KERETA OH KERETA !

By | March 31, 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hari pertama sepatutnya bertugas semula selepas berakhirnya cuti pertengahan penggal pertama bertukar kepada CRK ( Cuti Rehat Khas ). Malas rasanya nak apply tapi dah urgent kena tebalkan muka SMS kepada second boss pagi-pagi buta lagi untuk dapatkan CRK. Si Hafiy muntah-muntah , cirit-birit , pening dan demam menyebabkan saya berasa serba-salah pula untuk ke tempat kerja. Nak ditinggalkan bersama emak yang rumahnya hanya bersebelahan pun rasa tak sampai hati kerana emak sendiri pun kurang sihat di samping nak mengasuh anak adik lagi. Jadi saya pejam mata aje minta cuti. Ye lah selama ni pun dah berbelas tahun mengasuh dan mendidik anak orang. Takkan lah nak ambil cuti sehari demi darah daging sendiri pun tak boleh ye dak ….

Selepas itu dan ini, ke klinik dan sebagainya… bolehlah spend sikit masa untuk update apa yang patut. Yeah, its blogging time ! Heheh ..

Sekadar gambar hiasan

3,4 hari ni saya baru terperasan kerap pula iklan kereta berlari-lari di bahagian leaderboard dan sidebar blog. Kereta oh kereta ! Ada Ford Fiesta dan Nissan vroom sana vrooom sini. Boleh pula tak perasan yang Ford Fiesta tu adalah CPUV ke-3 dari Encik Nuffnang. Yang Nissan tu tak pasti pula sebab dalam CPC list pun tak disenaraikan.  Hehe  apapun terima kasih la ye Encik Nuff. Agaknya CPUV ni diberi selepas saya komplen bab 2 kali gagal cash out sebab masalah payee name kot . Hmm hairan binti ajaib bcoz semua info diberi adalah telus dan benar. Tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar belaka wahai Encik Nuff … so please jangan lah reject 🙁 lagi bila saya mohon cash out nanti ye ..

Ok berbalik kepada iklan kereta Ford Fiesta, Nissan dan entah apa brandnya yang satu lagi tu .. sejujurnya diakui  saya adalah wanita yang hanya tahu pandu dan isi minyak sahaja. Pasal tukar minyak hitam, tukar timing belt, bila perlu buat allignment hatta kat mana nak tambah air bateri pun saya tak tahu hu hu hu. Segmen paling lemah dalam melayari kehidupan. Awal-awal lagi angkat bendera putih, menyerah !

Andai kata berlaku hal-hal kecemasan , entah bagaimanalah jadinya. Wanita dan kereta .. bukan sekadar tahu pasang car freshner dan letak aneka bantal comel bentuk strawberi segala bagai tapi sekurang-kurangnya harus ada pengetahuan dan kemahiran bagaimana mengendali masalah kecil apabila kereta meragam di jalanan.

Kereta oh kereta ! Suka atau tidak nampaknya saya harus belajar . Belajar untuk masa-masa terdesak walaupun buat masa ini alhamdulillah Innova saya atau nama manjanya Si Novy tu tak pernah meragam  dan sentiasa memberikan khidmat terbaik sepanjang 5 tahun bersama.

Yang jadi masalahnya cuma satu sebab ia jadi port kucing-kucing ‘bercengkerama’. Kucing betina banyak di rumah ni jadi secara tak langsung banyaklah pula kucing-kucing jantan datang ‘menghimpit’ tak kira siang atau malam.Kalau waktu siang tu dapatlah dihalau, tapi pada waktu malam siapalah sanggup nak berjaga kan. Paling tak tahan kerana banyak kawasan yang ‘ditandakan’ dan habis calar-balar badan Novy kesayangan dikerjakan. Bukan tak tahu kereta kalau calar-balar sana-sini, time nak trade in semua diambil kira.

Hmm, kalau setakat nak menghilangkan bau hapak dan lain-lain bau dalam kereta ada petua mudah yang saya amalkan dan nampaknya hasilnya pun memuaskan. Sekadar ambil beberapa keping roti, tak kiralah Gardenia ke apa dan biarkan semalaman di dalam kereta. Esoknya buangkan roti tu, insyaallah semuanya kembali neutral. Neutral ? Apa-apa ajelah .. 😀 Nak lagi wangi letaklah Glade , Ambi Pur dan sebagainya. Tapi bab nak menghalang ‘mereka’ memanjat dan menanda memang susah. Pernah saya cuba letakkan beberapa botol air paip yang diwarnakan seperti sirap di atas bumbung kereta dan di hadapan cermin seperti yang dipetuakan orang, tapi tak berkesan pun. Selamba badak jer mereka panjat dan buat drama. Bertambah galak lagi ada laa ..

Sakit betul hati tapi nampaknya tak boleh nak buat apa pun. Terpaksa lah saya kembang kempiskan hidung, tahan nafas panjang-panjang dan curahkan sebaldi dua air sebelum ke tempat kerja. Tiap-tiap hari !

The end. Entah motif apa entri kali ini. Niat di hati ingin berkongsi tips penjagaan kereta yang diperoleh dari akhbar tapi jadi ceritera lain pula nampaknya. Lain kali sajalah ye 🙂

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

3 thoughts on “KERETA OH KERETA !

  1. Pingback: BEG UDARA KENDERAAN TOYOTA BERMASALAH | Kongsi Macam2 Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me