KITA YANG BERI PELUANG

Tuan tanah memang suka memerhati. Macam2 gelagat manusia boleh dilihat pada hari ni. Tapi jangan salah sangka ye, sekadar memerhati.Tak ada sebarang niat memanipulasikannya sebagai bahan umpatan.

Jangan lupa, blog ini bukan blog versi mengumpat. Ia sekadar blog yang menceritakan kisah-kisah kehidupan. Moga2 catatan di blog ini dapat menjadi panduan, membantu kita untuk muhasabah diri.

Sama ada sedar atau tidak, harus diakui bahawa kadang kala kelalaian diri menjadi punca kepada sesuatu masalah. Dalam kata lain, kita yang  beri peluang.

Semasa mengeluarkan wang di ATM misalnya, ramai di antara kita yang memandang remeh aspek keselamatan. Ini bukannya bercakap soal orang lain. Saya sendiri pun selalu lalai, bila dah masuk ke dalam kereta baru tersedar. Ah, mujurlah tak ada sesiapa yang datang meragut tadi. Bukannya banyak pun duit yang dikeluarkan, sekadar RM 150.00. Tapi duit tetap duit rite…. ? Kecil atau besar tetap bernilai. Nak2 lagi kepada yang terdesak. 10 sen pun tetap menjadi berharga.Mungkin kerana bernasib baik, belum tiba masanya berlaku ke atas diri sendiri. Tapi banyak sudah kes ragut berlaku pada orang lain. Satu waktu, tak mustahil menimpa diri sendiri.

Sebagai contoh, selalu kita tengok selesai mengeluarkan duit ,orang pun akan berjalan keluar sambil mengira-ngira jumlah wang yang ada di tangan. Orang lain yang lalu-lalang tak kita hiraukan. Ditakdirkan ada peragut di situ, maka kita seperti membantu memudahkan tugasnya. Sekali wang direntap, langsung kita tak mampu berbuat apa2. Silap2  wajah dan susuk peragut pun tak sempat dilihat. Kita terpinga-pinga, terkejut dengan kejadian tak diduga. Haa, salah siapa tu ? Bukankah itu namanya kita yang memberi peluang ? Sepatutnya  kita kira duit tadi tu semasa berada di depan mesin ATM yang rata2 sekarang ni dilindungi pintu bercermin. Selesai mengira, masukkannya ke dalam purse atau kocek. Kemudian barulah keluar untuk kereta dan sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi contoh perbuatan kita yang mengundang masalah tatkala berada di tempat awam. Selalu juga saya memerhatikan kaum wanita yang suka sangat meletakkan handbag ke dalam raga motorsikal. Ketika berhenti di lampu isyarat, sibuk pula nak menelefon atau ber sms. Masa ni lah nak hantar mesej macam tak menyempat-nyempat pula. Padahal, bukanlah ada perkara penting sangatpun. Apa salahnya tunggu sehingga lampu isyarat bertukar hijau, bergerak ke tepi, berhenti di bahu jalan, barulah balas mesej atau buat panggilan semula. Rasanya begitu lebih selamat.

Opps, belum lagi sebut kisah gadis atau wanita yang mudah sangat diperdaya kenalan FB. Kenal tak sampai beberapa hari, sudah berani jumpa berdua. Lagi tidak logik, bertemu kala lewat malam. Tidak ditemani rakan mahupun ahli keluarga, jumpa pula di tempat yang langsung tak relevan seperti hotel atau rumah kenalan lelaki itu sendiri. Ni yang orang cakap sengaja mencari penyakit. Apabila berlaku hal tidak diingini, siapa yang mahu kita persalahkan ?

Aiseyyy…. bukan membebel daa.  Sori ahh  jika tak suka. Sekadar menyatakan pandangan sahaja..  Lagi pun ni blog aii. Aii punye suke lah…. ha ha ha

Kredit Ilustrasi : Duniarealiti.Com

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

One comment

  1. memang tak syak lagi

    kita memang banyak memberi peluang kepada penjenayah
    tapi
    tak pula beri peluang kepada diri sendiri untuk sentiasa selamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me