KUTU KEPALA DAN CARA MENGHILANGKANNYA

Kutu …

Pernah tengok tak rupa makhluk ala-ala dracula ni ?

Parasit ni menjadikan rambut pada kepala manusia sebagai sarang empuknya. Darah pada kulit kepala manusia menjadi menu harian . Kutu betina mampu bertelur sehingga 6 biji sehari. Tempoh menetas pula selepas 8 hari. Wah, kira tengok lah untuk 10 hari. Memang meriah kaum kerabat… Kutu bergerak cergas di atas kepala menyebabkan manusia tergaru sana dan tergaru sini kegatalan. Kegatalan tu sebenarnya berpunca daripada rembesan sejenis bahan dalam  air liurnya. Kegatalan yang menyebabkan manusia tergaru-garu, sekali pandang macam yang ‘ada ekor’ tu pula.  Hik hik hik…

... asyiknya cari kutu
… asyiknya cari kutu

Jangan marah. Gurau aje laa..

Sebenarnya hari ni nak berceloteh sedikit tentang cerita kutu kepala dan cara menghilangkannya.

Ketika sekolah rendah dahulu, ada seorang rakan sekelas  yang berambut panjang. Wajahnya cantik tapi sayang sekali menjadi ibu kutu pula. Eh, bukan ibu kutu yang kerjanya mengumpul wang kutu tu  tau ! Ini memang betul-betul ibu kutu… ye laa, tempat kutu berumah tangga, bersarang dan bertelur atas kepala tu.

Satu pemandangan biasa melihat telur-telur kutu bergayutan pada rambutnya. Memang nampak jelas sebab banyak sangat. Patut le masa cikgu mengajar, dia asyik tergaru-garu sahaja. Kadang kala, anak-anak kutu tu jatuh pula ke atas bahu dan melekat pada uniform sekolah. Hmm, itu ok lagi..

Satu hari, betul-betul depan mata beberapa ekor kutu jatuh dan merayap atas kasut sekolahnya. Bukan lagi anak kutu dah ni, tapi mak dan bapak kutu sekali. Huu,yang  ini memang tak tahan maa. Geli -geleman rasanya.  Real punya, tak bohong ni tau..

Mak selalu tegur agar jangan rapat sangat dengannya. Tapi yang dikatakan budak-budak ni, mana nak faham semua tu. Apahal pula ada kutu tak boleh berkawan?!..kutu kat atas kepala, tapi perangainya baik, ok je.

Kawan-kawan yang dihinggapi kutu dulu, mak mereka gonyoh-gonyoh  kepala dengan minyak tanah. Jangan terkejut, macam tu lah dulu cara cepat nak hilangkan kutu kepala. Mau botak kepala tu.. heheh.

Sebenarnya masih terdapat banyak cara lain untuk menghilangkan kutu. Kalian boleh cuba rendamkan dulu sikat kutu tu dalam cuka buat beberapa ketika (sikat yang digunakan untuk menyingkirkan kutu dan angkatannya ) sebelum menggunakannya agar telur yang melekat padanya mudah ditanggalkan.

Selain itu, cuba rendam sikat, pengikat rambut @ hairband dalam ubat kutu atau bahan beralkohol selama beberapa jam untuk mematikan sebarang unsur berkaitan dengannya.

Cadar, tuala, sarung bantal serta sarung bantal hiasan kereta yang digunakan sebagai pengalas kepala juga elok dicuci dengan air panas agar kutu mati dengan cepat.

Dalam masyarakat Melayu, terdapat beberapa simpulan bahasa berkaitan kutu seperti mati kutu, kutu rayau dan kutu embun. Kalian tahu tak maksudnya ?

Kredit Gambar : akusukatembikai.blogspot.com

4 Comments

  1. spray je dengan ridsect
    pasti mati segala kaum kerabat kutu
    haha

  2. dulu masa tadika pernah kena kutu, dok nangis2 sebab gatal. hari2 dok menyikat rambut, lepas tu guna pencuci dari farmasi.

  3. Emm stress kalau ada kutu ni..nak buat kerja pun tak selesa..satu lagi rawatan, boleh hulurkan kepala kat monyet..dia lebih arif bab mencari kutu..saya pernah gak masa kecik2 dulu bagi kepala kat moyet suruh carikan kutu..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *