SOSEK – SOSEK BUDGET 2013

8.20 AM – PASAR PAGI PEKAN B

Cerita 1

” Berita Harian tak ada ke makcik ?”….

” Tah lah, tak sampai2 lagi ni… tak keluaq kot hari ni. Dak pun habih dah.. Ramai beli pasai nak baca belanjawan”.

Cerita 2

” Tengok laa… budget berpuluh juta, apa depa bagi kat hangpa ? Tak dak apa pun”…

Cerita 3

” Aik cikgu… dapat bonus sebulan setengah gaji beli ikan kembung je ?”…

Haaa, tu le sosek-sosek belanjawan yang saya dengar masa pi pasar pagi tadi. Respect   pada makcik  yang menjual surat khabar. Walau dah lebih 65 tahun umurnye ( saya kenal orangnya, so tau lah umurnya ), tapi dia peka pada apa yang berlaku di sekeliling.

Si pakcik menjual bawang & rempah-ratus tu pula nampak terlebih emosi daripada cik nurse yang menjadi lawan bualnya. Alaa, diaorang kan tiap  2,3 tahun sekali dapat kenaikan segala, so apa salahnya time ni bagi la orang lain pulak merasa.

Actually, untuk entri hari ni  bukannya nak mengulas tentang apa yang diumumkan dalam budget 2013 semalam.

Tentang kadar pencen pesara kerajaan yang dinaikkan, pengekalan BRIM untuk tahun hadapan, pengurangan kadar cukai pendapatan, pinjaman untuk perniagaan dalam talian dan lain-lainnya tu tentu sudah banyak diulas oleh blogger2 lain.

Yang nak saya katakan kat sini adalah sikap sesetengah orang kita yang kerjanya merungut je. Bagi tak kena, tak bagi lagi tak kena… mengomel macam lah semua tu akan menyebabkan dunia berhenti berputar.Hooo…betul lah kata-kata bahawa kita ni manusia yang selalu tak berpuas hati.

Ok, saya tak kata yang budget 2013 tu complete, sempurna. Ada jugak kekurangannya.. Seperti pemberian rebet kepada golongan muda untuk pembelian telefon pintar. Langkah yang tentu sekali menggembirakan pihak berkenaan.

Tapi, dari bisik-bisik kedai kopi , ada yang kurang bersetuju tentang rebet tu. Orang muda dalam lingkungan umur tu merupakan golongan produktif. Tanpa rebet pun, telefon pintar tetap dibeli. Kadang bukan satu, tapi 2,3 unit sorang. Lebih baik beri baucar perubatan kepada penghuni rumah orang -orang tua… Ehemmm, ye tak ye jugak kan..

Melalut pulak..

Yang  nak saya sentuh kat sini,nak tanya kat sini …pernah tak kita bersyukur dengan apa yang kita semua nikmati selama ni ? Kalau dibandingkan dengan banyak negara luar, kita 10x ganda ( agak2 lah) lebih bertuah. Makan cukup, pakai cukup, bebas bergerak ke mana saja.

Tak puas hati lagi ?

Nih, mesti ada yang tanya saya ni pro kerajaan ke yang beriya-iya sangat membela..?!

Saya  bukan di mana – mana pihak. Sekadar menyatakan pandangan. Saya tak kata yang pimpinan sekarang sempurna dan bagus. Saya jugak tak cakap satu pihak lagi tu akan membawa lebih kemakmuran dan keamanan.

Selama ini kita hidup aman. Kenapa senang-senang nak gadaikannya ? Terjamin ke keamanan bertahun-tahun akan kekal jika kita beralih ?Terjamin ke kebebasan yang kita nikmati selama 55 tahun ini akan kekal selamanya ?

Fikir-fikirkanlah

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me