‘ NAT ‘ POKOK GETAH

By | February 10, 2013

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penganut agama Buddha. Perayaan Tahun Baru Cina ni juga dikongsi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ramai yang mengambil peluang bercuti dan bawa anak isteri makan angin. Di jalan raya, laluan sekali ganda lebih sesak daripada biasa.

Sekolah saya juga turut bercuti. Terdapat beberapa orang murid berketurunan Siam turut menyambut perayaan ini kerana ada antara mereka yang ibu atau bapanya berketurunan Cina. International gitu…

Seronok betul bercuti seminggu, tapi leceh betul bila kena ganti pula hu hu hu :0

Pagi tadi, saya dan Mr Hubby sengaja bawa anak-anak ke pasar. Itu bukanlah kali pertama. Sengaja cuba biasakan mereka agar mereka boleh rasai pengalaman sebenar membeli barangan basah di pasar. At least apabila mereka berkeluarga sendiri nanti, tak adalah terkial-kial apabila menemani isteri ke pasar. Ohh.., jauh betul perancangan mak yang sorang ni hehehe 😀

Menariknya, pasar atau lebih dikenali sebagai ‘ Nat ‘ dalam kalangan penduduk tempatan ini diadakan di celahan pohon getah dalam ladang getah. Sudah beberapa tahun kami tak ke sini, selalunya pergi ke pasar yang dekat-dekat dengan rumah sahaja so bila dah cuti ni dapatlah pergi jauh sikit.

pasar pokok getah

Inilah satu-satunya pasar atau nat yang paling unik di Kota Gapura ni. Unik kerana lokasinya adalah dalam ladang getah dan banyak makanan tradisional yang jarang lagi ditemui dapat dibeli di sini. Pekasam udang sawah merupakan makanan tradisi yang saya cari-cari di sini, malangnya tak ada pula hari ni.

pasar pokok getah2

Sebenarnya jam 7:50 pagi lagi kami sudah tercegat di sini. Waktu itu, belum ramai pengunjung. Para peniaga juga baru hendak menyusun barang jualan masing-masing. Gambar yang dirakamkan pun sekadar 3 keping sahaja. Namun sejam selepas itu, nat pokok getah mulai dibanjiri pengunjung. Masa ni, nak berjalan pun susah. Niat untuk merakamkan lebih banyak gambar pun mati begitu saja.

pasar pokok getah3

Sekiranya korang kebetulan datang ke negeri ni, cubalah luangkan masa untuk berkunjung dan melihat sendiri keunikannya. Ia hanya diadakan seminggu sekali iaitu pada hari Ahad, hari yang sama dengan Pasar Wang Kelian yang juga menjadi tumpuan ramai pengunjung dari luar. Insyaallah, saya akan cuba masukkan entri berkaitan pasar sehari di Wang Kelian pula nanti jika ada kelapangan.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “‘ NAT ‘ POKOK GETAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me