SYUKUR KENDURI BERKHATAN HAFIY BERJALAN LANCAR

Sudah seminggu lebih rasanya tak menulis sebarang entri baru selepas JAMU UNTUK WANITA & PERSEPSI LELAKI. Hal ni disebabkan saya sedikit sibuk menguruskan majlis kenduri kesyukuran dan berkhatan si Hafiy.

Tak pasti sama ada patut ke tidak menulis entri kali ni, kerana ni adalah urusan yang agak personal . Nak cerita lebih2 nanti jadi over exposed pulak. Honestly, saya memang kurang suka bercerita hal2 kehidupan peribadi sebab bukan itu niat awal permulaan aktiviti blogging semenjak 2009 dulu. So, mungkin kena letak had untuk entri yang sebegini

Apapun, inilah puncanya mengapa tiada entri baru.

 

Gambar sejurus sahaja mendaftar di wad . Sementara menunggu pakar bius datang untuk last check up, Hafiy diarahkan untuk tukar baju yang diwajibkan pakai sebelum masuk ke OT. Tengok lah dia, memang montel kan ?! 🙂 Thats why, hanya boleh buat dengan cara bius penuh. Bukan suka sangat pun dengan cara tu, almaklum sajalah… kosnya mahal. Tapi no choice, so we have to.

10.10 pagi, dia dah disorong keluar dari OT. Cepat juga, dalam 40 minit sahaja. Eh, dah sedar pun rupanya. Sembang2 kongsi cerita dengan kawan2, memang bius kat KMC cepat sedar. Katanya ubat bius mereka lain daripada yang lain. Entah, wallahualam. Manalah saya tahu hal2 macam tu.

Pakej 1 day care di KMC sehingga lebih kurang jam 3 petang, baru boleh check out dan balik rumah.

Ini pula persediaan kenduri kat rumah pada petang hari yang sama. Tinggal di kampung begini lah caranya. Saya dan hubby sepakat tak menempah catering servis sebab huhu kosnya yang mahal. Boleh dijimatkan jika masak sendiri dengan bantuan orang kampung @ jiran2 sebelah rumah yang cukup baik hati.

Memang cukup meletihkan, namun ini untungnya hidup berjiran.

Gambar akhir yang sempat dirakam.

Sayang sekali, sebab saya tak sempat merakamkan keseluruhan perjalanan majlis kenduri tu termasuk semasa tetamu datang dan makan. Gambar diri sendiri pun tak sempat nak dirakamkan. Memang sedikit panik juga melihatkan ramai tetamu yang hadir. Bukan apa , risau lauknya habis sebelum waktu. Kesian pada tetamu yang datang dari jauh.  Namun syukur , alhamdulillah hal yang dibimbang-bimbangkan tu tak berlaku. Semuanya berjalan dengan lancar.

Di ruangan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kak Teh, Tok Cik, Mak Lang, Opah Piah, Mak Cik Nab, Mak Cik Ani, Kak Ani …Pak Din, Pak Lah, especially ayah, mak, Acu dan Wani serta semua yang lain…. hehe,macam senarai rombongan Cik Kiah pulak. Walaupun tahu, mustahil mereka membaca catatan di blog ni, ini sahajalah yang dapat saya lakukan sebagai tanda penghargaan buat mereka.

p/s : Sayang sekali, terlampau sibuk sampai tak sempat nak rakamkan gambar lauk-pauk pada hari tu. Nangka masak lemak cili api bersama ikan kering, ayam masak merah, kerabu taugeh campur jantung pisang, ikan kembung kukus dan sambal belacan beserta ulam-ulaman. Kalau tak,boleh lah buat kelas memasak on9 pulak… hihi

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me