Tudung kanak-kanak
Makan Ikan Bakar di Restoran Api-Api – Kongsi Macam2 Cerita

Makan Ikan Bakar di Restoran Api-Api

Makan ikan bakar di Restoran Api-Api Kuala Perlis

Assalamualaikum wbt,

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah

Sabtu yang β€˜ sarat’ dengan kerja-kerja mengurus rumah tangga , 75 % daripadanya adalah mencuci pakaian kotor, mengemas keseluruhan ruang-ruang dalam rumah, ke pasar dan memasak.

Celah-celah kesibukan tu, sempat saya curi ruang waktu untuk menunaikan janji dengan anak-anak untuk membawa mereka minum-minum di Kuala Perlis.

 photo dc9c9bc4-072d-41ee-9b80-c18fd4928a68_zpsoosl15wv.jpg

Sebenarnya agenda utama selain menunaikan janji kepada anak-anak, makan ikan bakar di Restoran Api-Api adalah bagi memenuhi hasrat emak yang sudah beberapa kali bersuara kepada adik saya mahu makan sotong celup tepung.

 photo 8373f87a-46af-4d30-93cd-75d5c5139848_zpse7eh8fih.jpg

Kerap emak bersuara kepada adik mahu makan sotong celup tepung di Kuala Perlis dan kerap pula emak bercerita kepada saya yang adik belum sempat lagi menunaikan hajatnya dek sibuk dengan kerja.

Kebetulan hari ini Mr Hubby ke Pulau Pinang. Tinggal saya dan anak-anak saja di rumah. Saya ambil peluang ini untuk membawa emak makan sotong celup tepung dan makan ikan bakar di Restoran Api-Api.

 photo 696a221f-9220-4ee9-839c-c41fb5e3a505_zpswgwt6vmf.jpg

Hati seorang ibu, terkadang tak dapat kita duga sepenuhnya. Dalam diam, mungkin ada kesedihan yang disembunyikan. Mungkin ada sepi yang tak bertepi … Apabila anak-anak sudah dewasa, sudah melangkah keluar dari rumah dan memiliki keluarga sendiri, terkadang mereka jadi lupa pada ibu tua yang ditinggalkan.

Bagi saya, emak ada satu sahaja di dunia ini. Tak ada galang gantinya. Hilangnya nanti, takkan ada lagi pengganti. Selagi dia masih di hadapan mata, masih ada untuk dipeluk cium, masih ada untuk untuk disalami tangannya .. akan cuba saya penuhi apa saja yang terdaya. Saya tak mahu menyesal kemudian hari.

Jika dibandingkan dengan RM 90 kos belanja sotong celup tepung dan makan ikan bakar di Restoran Api-Api , apalah sangat dengan jasa ibu yang bertarung nyawa melahirkan kita bukan ?!

 photo 8aaa9e88-d31a-46f1-a4ac-f39680c29448_zpsajmijkjp.jpg

Sepetang makan ikan bakar di Restoran Api-Api adalah saat yang mengembirakan. Bukan saja kerana dapat melihat anak-anak yang jarang berpeluang makan-makan angin macam anak orang lain ketawa riang, tapi juga kerana dapat memenuhi hajat emak.

Tersenyum lebar emak. Orang tua, makannya tak seberapa pun sebenarnya. Yang diharapkan sebenarnya hanya perhatian anak-anak untuk seketika.

Terkadang kita lupa tentang itu kan …

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada πŸ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye πŸ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

4 Comments on "Makan Ikan Bakar di Restoran Api-Api"

  1. mak saya pula
    suka nasi air dan ikan keli
    tiap2 hari pun boleh

  2. Ya, betul tu, apalah sangat duit yang dibelanjakan, berbanding jasa seorang ibu kepada anak-anaknya.

  3. Menggembirakan hati seorang ibu… priceless πŸ˜€

    Buatkan saya rindu dengan bonda di kampung

  4. betul kak, jangan mengeluh, tahu tak yg satu suapan makanan kita berikan kpd mak ayah, pahalanya berganda malahan rezeki kita akan bertambah, wallahualam

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me