Tudung kanak-kanak
Kuasa Air – Kongsi Macam2 Cerita

Kuasa Air

Takziah diucapkan kepada semua mangsa banjir di negeri-negeri yang sedang dilanda banjir sekarang ini. Kelantan, Terengganu dan Pahang dilanda banjir yang tidak menentu. Sekejap surut, sekejap pasang semula .. Manakala di negeri saya sendiri, Perlis juga sudah mula ada beberapa kawasan yang sudah dinaiki air.

 photo 1290f6c7-7379-4c74-95e0-a92446efc014_zps5ca08524.jpg

Banjir berhampiran Kg Paya, Jalan Kaki Bukit @ 23 Disember 2014

 photo 0a60120b-af48-4593-9eea-de47d35edb86_zpsc8ca547d.jpg

** Kedua-dua gambar di atas, adalah gambar keadaan banjir yang melanda di beberapa tempat di negeri ini semasa entri ini ditulis

Semoga semua yang terlibat dengan bencana banjir ini, bersabar menerima ujian ini. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Kuasa air memang tak siapa dapat menduga. Tak ada sesiapa pun dapat menghalangnya apabila ia datang dalam bentuk gelombang yang besar. Oleh kerana itu usah sesekali memperlekehkan kuasa air.

Ramai yang sudah menjadi mangsa. Lemas kala bermain air banjir. Lemas kala memukat di kawasan dinaiki air. Tapi dalam pada itu ada juga yang lemas di darat.. lemas akibat kelalaian atau kejahatan diri sendiri tentunya tak ada kaitan sama sekali dengan banjir yang melanda sekarang ini! Heh ..  😀

Memang sudah menjadi tabiat rakyat Malaysia, keluar bermain air semasa banjir. Mahu melihat kawasan mana lagi yang ditenggelami air.  Dalam takut ada rasa teruja. Teruja melihat gelagat orang mengharung banjir sambil seronok-seronok mencuci mata,  tak perasan  ada longkang di hadapan.  Tergelincir terus tak timbul-timbul. So, janganlah main-main dengan kuasa air.

Selain beberapa mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, di tempat saya sendiri pun tak ketinggalan. Semalam bertebaran dalam aplikasi WhatsApp gambar seorang lelaki bangsa Cina yang menjadi korban pertama bencana banjir di Utara. Khabarnya tergelincir semasa berdiri di tebing sungai di tengah bandar.

Tak tergamak hendak menyiarkannya di sini. Bagi saya, perlu ada sensitiviti dalam hal-hal begini. Kata orang tengok keadaanlah juga.

Untuk semua, juga untuk peringatan diri sendiri- jagalah keselamatan diri dan ahli keluarga yang lain semasa banjir. Jauhi tempat-tempat berbahaya dan patuhi arahan pihak berkuasa. Jika kawasan tempat tinggal masih belum dilanda banjir tetapi nampak berpotensi untuk terlibat, buatlah persediaan menghadapi banjir lebih awal. Lupakan tentang keseronokan mengharung air banjir buat seketika. Nyawa lebih berharga dan kuasa air tak mengira siapa.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

2 Comments on "Kuasa Air"

  1. Tempat saya mungkin akan kena di Johor. Bersiap sedia apa yang perlu.

  2. AIR
    air bah, melimpah
    air banjir, mengalir
    air mata, merata
    air liur, simpang siur

    air yang bersih dapat membersihkan

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me