SALAM AIDIL FITRI

 photo f6403cca-01ae-4244-a72c-cccaf3109d1c_zpsa7632d5e.jpg

Walaupun hari ini sudah masuk hari raya ke-2 bagi sambutan AidilFitri 2014, diharapkan tidak terlambat untuk saya mengucapkan Salam Aidil Fitri dan ribuan terima kasih  kepada seluruh pembaca blog ini serta rakan blogger yang sering berkunjung ke sini, meninggalkan jejak serta komen balas sebagai salah satu cara menunjukkan sokongan sesama kita.

Selaku pemilik dan penulis blog ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai  di antara tulisan-tulisan itu secara tidak langsung ada menimbulkan rasa kurang senang serta menyinggung perasaan pihak-pihak yang berkaitan. Sebagai manusia biasa, kekurangan pastinya sentiasa ada.

Sesungguhnya apa yang tercoret di sini tidak sama sekali bertujuan mengaibkan mana-mana pihak apatah lagi untuk membidas sesiapa. Rencah hidup yang menjadi inti pati penulisan di sini sekadar bertujuan untuk perkongsian. Moga ia dapat memberi kesedaran serta renungan buat kita yang bergelar manusia.

Saya juga memohon maaf kerana tidak semua komen daripada para pembaca dapat diterbitkan untuk tatapan umum. Sesetengah komen berunsur negatif, bersifat menyerang dan jelas sebagai alat provokasi serta menggunakan bahasa kesat , terus-terang saya nyatakan di sini bukanlah ruangnya yang sesuai.

Begitu juga dengan penulisan komen-komen yang begitu ketara merosakkan bahasa, komen anda yang sedemikian rupa tidak akan sama sekali mendapat tempat di blog ini. Harap maklum ya ..

Suara kanak-kanak di luar sana menandakan ada tetamu yang tiba. Momen indah yang suatu waktu dulu juga pernah kita lalui . Betapa masa cepat berlalu. Kita menjadi dewasa seiring berputarnya masa .. namun Aidil Fitri sentiasa indah dan membahagiakan.

Ada tetamu yang perlu diraikan  🙂  Salam Aidil Fitri buat semua. Jumpa lagi nanti insyaallah.

Daaa

6 Comments

  1. Salam Aidilfitri buat Sishaza. Semoga ceria di hari lembaran bersama keluarga. Maaf, zahir dan batin.

  2. Samalah saya..selamat hari raya akak…harap tak terlambat lagi mengucapkan selamat hari raya..maaf jika ada terkasar bahasa..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *