Rasional

By | January 25, 2015

2 minggu lebih persekolahan berlangsung, blog ini sunyi daripada catatan terkini. Masih ada yang setia mengunjungi namun aliran trafiknya sedikit menyusut. Kebiasaannya UV berada dalam lingkungan 800 ke atas sehari namun 2 minggu pertama ini, jumlahnya berkurangan menjadi sekitar 650 sahaja sehari. Huu aduhai …

Belum lagi dikira bounce rate …  🙁

Hari ini cuba memaksa diri untuk update. Rasional setiap tindakan bergantung juga kepada keadaan semasa. Jadi, dengan melihat kepada keadaan yang kurang memberangsangkan ini, rasional tindakan untuk menyiarkan satu entri terbaru adalah agar blog ini dapat terus ‘bernafas’ .

Rasional setiap tindakan … Ya, inilah yang sepatutnya kita jadikan alat berfikir sebelum memutuskan sebarang keputusan. Setiap tindakan kita pastinya ada rasional tersendiri. Paling penting, setiap tindakan atau keputusan yang diambil sewajarnya memberi kebaikan bukan saja kepada diri sendiri, namun kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Win-win situation kata orang betul tak ?

Seorang guru , sekadar memberi satu contoh, mendenda anak didiknya berdiri di bahagian belakang kelas selama 10 minit kerana sudah lebih 10 kali tidak menyiapkan tugasan ( kerja rumah ). Rasional  hukuman adalah bertujuan untuk mendisiplinkan murid tersebut , memberi penjelasan betapa pentingnya pelajaran demi masa depan.  Juga bagi memberi penegasan kepada murid terlibat dan murid-murid lain bahawa tidak ada yang tidak terlepas daripada mematuhi arahan seorang guru. Tidak kira sama ada dia anak pegawai kanan kerajaan atau anak polis, anak petani atau anak tukang gaji. Anak menteri atau anak cikgu sendiri. Tiada istilah pilih kasih ! Nak mendera jauh sekali ..

Malangnya bukan semua ibu bapa mampu melihat dan berfikir secara rasional . Apa yang guru lakukan semuanya dianggap berniat buruk.

Mungkin agaknya mereka lupa, dahulu mereka lalui perkara serupa. Tiada masalah pun yang timbul. Hasilnya ada  antara mereka yang berjawatan besar sekarang, kalau nak dibandingkan dengan bekas cikgu sendiri jurangnya bagai langit dengan bumi. Bukankah itu hasil daripada disiplin yang kukuh ?

Kredit Gambar : Says.Com

Terlupa satu perkara, cikgu zaman sekarang diberi guideline .. garis panduan dalam menghukum. Jadi jangan ada prasangka atau prejudis terhadap kami yang bergelar cikgu ni. Betul, dalam setandan pisang memang ada buah yang tak berguna. Namun janganlah kerana nila setitik rosak pula susu sebelanga.

Banyak lagi kisah dan teladan bagi menggambarkan betapa setiap tindakan harus ada rasionalnya. Tapi tiba-tiba, jari terasa kebas pula. Jadi ceritanya harus ditamatkan di sini. Rasionalnya, bimbang kalau-kalau kena RSI pula …  😐

Jadi apa pula rasional entri kali ini ?

Meminjam kata-kata atau tagline seorang pelawak muda hari ini .. “ lu fikirlah sendiri “.

Jangan marah aaarr 😀

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “Rasional

  1. adarain

    Saya ingat lagi pengalaman melihat guru tampar rakan sekelas. kalau zaman sekarang dah heboh tapi dulu2x tak heboh lagipun rakan sekelas memang nakal dan jenis mantul bila guru cakap memang wajar kena tampar.

    Reply
  2. TehR

    satu cadangan
    [kalau tak benarkan anak kena denda]

    ibu bapa penjaga MESTI hadir ke sekolah setiap kali anak mereka tak buat kerja sekolah
    dan bagi denda pada ibu bapa berdiri belakang kelas

    sebab?

    sebab ibu bapa GAGAL memastikan anak mereka buat kerja sekolah yang cikgu bagi

    mendidik anak bukan tanggungjawab cikgu sahaja

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me