Pada saat seluruh masyarakat Malaysia  diselubungi  rasa marah dan bimbang akan kes pencerobohan pengganas Sulu ke atas negeri Sabah, juga kepiluan yang belum reda kerana gugurnya 10 wira bangsa yang berjuang habis-habisan memerangi musuh, ada segelintir orang kita yang tega mengambil kesempatan mengutip derma palsu atas alasan kononnya untuk membantu keluarga mangsa.


Kejadian berlaku di hadapan mata kepala saya sendiri jam 3 petang tadi. Waktu tu saya baru habis mesyuarat di sekolah. Sebelum ke stesen minyak, saya terlebih dahulu singgah di sebuah kedai runcit untuk tambah nilai kredit telefon. Huhu, dalam dok sibuk topup kan orang itu ini, tak sedar kredit sendiri habis . Tinggal tak sampai 9 sen pun. Memang tak lepas untuk buat panggilan atau hantar SMS.

Ketika masuk ke kedai tu, ada 3 orang lelaki berpakaian agak kemas. Salah seorangnya mengepit fail yang nampak seperti banyak betul lampiran2  bahan bukti serta surat kuasa mengutip derma. Saya hanya mencuri dengar perbualan salah seorang daripada mereka dengan puan nyonya  si pemilik kedai. Katanya mereka ni daripada sebuah badan amal yang mahu mengutip derma bagi disumbangkan kepada keluarga 10 mangsa anggota polis dan tentera yang terkorban.

Dalam hati , saya berasa ragu-ragu juga dengan apa yang diperkatakan kumpulan lelaki tersebut. Jika benar, mengapa tidak ada diumumkan melalui akhbar atau corong2 radio pun. Dan sepanjang beberapa minit itu, tidak nampak pun kesungguhan untuk menayangkan bukti2 yang dilampirkan bersama fail tu walaupun diminta oleh pemilik kedai. Disebabkan tak nak dikatakan menyibuk, saya berdiam diri sahaja, walaupun rasa cuak sudah menguasai fikiran.

Waktu itu juga, anak lelaki puan nyonya si pemilik kedai ni keluar menghampiri. Setelah bertanya lebih kurang, dia mengangkat gagang telefon lalu mendail ke balai polis yang kebetulan terletak hanya berselang beberapa pintu kedai sahaja dari situ. Mendengar sahaja anak lelaki pemilik kedai minta dihubungkan kepada Pegawai H…., ketua balai di kawasan berkenaan, tergesa-gesa 3 lelaki tersebut berundur dan  terus cabut lari. Beberapa orang pelanggan termasuk saya sendiri tergamam, terkejut dengan kejadian itu. Mujurlah tak ada kejadian lebih buruk berlaku.

Kesal ada, malu pun ada. Apa tak malunya, yang berlagak meminta derma tu orang Melayu yakni bangsa kita sendiri.  Cuba pula nak menipu tak kira masa, tak kira tempat dan tak kira bangsa.

Dalam masa orang sibuk berdoa,bersolat hajat meminta agar semua pihak selamat dan keamanan kembali pulih, ada juga yang tak berhati perut mengambil kesempatan di atas kesusahan dan kesedihan orang lain dengan menipu dan menyeleweng. Semuanya untuk kepentingan diri semata-mata.

Saya percaya, hal ini tidak habis di situ sahaja. Selepas ini pasti akan muncul lagi pihak2 tak bertanggungjawab membuat onar dengan kaedah yang sama. Jika masuk ke kampung, sasaran mereka mungkin suri rumah atau warga emas. Jadi berpesanlah segera kepada mak bapa kita di kampung agar berwaspada dengan kehadiran pengutip derma yang mencurigakan di muka pintu.

 

5 Comments

  1. Patutnya anak nyonya tu call polis diam2..biar polis sampai dan tengok muka si peminta ‘derma’ tu ada darah ke tidak..

  2. ni jenis makhluk yang sanggup minum keringat dan darah orang lain
    elok je mereka ni dibuang ke laut sulu

  3. salam bila time2 mesti ada org tak bertanggungjwab akn mula buat dajal huhu…sabarjelah

  4. Buat malu melayu je.. Dah la yang nak dikenakan tu pulak cina.. Memang mencemar imej melayu.. Kalau dapat tangkap tu memang puas hati.

Leave a Reply to TehR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *