SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013

By | December 31, 2012

fireworks

Selang beberapa jam lagi, 2012 akan meninggalkan kita. Umat manusia seluruh dunia, insya-Allah jika dipanjangkan usia  akan sama2 menempuh 2013. Nampaknya  kaum Maya tersilap ramalan. Itulah, lain kali cubalah untuk ambil alih kerja Tuhan…. 😀

Walaupun kat sini hujan renyai-renyai sejak dari pagi lagi, bahang sambutan tetap terasa. Ramai yang sudah berura-ura untuk turut serta dalam sambutan tahun baru 2013 nanti. Petang tadi, semasa saya keluar ke bandar sekejap, kenderaan bertali arus. Sesak dan sibuk betul menjelang tahun baru.

Agenda serupa saban tahun. Menunggu detik 12 tengah malam , kemuncaknya diiringi dengan percikan bunga api yang gilang –gemilang . Terang bercahaya langit malam dengan aneka jaluran warna. Ahh,memang cantik lah !

“ Tak boleh ke buat acara lain selain tembakan mercun dan percikan bunga api untuk meraikan kedatangan tahun baru ? “

Persoalan yang kerap bermain dalam kepala setiap kali tibanya tahun baru. Mungkin boleh gantikannya sahaja dengan majlis kenduri kesyukuran misalnya, atau khatam al-quran, solat hajat berjemaah …. Apa2 sahajalah, yang lebih sesuai untuk kita  sebagai umat Islam ni…

Wahh, tentu ada yang rasa tak senang dengan tulisan saya kali ni. Bukan saya bermaksud apa2…. Jauh sekali bersifat anti sosial.

Sekadar pendapat peribadi sahaja.

Sejak sekian lama memerhati, impak daripada sambutan malam tahun baru, keesokannya pasti akan terpampang berita di dada akhbar tentang tangkapan khalwat pasangan2 Islam di hotel2 bajet dan rumah tumpangan.Hmm, bersungguh-sungguh orang kita meraikan kehadiran tahun baru. Bukan sahaja pasangan remaja. Suami orang entah ke mana, isteri orang pun begitu juga.

Belum lagi cerita tentang adanya gumpalan kondom terpakai yang ditemui di celahan sampah oleh pekerja dewan bandaran. Tersesat juga di situ coli dan seluar dalam wanita ! Apa cerita, apa hal tu ?

Ya, bukan mereka-reka cerita. Hakikatnya itulah yang berlaku di tempat kita sendiri menjelang ambang tahun baru.

Bukankah sepatutnya tahun baru disambut dengan hal2 yang baik dan positif sahaja, sesuai dengan keazaman baru ke arah kehidupan lebih baik dan mulia ?

9 bulan dari hari ini, lahir lagi zuriat2 tidak sah taraf tanda “ kenang-kenangan “ sempena sambutan tahun baru. Zuriat tidak berdosa yang kemudian dicampak dari tingkap flat, dilempar ke laut begitu sahaja.

Memang menyedihkan !

p/s:  Sekadar tonton tv atau rehat di laman rumah sahaja. Masih boleh nampak  percikan bunga api… Apa2 hal sekalipun, selamat tahun baru buat semua. Mudah-mudahan hayat kita dapat diisi dengan perkara2 yang baik2 sahaja.Buat yang pertama kali singgah ke blog ni, jangan lah segan2 untuk bertandang lagi ye… T.kasih

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me