Salam Ceria & Selamat Bercuti

Dimulakan dengan Bismillah …

Alhamdulillah, masalah beg udara kenderaan Toyota  sudah selesai. Diharapkan tidak timbul lagi masalah lain selepas ini.

Rabu lepas, saya bersama Mr Hubby dan anak-anak ke Pusat Servis Toyota Alor Setar lagi yang terletak di kawasan perusahaan baru Mergong. Biasalah, giliran servis sudah tiba. Kebetulan masanya tiba waktu cuti sekolah, jadi tidaklah saya perlu kelam-kabut untuk  isi form cuti. Selamat CRK saya ( Cuti Rehat Khas ) yang masih berbaki 5 hari lagi hihihi ..

Temu janji dengan Toyota jam 10 pagi, jadi on the way sempatlah singgah mengalas perut di warung tepi jalan berhampiran simpang empat Simpang Kuala.

Kali pertama makan roti jala gergasi berharga RM 1.00 sebiji. Memang sedap, tapi dah kerana excited nak makan, lupa pula nak snap gambar untuk siaran di sini. Hihi kalau dah bab makan, memang tak ingat yang lain dah ..

Warung yang kami singgah ni biasa-biasa saja. Kalau orang yang selalu breakfast kat restoran-restoran atau café terkenal, tentulah tak pandang warung sebegini. Menariknya, hanya roti jala sahaja menu yang ada. Dan apabila ada pelanggan menempah, barulah roti jala ditebar. Kiranya memang fresh dan panas-panas lagi.

Idea bisnes kecil yang kelihatan simple tapi mungkin boleh dijadikan pencetus idea kepada sesiapa yang berhasrat untuk mula berniaga. Kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ia 1000 kali jauh lebih baik daripada mengemis, jadi GRO kelab malam dan sebagainya. Maaf bukan menghina, tapi hakikatnya jelas rezeki yang berkat penting untuk kehidupan yang mendapat redha dan rahmat dari Allah SWT.

Apabila semua dah kenyang, cepat-cepat kami bergegas ke Toyota Alor Setar / Mergong. Tak boleh berlengah-lengah, nanti ada yang potong giliran. Bukannya tak tahu, servis mana-mana kereta pun bukannya mengambil masa yang singkat. Paling cepat pun 3,4 jam baru siap ..

Kunjungan ke Pusat Servis Toyota Alor Setar lagi sekali, kali ini menyaksikan sedikit perubahan. Terdapat tambahan tempat duduk @ meja menunggu. Sesuai sangat penambahan tersebut kerana jumlah pelanggan yang ramai pastinya menuntut kemudahan yang selesa.

Selain itu terdapat juga vending machine , yang mana pada servis sebelum ini tak pula kelihatan. Mungkin baru disediakan di situ. Penambahbaikan yang bagus sebab pelanggan yang menunggu tidak mempunyai pilihan untuk mendapatkan makanan atau minuman disebabkan tiada sebarang gerai pun kelihatan. Jenuh menahan lapar lah Cik Kiah oii selagi tak siap servis 😀 Nasib baik dah makan awal-awal tadi.

 photo 558d97fd-3544-4855-9b70-e8bf6a94f84f_zpsa75a2a2d.jpg
Vending machine dah ada …siap Maggi corner lagi 😀

Puas menunggu dari jam 10 pagi sehingga jam 5 petang baru selesai. Hoho .. memang letih Cik Kiah oii. Servis biasa aje tu, bukannya major service pun … Tapi mungkin kerana masalah clutch yang berbunyi ditambah pula dengan proses menukar spiral cable yang ada kaitannya dengan air bag pada bahagian pemandu di samping prosedur-prosedur lain, maka berjam-jam lah jadinya servis tu.

 photo ecc7ed68-970c-46d7-839f-d15f9bce2ba6_zps79b3829e.jpg
Tiba-tiba terliur pula tengok model baru Toyota Vios ni …

Bosan menunggu, saya minta Hafiy tolong snapkan gambar bahagian dalaman Toyota Vios baru untuk buat review ringkas dalam blog. Sekali tengok, bukannya diambil semua part yang saya nak tu tapi siap layan posing gambar diri sendiri pula. Tengoklah aksinya kat bawah ni .. control macho lah kononnn hehe ..

 photo b827102b-d344-4b47-944d-3f1f0136df7e_zps77f18728.jpg
Anak siapa bulat bam bam ni .. 🙂

Terlintas dalam hati, jika pihak Toyota dapat sediakan toaster di bahagian minuman ( Coffee Break ), ada laa sedikit pilihan untuk pelanggan mengalas perut selain daripada Maggi Cup kan kalau dah lapar sangat.  Dan mungkin 1 ruang khas untuk anak-anak  kecil bermain seperti yang biasa ada kat TESCO atau shopping mall lain tu, tentu para ibu bapa rasa lebih selesa. Sebabnya bukan semua pelanggan  pergi bersendirian. Ada juga yang ditemani keluarga . Mungkin sebab ada aktiviti 2 dalam 1. Lepas servis, nak terus pergi shopping pula kan …

Pihak pengurusan Toyota UMW, setuju tak dengan cadangan saya  ni ?

 

8 Comments

  1. waaaaa lamanya nak siap
    macam ni gaya molek sangat kalau ada liputan internet
    dan makan minum

    1. Author

      Memang lama Cikgu… saya bawa tab ,siap boleh buat entri draft lagi. Ada juga seludup masuk makanan ringan buat bahan mengunyah

  2. mesti jawapannya boleh aje kak untuk keselesaan para pelanggan hehe, teh tarik une

  3. tak suka tunggu begitu lama kalau kena juga tunggu biasa saya akan bawa novel, makanan alas perut isi dalam beg, bawa air kosong.selalu kalau pergi mana-mana saya wajib bawa benda itu sebab saya tahu jenis keadaan tubuh saya macam mana bukan macam masa zaman anak dara dulu uh..sekarang mudah sahaja sakit tak tentu masa.

    1. Author

      Itulah …sis pun ada bawa majalah, buku nota etc sementara menunggu servis siap. Hai nak buat camane lagi, setiap saat umur bertambah kan ..

Leave a Reply to syukur Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *