Tudung kanak-kanak
Tanam Sendiri Sayur-sayuran – Kongsi Macam2 Cerita

Tanam Sendiri Sayur-sayuran

Tak tahulah nak cakap sama ada tanam sendiri sayur-sayuran ni ada kaitan langsung dengan GST yang kecoh dan kepoh seluruh pelusuk alam maya sekarang ni atau tidak. Erkk, sayur kena GST tak … ?!

Satu yang pasti, perbelanjaan isi rumah akan meningkat sedikit daripada kebiasaannya. Jadi alternatif yang dilihat mungkin dapat membantu meringankan beban kewangan kita hari ni adalah dengan menanam sendiri sayur-sayuran yang digemari. Tanamlah tomato ke, bayam ke, cili ke atau apa-apa saja sayur kesukaan keluarga. Dengan syarat ada tanah atau ruang untuk menanam. Oh ya , satu lagi syarat wajib ada adalah kerajinan 😀

Sudahnya, apahal dengan  kengkawan kita yang tinggal  ‘ nun tinggi di awan sana ‘?

Haiyooo, jangan lupa. Zaman sudah maju, tak ada tanah pun boleh tanam sendiri sayur-sayuran. Kan ada kaedah hidroponik gitu… 🙂

 photo 15d02802-5bfd-4a93-ae83-f6c670352555_zpslcu4o9xo.jpg

Pokok cili padi yang ditanam Mr Hubby di belakang dapur . Bila nak makan baru petik 🙂

Ok, boleh dikatakan semua orang tahu, apa kelebihan tanam sendiri sayur-mayur kan. Jadi anggaplah senarai pendek kelebihan tanam sayur sendiri ni sebagai satu check list yang boleh kita  belek2 semula  andai kata dah terlupa atau untuk diguna pakai  semula bagi  menjimatkan dan meringankan beban  perbelanjaan era GST ni.

 photo 3a144170-d449-4117-8dff-5873b914b15e_zpssuv4min1.jpg

Terung yang sudah mula mengeluarkan hasil ..

Mengapa perlu tanam sendiri sayur-sayuran ?

  1. Sudah tentu sekali sebab utamanya untuk menjimatkan perbelanjaan dapur. Zaman sekarang, beli dua jenis sayur di pasar pun boleh mencecah RM 10 atau lebih. Itu belum termasuk lagi belanja untuk beli daging, ikan atau udang.  Kalau tak beli ayam, masalah juga. Anak-anak hari-hari makan ayam. P/S : hmm nampaknya bukan lagi setakat kena tanam sendiri sayur-sayuran, tapi kena ternak ayam, udang harimau atau udang galah sendiri juga… Isk, isk,isk
  2. Sebagai cara menghijaukan persekitaran tempat tinggal. Kata orang mesra alam. Kawasan rumah lebih redup, lebih indah juga lebih nyaman. Cikgu sains pun cakap, lagi banyak pokok lagi banyak kesimbangan untuk alam sekitar 🙂
  3. Terapi diri. Yes, ini Cik Kiah setuju. Tekanan atau stress akibat pelbagai masalah boleh diredakan dengan cara menanam pokok atau melihat-lihat perkembangan pohon-pohon yang ditanam. Hilang sekejap apa yang berselirat dalam fikiran, apatah lagi apabila melihat sayuran yang ditanam sudah mula mengeluarkan hasil.
  4. Sumber makanan daripada tumbuh-tumbuhan  lebih segar  dan lebih selamat. Kita sendiri yang tanam, jadi kita sendiri tahu baja atau bahan apa yang digunakan . Pasti saja ia bebas racun perosak atau racun serangga.
  5. Masa terisi dengan cara yang lebih bijak dan berfaedah.  Jika mengusahakan sendiri tanaman sayur-sayuran, tak ada lah masa tu  habis begitu saja dengan melepak kat kedai kopi atau bertunggu tangga di rumah jiran.
  6. Hasil tanaman dapat diagih-agihkan kepada jiran-jiran sekeliling rumah. Sedekah  yang ikhlas tu punca untuk lebih murah rezeki. Pahala dapat, hubungan kejiranan pun erat.
  7. Mengelakkan pembaziran sumber tanah. Daripada terbiar ditumbuhi semak-samun, lebih baik diusahakan.
  8. Sebagai aktiviti riadah atau sebagai satu bentuk senaman yang boleh mengeluarkan peluh. Mencangkul, membuat batas tanaman, menyiram dan sebagainya juga salah satu cara menjaga kesihatan tubuh badan.
  9. Membentuk peribadi yang lebih positif. Menaman sendiri sayur-sayuran memerlukan ketekunan dan kesabaran.
  10. Menjana pendapatan sampingan yang sedikit sebanyak boleh menjadi sumber baru pendapatan untuk anda dan keluarga.

Sebut tentang menjana pendapatan sampingan, teringat saya akan seorang lelaki pertengahan 50 di tempat saya yang menjadi ‘jutawan senyap’ hanya dengan menanam dan menjual anak pokok sayur-sayuran dan buah-buahan.

Tapak semaiannya  hanya di belakang rumah taman perumahan yang luasnya hanya sekangkang kera . Anda bayangkanlah sendiri seluas manakah tanah corner lot yang digunakannya … Setiap Sabtu dan Rabu, ratusan anak pokok sayuran dan buahan  yang ada sesetengahnya dijual dengan harga RM 1 cuma di pasar pagi, habis dibeli orang dalam tempoh kurang daripada 3 jam. Kini, beliau mendapat perhatian utama Jabatan Pertanian Negeri. Dibawa berkursus ke sana-sini. Pada pameran MAHA yang lepas, satu treler panjang disediakan pihak berkenaan untuk membawa hasil tanamannya untuk dipamerkan. Betul lah, tuah ayam nampak di kaki, tuah orang tak siapa yang tahu ..

Salah satu success stories orang biasa-biasa  yang memberikan inspirasi tersendiri dalam menjayakan  apa saja yang kita usahakan.

Giliran kita bila pula agaknya ?

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

7 Comments on "Tanam Sendiri Sayur-sayuran"

  1. wow..ada jutawan senyapnya bestnya kalau macam tu..

  2. ada tanam serai dan pegaga
    baru je mula minggu lepas 😀

  3. rajinnya kak, saya nak juga menanam ni, dalam pantang leh makan ulaman 😉

  4. Senang bila nak masak sayur ambil sahaja dihalaman rumah. 🙂

  5. Wahhh, berguna kepada saya sebagai student

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me