PANDUAN PENJAGAAN KUCING

By | December 16, 2013

myboe

Salam Jumaat Isnin

** Entri ini disiapkan pada hari Jumaat lepas lagi dah tapi tak dapat diterbitkan gara-gara tak boleh upload gambar Si Boe ni. Itu sebabnya saya menyepi 2,3 hari ni. Tadi teringat nak login CPanel, pi ke bahagian wp-upload kemudian godek2 dan delete apa yang patut, barulah dapat upload gambar ni. Phewww… berpeluh ketiak heheh. Finally, inilah dia. Alhamdulillah !

Kenalkan … Inilah Boe. Kucing yang dulunya saya fikir baka Ragdoll tapi sekarang dah start confused pula sama ada ia memang benar-benar baka Ragdoll atau Siamese. Sebabnya ada beberapa ciri menyamai Ragdoll tapi pada certain part pula nampak macam kuciang Siam je ๐Ÿ˜ Ada sesiapa boleh bantu ?

Boe nama diberi. Kadang saya panggil juga sebagai Borhan … hahaha ada ke macam tu pula ye. Maaf jangan terasa siapa-siapa yang namanya Borhan tu ye. Tapi ia memang faham pun itu memang namanya sebab selalu beri respon yang baik apabila dipanggil.

Kucing jantan bersaiz besar ni sebenarnya baru berusia 11 bulan. Mempunyai raut wajah yang serius, kelihatan agak garang dan susah senyum ๐Ÿ˜€ hehehe. Tak tau nak discribe macam mana, tapi memang ia selalu kelihatan bersahaja, tak nampak sweet dan suka menjeling.

Sangat suka bermain dalam kotak atau baldi. Pantang jumpa dua benda ni, mulalah Boe menyondol-nyondol masuk. Dah masuk mula la berposing ala-ala Brad Pitt gitu. Tengoklah baldi buat cuci kereta ni, si Hafiylah yang suka letak merata dan hasilnya jadi tempat bermain Boe ,adik-adik dan ibunya. Saya dan Mr Hubby pula pantang nampak aksi-aksi 4 beranak ni yang pelik-pelik sikit mulalah shoot sana shoot sini. Banyak sebenarnya gambar-gambar mereka ni tapi tak bolehlah masukkan banyak-banyak di sini. Nanti berat blog Cik Kiah kau.

Ramai orang suka bela kucing kerana rupanya yang comel dan sifatnya yang manja. Apabila stress boleh main-main dengan kucing, boleh belai-belai kerana ia memang haiwan yang cute. Nabi Muhammad pun sayangkan kucing kan .. Cuma bagi sesetengah orang , tak boleh lebih-lebih sangat mendekati kucing kerana alahan terhadap bulunya atau masalah penyakit saluran pernafasan. Sesetengah kucing juga mudah luruh bulunya yang dikatakan mungkin berpunca daripada pemakanan. Saya sendiri jarang sekali benarkan Boe masuk ke dalam rumah kerana Hafiy memang mudah alami alahan jika kerap menyentuh atau bermain-main dengan kucing.

Betullah kata orang, kucing boleh menjadi teman setia manusia sama seperti anjing. Kedua-duanya sangat cerdik namun dari segi sedikit perwatakan, ย sifat malas dan licik serta banyak tipu helah, kucing lebih menguasai sifat ini. Sebab itu agak sukar melatih kucing berbanding anjing yang memang diketahui sebagai ‘ haiwan pelajar ‘ yang cerdik dan cepat faham. Mungkin sebab itulah timbul masalah untuk mengajarnya menggunakan litterbox @ tandas kucing.

Saya katakan demikian kerana sejak dulu lagi blog apacerita.com banyak menerima carian berkaitan cara mengajar kucing berak di tandas atau cara mengelakkan kucing berak merata-rata. Malangnya tak banyak panduan atau info yang dapat saya kongsi bersama tentang cara mengatasi masalah tersebut. Memang ada lebih daripada 3 entri berkaitan kucing ( jika tidak silap saya ) tapi ia bukanlah mengkhusus tentang panduan langkah demi langkah yang lengkap untuk masalah tu.

Sebelum ini sudah pernah saya katakan bahawa untuk belajar cara penjagaan kucing, mestilah belajar daripada mereka yang betul-betul pakar tentang kucing. Bukan saja cara mengajar kucing menggunakan litterbox, malah aspek pemakanan, rutin pembersihan, ubat-ubatan dan jenis penyakit kucing serta cara mendandan kucing juga dapat dipelajari jika kena pada tempatnya.

So hari ni, sekali lagi saya ingin syorkan agar anda rujuk kepada panduan penjagaan kucing yang terdapat di laman KucingComel.com . Panduan ini lengkap dan insyaallah akan membantu menjawab semua permasalahan anda berkaitan dengan penjagaan kucing. Maknanya dengan panduan ini anda tak perlu lagi buang masa berjam-jam ‘google’ sana-sini mencari maklumat berkaitan masalah kucing anda tu. Itu belum dikira sama ada maklumat yang ditemui tu benar dan boleh diikuti atau pun tidak. Kalau benar ok lah tapi kalau salah haru – biru laa jadinya.

Saya bukannya apa. Saya laaaaagi suka apabila ramai yang datang ke blog ni mencari panduan membela kucing. Trafik blog pun meningkat hihihi dan earning dari CPUV Mr Nuff pun banyak ๐Ÿ˜€ ย tapi itu le dia..cuma kesian pula apabila maklumat yang dicari tu tak ditemui pun di sini. Boleh hangin satu badan juga kan ?!

So, untuk cat lovers jangan lupa dapatkan e-buku panduan atau cara penjagaan kucing sekarang. Insyaallah, tak rugi kerana semua maklumat di dalamnya akan dapat membantu anda dan kucing anda.

Meowwww …ย  ^_^

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ๐Ÿ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ๐Ÿ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “PANDUAN PENJAGAAN KUCING

  1. TehR

    tak boleh lupa pengalaman kucing beranak atas riba saya sendiri
    memang terkejut besar kami anak beranak

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Wah,pengalaman yang menarik ni cikgu. Nampaknya jadi ‘ bidan terjun ‘ laa cikgu ye.. hiks ๐Ÿ™‚

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me