JAMU UNTUK WANITA DAN PERSEPSI LELAKI

Salam petang untuk semua

Ya, petang lah masanya waktu sesuai untuk  saya blogging. Itu pun jika tiada apa2 hal yang perlu dibereskan. Waktu pagi memang jangan haraplah. Sepanjang cuti, pagi sehingga ke tengah hari adalah masa untuk mengemas, masak dan sebagainya. Nanti bila masuk kerja semula, mungkin rutin blogging akan beralih ke waktu malam pula. Itu pun, jika tak terlelap awal dek keletihan siang harinya.Sumber dari mzbeautycare.blogspot.com

Menjadi wanita bekerja tak semudah yang disangka. Di sebalik tugasan yang diamanahkan, ada satu lagi tanggungjawab menanti dan wajib dilunaskan iaitu tanggungjawab di rumah selaku isteri dan ibu. Sebab itu, wanita bekerja harus lebih kuat dan kental dalam menangani dua peranan atau tugas sekaligus.

Kesihatan mental dan fizikal harus diutamakan. Jika tidak, akan timbullah pula bermacam-macam konflik di rumah dan tempat kerja. Hubungan kekeluargaan boleh terjejas dan menggugat keharmonian rumah tangga.

Dalam hal ini ramai wanita mengambil inisiatif  dengan cara mengamalkan supplement tambahan  untuk mengekalkan  kecantikan dan kecergasan tubuh badan termasuklah amalan memakan  jamu.

Terlanjur bercerita tentang jamu untuk wanita, teringat pula tentang satu peristiwa yang berlaku pada beberapa hari lepas. Hehe,ini bukan kempen makan atau beli jamu ye.. Sekadar kongsi2 cerita.

Sebenarnya selain blogging, selain mengajar..saya juga menjadi pengedar atau dealer satu produk jamu untuk wanita yang lebih kurang setahun lepas meletop juga di pasaran. Sekadar cuba-cuba pada waktu luar bidang kerja, sebab saya memang minat dengan bisnes kecil-kecilan terutamanya secara online. Selain itu dapat juga jana pendapatan tambahan heeee.

Ok, jika namanya pengedar maka tentulah nama dan nombor telefon akan disenaraikan dalam akhbar dan juga majalah. Biasalah, strategi perniagaan ..semua orang maklum akan hal ni.

Itu jugalah yang saya lalui. Mendapat panggilan atau mesej bertanyakan produk tak kira siang atau malam memang perkara biasa bagi mana2 agen produk sekalipun. Apa yang nak dihairankan ye tak?! Ragam pelanggan memang pelbagai dan ini menjadi satu lagi pengalaman menarik buat saya.

Sehinggalah pada petang Rabu lepas … semasa saya dalam perjalanan ke Jitra. Sekadar jalan2 cari makan dan makan2 angin 🙂  Saya terima satu mesej dari nombor tidak dikenali.

Mesej pertama bunyinya masih sopan sebab dia menyebut saya dengan panggilan akak. Namun apabila mesej kedua  menyusul, saya sudah mula rasa ada yang tak kena. Sebabnya si penghantar mesej mula bertanya adakah saya ni ‘cik’ atau ‘puan’. Saya balas mesejnya secara baik menyatakan bahawa saya adalah ‘puan’. Ye la, memang pun saya dah berkahwin. Buat apa nak tipu..

Mesej seterusnya yang mula menjengkelkan  adalah tentang status saya ( saya tahu maksudnya adakah saya ni janda, ibu tunggal dan sebagainya..), umur saya dan beberapa butiran peribadi yang lain. Langkah segera, saya cuba matikan gangguan tu dengan  mesej balas berbunyi ” Maaf En Aziz , jika ini berkaitan dengan produk jamu **********, saya tidak menyimpan stoknye buat masa ini. Harap maklum ya..”.

Selepas itu, saya terus berhenti membalas mesejnya yang kelihatan seperti ‘ terdesak ‘ atau gila seks itu. Sakit hati dan sedikit kecewa sebab ini bukan kali pertama saya terima mesej dari kaum lelaki yang pada mulanya konon berniat nak membeli jamu untuk isteri tapi kemudian merepek-repek, melalut-lalut bercakap hal2 di ranjang. Apa cerita sebenarnya ni wahai kaum Adam?

Apa sebenarnya persepsi lelaki tentang amalan memakan jamu ni ? Mungkin ramai lelaki berfikir bahawa amalan makan jamu ni tujuannya untuk kehebatan prestasi seks sahaja. Tahukah mereka bahawa jamu yang menjadi amalan wanita Melayu turun- temurun tu sebenarnya bertujuan untuk penjagaan kesihatan wanita luar dan dalam, merawat pelbagai masalah kewanitaan seperti keputihan, bukan untuk tujuan yang satu itu sahaja ?

Selain rasa sakit hati, saya juga rasa terhina. Adakah kerana saya menjual jamu,maka  saya juga akan menjual maruah diri saya ..?!

Sehingga kini, saya masih menyimpan nombor2 telefon tersebut. Bukan apa, jika berlarutan, tentu sahaja saya boleh membuat laporan polis atas tuduhan gangguan seksual…betul tak ?

Apa pandangan anda, terutamanya lelaki ? Ada sesiapa nak berikan pendapat ?

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 comments

    1. Saya bersikap terbuka tentang sesuatu isu, namun harus dgn adab @cara yg betul ….agaknya org tu skop pemikirannya masih ‘dlm kotak’, konservatif mcm sdra cakap 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me