MURID TAHUN1 DIGONCANG GURU BAHASA INGGERIS ?

By | January 22, 2013

Ini berita yang baru kami saya terima baca. Ye lah, hari ni seharian di sekolah. Selepas tamat waktu P & P, sambung dengan mesyuarat 3 dalam 1. Balik rumah sampai jam 3:30 petang. Mandi, sembahyang Zohor, makan & tunggu masuk waktu  Asar pula. Selesai, cepat2 ke sekolah semula kerana ada latihan merentas desa. Menapak dengan bebudak ke check point, semput juga terasa.

So, sementara nak masuk tidur ni, sempat lah juga membelek2 akhbar. Pagi tadi masa tengah drive ke sekolah, terdengar tajuk berita bahawa seorang murid tahun 1 digoncang-goncang seluruh badan, ditolak-tolak ke dinding kelas hingga jatuh terlentang. Dengar khabarnya, cikgu Bahasa Inggeris yang empunya penangan.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah sekolah rendah di Johor. Dikatakan tindakan guru ni berpunca daripada kegagalan murid Tahun 1 tu melafazkan permintaan untuk ke tandas dalam Bahasa Inggeris. Akibat tindakan guru terbabit, murid tersebut mengalami calar pada lengan kiri, lebam pada paha kiri dan terdapat kesan bengkak pada tulang punggung. Demikian yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.

Sama ada kecederaan murid tu benar2 disebabkan oleh tindakan guru tersebut atau ada hal lain yang berlaku di sebaliknya, semuanya masih dalam siasatan pihak polis.

Personally, saya berpendapat bahawa hal sebegitu sebenarnya elok terlebih dahulu dibawa berbincang dan diselesaikan secara baik oleh ke dua ibu bapa dengan pihak sekolah sebelum laporan kepada pihak polis dibuat. Perbincangan secara telus melibatkan pentadbir  sekolah, guru dan murid yang terlibat. Mungkin juga boleh diambil keterangan daripada beberapa murid yang menjadi saksi kejadian tersebut. Semuanya untuk memberi keadilan kepada ke dua- dua belah pihak. Laporan polis hanyalah pilihan akhir melainkan jika kes itu mengakibatkan kecederaan besar atau boleh menggugat nyawa,  keselamatan & ketenteraman  pelajar.Panjang cerita jadinya apabila laporan polis dibuat. Ni sekadar pendapat saya sahaja..

Di pihak guru pula, hukuman dikenakan  harus yang sewajarnya sahaja. Tidak patut mendatangkan kecederaan, sebaliknya hanya untuk memberikan pengajaran atau kesedaran.Sementelah kita pula sering diingatkan akhir2 ini, kuasa merotan hanya diberikan kepada guru besar sahaja. Walaupun mungkin geram juga melihat tingkah murid zaman kini yang semakin melampaui batas, namun sabar jugalah yang harus jadi pegangan. Faham2 sajalah.

Bukan mudah menjadi guru pada zaman sekarang…

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

4 thoughts on “MURID TAHUN1 DIGONCANG GURU BAHASA INGGERIS ?

  1. TehR

    mungkinkah kejadian seperti ini kerana tekanan?
    tekanan dalam bilik darjah?
    tekanan dari GB, PPD, JPN?
    contohnya hal APDM – internet tak ada – talian sesak – dateline makin dekat
    orang kiri kanan dok bising

    kalau benar, nampaknya guru2 perlu mengikuti kursus utuk menguruskan tekanan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me