang perjalanan tak banyak pemandangan yang dapat dirakamkan sebab terlupa nak bawa balik kamera. pekan balingYang ada ni pun hanya menggunakan kamera hp. Camana sangat la kan kualiti gambarnya berbanding kamera resolusi tinggi tu… Apapun, bolehlah untuk dikongsi sekadar buat tatapan.

So far, cuaca agak tak menentu sepanjang perjalanan. Dari awal2 lagi mendung, kemudian hujan lebat. Certain part, gerimis saje …. habis laa kereta yang Mr Hubby polish bagai nak rak. Hehe ,poor hubby !Apapun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehinggalah sampai ke FJ ni.

Cuma, satu yang saya terperasan, sejak sekian lama berulang ke Terengganu, jalan raya kat Kelantan agak teruk ! Berlubang-lubang, terkopak sana- sini. Ada yang tersembam mencium tanah nanti. Maaf ye orang Kelate …. bukan mengumpat, apa lagi mengada-adakan cerita. Its true. Bagi yang pernah melalui jalan2 di negeri Serambi Mekah ni, tentu tahu bagaimana keadaannya. Very poor, sesekali terasa macam tunggang kuda dalam cerita koboi. jlnraya kelantan Sayang sekali sebab negeri ni adalah negeri yang famous dalam kalangan pelancong. Sedikit sebanyak tentu memberi imej atau gambaran yang tak elok kepada orang luar khasnya.

Politik ? Opps, maaflah….saya tak reti nak komen2 tentang ini.  Cuma diharapkan pada masa hadapan, kekurangan ni dapatlah diatasi, kalau boleh dengan segera. Rakyat Kelantan jugak yang untung.

Ok, berbalik kepada perjalanan ke Terengganu. Sekitar jam 6.40 petang, kami sekeluarga sempat berhenti di sebuah restoran ala2 makanan Thai di Jerteh. Agaknya sebab hujan memanjang sebaik saja memasuki Kelantan, so perut pun memanjang je lapar. Besar laa harapan nak menjamu selera di restoran tu.

Saya order nasi goreng ayam, hubby dan Hafiy order nasi goreng daging merah dan nasi goreng paprik daging, manakala si abang pula macam biasalah, nasi goreng kampung yang memang favourite dia sejak dulu lagi. Setelah lebih kurang 30 minit menunggu, pesanan pun tiba.

Mak oii, nasi goreng versi pink laa ! Pink terang lak tu ….. Hi hi hi, memang gitu ke nasi goreng kat negeri penyu bertelur ni ? First time sepanjang hidup saya, ni lah kali pertama makan nasi goreng warna pink… Ermm, mungkin ni versi restoran ***tut tu kot. Apa cerita nak bising2.

Bismillah…. alamak, sejuk gedi ( loghat utara ) le. Nasi goreng apa nih ? Terasa gatal je mulut ni nak bertanya kepada pelayan restoran tu. Tangan ni pula cam biasa dah sibuk nak snap gambarnya … tapi bila pandang keliling, ramai sangat pelanggan. Terbantut niat nak ambil gambar… Biar je lah. Kalau tak ,mesti best tayang gambar nasi goreng versi pink kat sini…. glamour gitu.

Ok, setelah diteliti nyata lah itu bukan nasi goreng pun. Tak ada tanda2 digoreng pun. Firasat, rasanya nasi tu ditanak seperti biasa sahaja,cuma ditambah pewarna serta mix vege dan mungkin sesudu planta kalau ada pun. Tawaq habiaq orang utara kata. Terencat dah selera nak makan.

Ayamnya pula, semasa order tu saya siap membayangkan tentulah seperti ayam panggang dalam menu nasi ayam. Tentu best, tu lah sebab saya order…

Sekali yang datang, ketulan2 kecil daging ayam yang mirip goreng kunyit….

Itu le nasi goreng ayam yang menjadi habuan perut petang tu. Apa nak buat, sudah rezeki. Perut tengah lapar, makan juga lah…sekurang-kurangnya kita jauh bernasib baik berbanding mereka yang kat Palestin tu. Alhamdulillah !

Lewat malam baru sampai ke FJ. Badan lenguh dan letih. Selepas solat Isyak, hanya terfikir untuk tidur. Hujan lebat serta nyanyian sang katak tak cukup kuat untuk membuatkan mata  terus berjaga. Harap2 beberapa hari di sini, tak terperangkaplah dengan banjir ….. aminnnn !

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me