Tudung kanak-kanak
SEKADAR RENUNGAN – Kongsi Macam2 Cerita

SEKADAR RENUNGAN

Sekadar renungan 😛

Saya percaya setiap manusia yang Allah ciptakan, ada sisi buruk dan baik masing2. Sebab itu diciptakanNya syurga dan neraka.  Terkadang pertembungan  antara fitrah manusia atau naluri dan tanggungjawab menimbulkan konflik besar dalam kehidupan.

a-page-of-quran-a-day-keeps-the-shaytan-away

Salah percaturan walau hanya sesaat boleh meranap kebahagiaan serta meragut apa yang pernah dan sedang kita miliki. Apabila itu berlaku penyesalan seluas hamparan laut pun mustahil akan merubah apa yang telah terjadi.

Saya amat percaya dalam diri kita sendiri tersembunyi sisi jahat yang amat perlu diawasi. Kejahatan yang boleh menjadi sebesar-besarnya mengatasi segala kejahatan yang ada di dunia ini jika  ruang ke arah itu dibiarkan terbuka.

Lantaran itu, setiap langkah bertindak gerakkan ia dari akal sedar, bukannya nafsu. Jika saat itu kita masih sangsi, bersandarlah pada Al-Quran. Pohon seikhlas doa agar langkah kita bergerak di landas yang betul.

Surah Al-E-Imran ayat 8, 16, 38 dan 200 yang bermaksud,

Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (8)Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka. (16)Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (200)

Sekadar renungan mengingatkan diri sendiri sempena meningkat setahun lagi umur 😛 . Alhamdulillah, Terima Kasih atas kasih sayangMu Ya Allah !

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

9 Comments on "SEKADAR RENUNGAN"

  1. selamat panjang umur, murah rezeki dan diberkati selalu
    bahagia dunia dan akhirat

    cabaran hidup perlu dihadapi dengan ilmu dan iman

  2. doa senjata orang mukmin..insya Allah doakan kebaikan

  3. tahniah kak, sweet birthday yang ke berapa ni ;), semoga pjg umur and dimurahkan rezeki, bagus ada peringatan macam ni, kdg2 ada masa kita terlupa dan terleka

  4. Assalamualaikum,

    Selamat hari lahir SisHaza :). Semoga cemerlang dunia & akhirat..Amiin :).

    p/s: Salam ukhwah dari Sarawak

  5. Jahat..kalau tak pandai nak kawal, memang akan jadi jahat tak terkalah..hehe.thanks..renungan kita bersama..

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me