Permohonan Atas Talian UPU & IPTS Untuk Lulusan SPM 2014

By | March 8, 2015

Sudah hampir seminggu keputusan SPM 2014 dikeluarkan oleh KPM. Ramai yang melakar kegemilangan dengan mencatat sejarah pencapaian peribadi yang cemerlang setelah 5 tahun berada di alam sekolah menengah.

Kejayaan memperoleh  9 atau 10 A tentu saja  membuatkan seluruh ahli keluarga terutama ibu bapa berasa  gembira dan bangga.

Namun ada juga yang kurang bernasib baik, rezeki tidak menyebelahi mereka. Keputusan yang diperoleh tidak secemerlang seperti yang diharap-harapkan.  Perasaan hampa, sedih dan kecewa pastinya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Namun, SPM bukanlah penamat segala. Kegagalan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang tidak boleh dijadikan sebagai penghalang dalam usaha menuntut ilmu dan mencapai cita-cita.

Pilihan laluan kerjaya masa hadapan  selepas keluarnya keputusan SPM masih terbentang luas kerana dewasa ini terdapat banyak pilihan institusi pengajian  tinggi sama ada institusi pengajian tinggi  awam ( IPTA ), atau swasta ( IPTS ). Satu kelebihan buat anak-anak lulusan SPM masa kini.

Permohonan Atas Talian UPU & IPTS Untuk Lulusan SPM 2014

Di sini saya kongsikan pautan IPTA & IPTS yang boleh dilayari oleh para ibu bapa dan lulusan SPM sendiri bagi melihat institusi mana yangboleh dipilih untuk memohon, bersesuian dengan keputusan SPM  yang baru saja diperoleh.

Permohonan atas talian bagi IPTA:

** universiti-universiti, politeknik premier & konvensional, METrO dan ILKA

Tarikh tutup permohonan : 6 April 2015

Untuk mengetahui cara memohon atau panduan bagi mengisi permohonan, panduannya boleh dibaca di sini .

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah hubungi :

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
Tel: 03-88706755/6766
Faks: 03-88706864

Permohonan atas talian bagi beberapa IPTS :

PICOMS ( PUSRAWI INTERNATIONAL COLLEGE  OF MEDICAL SCIENCES )

Kolej Sains Perubatan Antarabangsa yang dimiliki sepenuhnya oleh MAIWP – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini menawarkan  beberapa kursus perubatan seperti :

  • Diploma Farmasi
  • Diploma  Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
  • Diploma Kesihatan Persekitaran
  • Diploma Pembantu Perubatan
  • Diploma Sains Fisioterapi
  • Diploma Sains Perubatan
  • Diploma Sains Kejururawatan
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan
  • Diploma Terapi Cara Kerja

Difahamkan sehingga entri ini ditulis bahawa pihak PICOMS ada menyediakan kemudahan asrama dan pengangkutan sepanjang tempoh 3 tahun mod pembelajaran sepenuh masa.

KOLEJ RISDA / KOLEJ UNIVERSITI AGROTEKNOLOGI MALAYSIA (  UCAM )

UCAM APPLICATION

Antara program akademik yang ditawarkan ialah :

Sijil Kemahiran Malaysia

Sijil Sains Komputer
KP(JPS)(KR 9702)3/14, MQA A9702

Sijil Sains Pertanian
JPT/BPP(KA 10863)11/15, MQA A10863

Sijil Pengurusan Perniagaan
JPT/BPP(R/340/3/0216)02/18, MQA A8956

Diploma Elektronik Perniagaan (DEP)
JPT/BPP(N/340/4/0263)07/18, MQA PA2798

Diploma Rangkaian Komputer (DRK)
JPT/BPP(N/481/4/0109)07/19, MQA PA4666

Diploma Keusahawanan
JPT/BPP(KR10883)01/15, MQA A5691

Diploma Perakaunan
JPT/BPP(KR10882)01/15, MQA A5690

Diploma Perniagaantani
JPT/BPP(N/340/4/0081)10/16, MQA PA 0896

Diploma Pengurusan Ladang (DPM)
JPT/BPP(N/345/4/0380)07/18, MQA PA2795

Diploma Pengurusan Landskap
JPT/BPP(R/581/4/0041)01/19, MQA A8773

Diploma Sains Pertanian (DSP)
JPT/BPP(N/621/4/0005)05/18, MQA PA2779

Program Kerjasama UPM

Diploma Pertanian
KP(JPS)(KR 9701)03/14, MQA A9701

Diploma Pengurusan Perniagaan
JPT/BPP(R/340/4/0126)09/17, MQA A8273

Diploma Sains Komputer
JPT/BPP(R/481/4/0164)02/17, MQA A8272

Program Kerjasama UiTM

Diploma Pengurusan Ladang
JPT/BPP(R/621/4/0002)12/17, MQA A8772

Program Kerjasama UniKL

Sarjana Muda Teknologi Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Keusahawanan Komputer
JPT/BPP(N/345/6/0518)02/19, MQA PA4041

Prospek kerjaya bagi lulusan kolej universiti ini boleh anda baca di sini.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

3 thoughts on “Permohonan Atas Talian UPU & IPTS Untuk Lulusan SPM 2014

  1. ajumohit

    memang ramai anak2 yang bijak skrg ni kan kak, persaingan pun banyak, kepada yg layak cepat2 la memohon

    Reply
  2. Nur Syafiqa Aziera

    boleh x bg pencerahan utk diploma teknologi makmal perubatan di PICOMS… maaf da susahkn…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me