REZEKI, PENGUTIP TIN DAN KUCING TERBIAR

By | January 13, 2013

Hakikatnya, rezeki adalah hak Allah. Dia yang berhak menurunkan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya…. bila , di mana dan bagaimana.

Pada 3 entri yang lepas , ada saya coretkan amalan2 yang boleh diamalkan agar murah rezeki. Pada perkara ke-8  dalam entri itu , ada saya nyatakan bahawa untuk memperoleh rezeki secara mudah lagi berkat,  kita harus berbuat baik terhadap binatang seperti memberi sedikit makanan kepada mereka.

Selalu saya mengingatkan diri  bahawa rezeki yang kita peroleh bukan hak mutlak kita. Di dalamnya terkandung bahagian orang atau makhluk  Allah yang lain.

Setiap hari , adakalanya pada waktu pagi ketika saya memandu ke tempat kerja saya sering ternampak lelaki ini. Dengan sebuah basikal, lelaki kurus yang kelihatan agak lemah ini mengayuh perlahan basikalnya di sepanjang jalan raya. Ternampak sahaja longgokan plastik berisi sampah yang belum dikutip  lori sampah, dia berhenti dan menyelongkarnya. Sebaik ketemu apa dicari, plastik itu diikat semula.

Rupanya lelaki itu mencari tin minuman terpakai. Pasti saja untuk dikumpul dan dijual. Tengah hari, ada ketikanya saya terserempak lagi dengannya. Laluan saya ke tempat kerja agak jauh dari rumah dan terpaksa melalui beberapa jalan berbeza. Ketemu lagi lelaki ini, bererti dia bergerak merata arah. Semuanya demi kelangsungan sebuah kehidupan.

Hal ni bukan baru sehari dua berlaku. Sejak bertahun dahulu, semasa saya bertugas di sekolah lain dengan laluan berbeza, lelaki yang sama ini juga kelihatan di sana. Maknanya, basikal nan sebuah itu membawanya hampir ke seluruh pelusuk Gapura Utara, demi sesuap nasi !

Baru2 ni saya bertemu lagi lelaki itu. Di tempat parking kereta pasar pagi, ketika saya baru saja mengunci kereta, saya lihat lelaki  itu menjinjing satu beg plastik di tangannya. Kerana jarak yang sangat hampir, saya lihat dengan jelas  di dalamnya terkandung ikan. Mungkin dalam sekilo dua sahaja. Tidak ada sayur, buah, makanan atau apa2 sahaja yang boleh dibeli di pasar melainkan ikan semata-mata.

Maha Suci Allah yang mengetahui setiap sesuatu yang jelas atau tersembunyi. 2 kali  pertemuan saya dengan lelaki pengutip tin minuman ini mungkin hanya kebetulan atau mungkinkah Dia sedang menunjukkan sesuatu kepada saya….?!

Sebaik dia berlalu di hadapan saya, beberapa ekor kucing terbiar yang tidur di bawah perut kereta ikut keluar lalu menghampiri lelaki tu. Tiada sebarang ngiauan kedengaran. Seolah-olah sudah terbiasa, lelaki itu mengeluarkan seekor demi seekor ikannya lalu diberikan kepada setiap kucing yang mengekorinya.

Subhanallah. Memang Dia sedang menunjukkan sesuatu kepada saya. Kejadian itu membuatkan saya semakin kuat percaya bahawa dalam rezeki kita sentiasa ada hak orang lain. Ia bukan 100 % milik kita.

Di pihak yang lebih mampu seperti kita, tergerak kah hati untuk berbuat seperti itu ? Ganjaran apakah yang menanti lelaki pengutip tin minuman itu ?

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 thoughts on “REZEKI, PENGUTIP TIN DAN KUCING TERBIAR

  1. suri

    aik cam dh jodoh je rdg mamad ut hee..
    \sentiasa bersyukur sb tu separuh dri mendidik iman kita

    Reply
  2. Pingback: penampilan islamik orang kita baca surat khabar KOSMO tak ada adab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me