MT Orkim Harmony Ditemui di Teluk Siam

By | June 19, 2015

Dahulu kapal terbang, sekarang kapal minyak pula. Tak tahu lah apa sudah berlaku dengan Malaysia !

Kredit : Astroawani.Com

Bezanya MH370 lenyap tanpa khabar berita hingga sekarang, namun alhamdulillah MT Orkim Harmony ditemui di Teluk Siam semalam.

Selepas 7 hari hilang dan menimbulkan pelbagai persoalan, akhirnya kapal tangki minyak yang membawa muatan 5,879 tan metrik minyak petrol RON 95 bernilai RM 21 juta itu berjaya ditemui di perairan Kemboja berhampiran Teluk Siam, iaitu kira-kira 800 batu nautika dari lokasi ia dilaporkan hilang.

Khabarnya kapal itu berjaya dijejaki pesawat P-3C Orion milik kerajaan Australia yang turut membantu Malaysia dalam gerakan mencari sejak ia hilang pada 11 Jun lalu.

Berikut adalah kronologi kehilangan MT Orkim Harmony :
11 Jun 2015 :

MT Orkim Harmony milik Magna Sdn Bhd yang membawa petrol RON 95 dengan anggaran nilai RM21 juta, dilaporkan hilang selepas ia terputus hubungan pada jam 8:57 malam. Kapal tersebut dilaporkan hilang di Perairan Tanjong Sedili ketika ia dalam perjalanan dari Melaka menuju Pelabuhan Kuantan, Pahang.

15 Jun 2015 :
Sekumpulan lanun yang bercakap dalam Bahasa Melayu loghat Indonesia itu menawan kapal yang turut menjadikan 22 orang kru, di mana 16 daripadanya adalah rakyat Malaysia, 5 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar sebagai tebusan.

16 Jun 2015:
Pihak Maritim Malaysia memperluaskan kawasan pencarian dan pemburuan lanun tersebut kepada 50,000 kilometer persegi, manakala pihak Tentera laut Diraja Malaysia pula menambah kekuatan aset pencarian dengan menggunakan 3 buah kapal lagi.

17 Jun 2015 :
Pihak kerajaan Malaysia mempercayai bahawa komplot melarikan MT Orkim Harmony itu didalangi orang dalam.

18 Jun 2015 :
MT Orkim Harmony kemudiannya disahkan berjaya ditemui pada jam 6:00 petang di perairan Kemboja oleh pesawat P-3C Orion, milik Australia dengan 22 kru kapal berada dalam keadaan selamat. Sehingga berita tentang kejadian ini ditulis, Tentera Laut Diraja Malaysia yang mewakili kerajaan Malaysia masih dalam proses rundingan untuk membawa balik kapal tersebut ke perairan Malaysia.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “MT Orkim Harmony Ditemui di Teluk Siam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me