Umum

KENDURI BERKHATAN ZAMAN SEKARANG

Musim cuti sekolah yang panjang begini memang menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk melaksanakan satu lagi tanggungjawab terhadap anak lelaki iaitu mengkhatankan mereka sebaik sahaja dirasakan anak2 ini sudah cukup bersedia dari segi mental dan fizikalnya.

‘ Masuk jawi ‘  istilah popular bagi proses berkhatan di beberapa negeri di bahagian utara Semenanjung.

Jika dahulunya, sedikit pulut kuning beserta rendang, tak pun pisang masak disajikan untuk jiran tetangga sekeliling rumah tanda bersyukur proses ‘mengerikan’ ramai kanak2 lelaki itu sudah selamat dilangsungkan tanpa ada sebarang masalah.

Jamuan hanya ala kadar cukup2 untuk jiran sebelah menyebelah termasuk tok mudim serta pembantunya.

Namun begitulah, zaman berubah dengan cepat. Hari ini, kenduri berkhatan adakalanya bagai nak rak, mengalahkan kenduri kahwin. Seperti kenduri berkhatan seorang saudara terdekat  yang saya hadiri pada Jumaat lepas, jam 3 petang khemah tetamu masih sesak. Terpaksa tunggu turn untuk duduk !

Sambil makan, siap ada dendangan lagu beserta celoteh ‘DJ’ lagi. Buah tangan bunga telur pun ada. Pemandangan atau suasana yang sangat berbeza berbanding 10 atau 15 tahun dahulu. Manalah ada semua tu..

Difahamkan seekor lembu tumbang untuk majlis ini. Belum lagi dikira dengan puluhan kilogram daging ayam, gulai rebung dan sebagainya lagi.

Bererti budget yang besar perlu disediakan oleh ibu bapa untuk majlis hujung tahun begini. Belum lagi persediaan untuk kelengkapan sekolah. Mahu luruh rambut mak bapak :[  Tapi apa nak dikecohkan, mereka mampu..

Kos berkhatan juga antara perkara yang perlu diberi perhatian. Jika memilih kaedah tradisional, mungkin jumlahnya kecil sahaja. Begitu juga jika melakukannya di hospital kerajaan. Ramai yang mampu. Namun ada juga yang lebih senang memilih klinik atau hospital swasta. Kos yang saya ketahui ialah di antara RM150 dan boleh mencecah sehingga RM800.

Apapun sebenarnya, terpulang pada kemampuan masing2. Orang kata ukur baju ikut saiz sendiri.

Tak buat kenduri pun tak ada salahnya sebab ia bukan tersenarai wajib dalam agama. Yang penting proses berkhatan selamat dijalankan dan anak sembuh tanpa ada sebarang masalah.

p/s: pening kepala apabila memikirkan kos berkhatan anak 2 minggu lagi yg mencecah rm800 disebabkan ada sedikit masalah..

SisHaza

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

2 thoughts on “KENDURI BERKHATAN ZAMAN SEKARANG

  • sabree hussin

    ada masalh yng macam mana tu?

    serius ke?

    Reply
    • x lah serius. coz obes sikit, tinggal kulit je..Tu ler yg doc ckp. Sy nk minta dorang wat kaedah clamp tu, tapi he refused… dorang kata buang masa dorang… i think its about $$$$. Agaknye

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *