Tudung kanak-kanak
MANDI-MANDA DAN ‘ CUCI MATA ‘ DI LOST WORLD TAMBUN – Kongsi Macam2 Cerita

MANDI-MANDA DAN ‘ CUCI MATA ‘ DI LOST WORLD TAMBUN

Alhamdulillah tepat jam 8.30 malam ( Sabtu ) kami sekeluarga selamat tiba di rumah selepas puas mandi-manda dan ‘ cuci mata ‘ di Lost World Tambun.

Rancangan makan angin sekitar Ipoh dan membawa Hafiy dan Si Abang bercuti sebenarnya sudah lama dirangka setelah Mr Hubby berjaya dapatkan tiket dengan harga diskaun daripada RM 48 menjadi RM 30 melalui rakannya yang menjadi pembaca setia The Star. Pada mulanya kami bercadang ke sana awal cuti lagi secara berkonvoi tapi disebabkan banyak halangan, rancangan mandi-manda dan ‘ cuci mata ‘ di Lost World Tambun banyak kali tertangguh sehinggalah Jumaat baru-baru ni kami nekad ke sana walaupun sudah ramai yang tarik diri kerana urusan masing-masing.

Kami tiba agak lewat di bandar Ipoh setelah tersilap laluan iaitu sekitar jam 3 petang lebih. Jadi rancangan untuk terus ke Lost World terpaksa ditukar ke hari esoknya ( Sabtu ) dan diteruskan dengan mencari tempat menginap dahulu. Sebenarnya tempahan tempat menginap pun tidak dibuat terlebih dahulu seperti sepatutnya. Jadi memang merabalah kami ke sana-sini mencari hotel atau homestay. Alhamdulillah kesulitan tu tidak berlangsung lama apabila kami bertemu seorang lelaki dalam lingkungan 60 an semasa berhenti untuk sembahyang di Masjid Sultan Idris Shah ( jika tak salah ). Pak cik yang baik hati dan sangat banyak membantu inilah yang menjadi penunjuk arah dan menelefon sana-sini mencarikan homestay sebagai tempat bermalam yang bagi saya cukup selesa. Maha Suci Allah yang mempermudahkan semua … 🙂

Selepas sarapan pagi sekitar jam 10 lebih kami bertolak ke Lost World yang terletak lebih kurang 500 meter saja dari homestay budget tempat kami menginap.

3 cats

Disambut oleh 3 ekor kucing di tempat parking. Tak taulah jenis apa British Short Hair ke apa huhuhu …. meooow ^-^

Lost World of Tambun(e)

Pic ni diambil masa dah keluar nak balik. Memang nampak tak ramai banding yang ada kat dalam dan masa datang tadi. Masyaallah ramainye umat ..

Hafiy, si Abang dan Iman ( anak kawan Mr Hubby ) dah teruja nak masuk mandi tapi saya paksa mereka pose dulu sebagai bahan untuk blog 😀 hehehe. Actually pakaian untuk mandi-manda dah siap dipakai dari homestay jadi apabila sampai je di sana, tanpa membuang masa aktiviti mandi-manda anak-anak pun bermula. Pada mulanya saya dan hubby ada juga pasang niat nak main-main air tapi apabila melihatkan umat yang Ya Allah tersangatlah ramainya, terus tawar hati. Lastly jadi pemerhati saja.

hafiy mandi

Pic tak berapa clear tapi ok la. Snap guna Samsung Mega …

hafiy mandi2

Aksi meraba tangkap penyu agaknye 🙂

Selepas lebih kurang 4 jam berada di sana kami ambil keputusan untuk terus pulang. Cadangan asal untuk ke Cameroon Highland terpaksa dibatalkan memandangkan keesokannya ( Ahad ) jiran depan rumah akan mengadakan kenduri kesyukuran dan jemputan dari mereka diterima awal-awal lagi. Rasa tak patut pula jika kami pergi juga ke tanah tinggi tu. Pagi ini pula Mr Hubby ada mesyuarat jadi dikhuatiri tak sempat pula menghadirinya kalau diteruskan juga rancangan ke Cameroon Highland tu.

Keterujaan anak-anak jelas kelihatan apabila mereka tak berhenti bercerita dalam kereta tentang keseronokan mandi-manda di situ dan tak putus-putus menyebut hasrat untuk ke sana lagi.

Bagi saya sendiri tak adalah seseronok mana pun. Mungkin sebab hati tua jadi fikir pun macam orang tua-tua jugalah heheh … Dah memang tua pun,cuma tak sedar-sedar diri je lagi 🙂  Sebabnya crowded sangat. bunyi muzik pula bingit sangat. Sakit kepala dibuatnya. Air tak berani nak tuduh tapi confirm ada yang ‘membuang’ dalam tu kan… siapa pun tak tahu kan haa. Bercampur aduk lagi. Tapi itu masih boleh diterima. Normal lah . Siapa suruh pi tempat macam tu.

Cuma sakit mata melihatkan mak-mak sebaya saya atau lebih yang anak-anaknya umur belasan tahun. Datangnya tadi cantik, bertudung litup ala-ala muslimah anggun gituuu. Tapi sekali bila dah naik dari kolam, tudung pun entah ke mana tiba-tiba pulak je dah bertukar jadi ‘ ninja turtle ‘ . Maunye tidak spare tyre sana-sini, , gelembung sana-sini boleh pula buat selamba badak. Sangatlah tak cantiknya dan memalukan ! Tak boleh ke jika pakai je  track bottom dan bertudung. Biarlah basah sekali pun, tapi still tak dedahkan aurat kan .. Tidaklah dapat dibayangkan jika saya buat begitu tentu jadi ninja turtle juga dan buatkan Mr Hubby menyorok bawah meja. Hohoho … Itu belum lagi kelibat datuk nenek yang lalu-lalang sana-sini pakai pakaian mandi ( ada bikini juga ) dengan perut boyak dan kulit menggelember. Ohh ….

Hmm tak pasal-pasal ada yang godam atau ban terus blog ni nanti 😐

Maaflah jika ada yang terasa hati. Saya bukannya nak mengata, sekadar berkata-kata je. Selain berkongsi cerita, diharapkan ada juga tulisan yang boleh menyedarkan. Ingat-mengingatkan tu bukan ke jadi tanggungjawab kita sesama saudara seagama. Bukannya tak boleh berseronok, tapi biarlah berpada-pada dan ikutlah adab sebagai Muslim. Bukannya kata saya ni baik sangat ( mungkin lebih buruk daripada mereka ). Cuma saya malu membawa 2 anak remaja melihat perkara begitu.

Ok lah, cukuplah bebelan untuk kali ni. Mudah-mudahan Allah sama-sama beri kita kesedaran untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan moga-moga tahun depan Allah permudahkan rezeki, beri kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga jadi dapatlah bercuti lagi. Mungkin bukan lagi ke sini tapi ke tempat-tempat lain pula. Sementara anak-anak masih ada di sisi kita. Apabila mereka sudah membesar, tinggal jauh dari kita, mungkin peluang menghabiskan masa bersama-sama untuk eratkan hubungan menjadi semakin kurang.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

6 Comments on "MANDI-MANDA DAN ‘ CUCI MATA ‘ DI LOST WORLD TAMBUN"

  1. tulah kak, kita yg naik segan menengoknya, rasa nak tutup
    mata laki aii dari tgk free show gitu hehehehe

  2. Dah tahu dah perasaan mereka macam mana ni..pastinya akan merengek nak datang lagi ni..haha

  3. bercuti sakan yer….

  4. jalan2 cuci mata memang bagus
    cuma kadang2 terasa pedih mata sebab terlebih cuci
    haha

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me