SENARAI 27 ANGGOTA BN BERTANDING TIKET BEBAS

By | April 22, 2013

Salam,

Entri ringkas senarai 27 anggota BN bertanding tiket bebas untuk dikongsi bersama berkaitan perkembangan pilihan raya umum ke-13 yang bakal berlangsung 5 Mei nanti.

Sempat saya kutip maklumat mengenai 27 yang ‘dilabelkan’ sebagai pengkhianat dalam UMNO kerana melakukan ‘Kamikaze Politik’menjelang PRU 13 melalui akhbar Harian Metro hari ini.

Dikatakan bahawa tindakan 27 orang ahli parti komponen Barisan Nasional ini walau bagaimanapun tidak akan membawa perpecahan undi yang besar…wallahualam.

** Apa-apa hal sekali pun, marilah kita sama-sama mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara kita daripada campur tangan pihak-pihak yang sedia menunggu untuk menjatuhkan Malaysia.

SENARAI 27 ANGGOTA BN BERTANDING  TIKET BEBAS

1. Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Kamilia Ibrahim ( Parlimen Kuala Kangsar )
2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian & bekas Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar ( Parlimen Tasek Gelugor )
3. Ketua Pemuda UMNO Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali ( Parlimen Sepang )
4. Ahli Jawatan Kuasa UMNO Sepang Hanafiah Mohamed ( Parlimen Sepang )
5. Ketua Penerangan UMNO Cawangan Sungai Besi Mokhtar Salahudin( Parlimen Bandar Tun Razak )
6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak Mohamad Sukeri Abdul Samat( Parlimen Bandar Tun Razak )
7. Ahli UMNO Cawangan Bukit Persekutuan Rusli Baba ( Parlimen Lembah Pantai )
8. Ahli UMNO Bahagian Subang Datuk Edros Abdullah ( DUN Kota Damansara )
9. Ketua UMNO Cawangan Sungai Buaya Selatan, Bahagian Hulu Selangor Mustaf Talib ( DUN Batang Kali )
10. Bekas Ahli DUN Tanjung Seri Datuk Fadzil Hanafi ( DUN Alor Mengkudu )
11. Ahli UMNO Cawangan Sungai Limau,Bahagian Jerai Sobri Ahmad( DUN Sungai Limau )
12. Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Bakri Md Ghazali Salamun ( DUN Bukit Naning )
13. Timbalan Ketua UMNO Cawangan FELDA Adela Mohamad Azaman Johari ( DUN Pengerang )
14. Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Ledang Mohd Zan Abu ( DUN Gambir )
15. Ketua UMNO Cawangan Parit Rabu Yunos Mustakim ( DUN Gambir )
16. Ahli UMNO Cawangan Kampung Banggol Mohd Yusop Majid ( DUN Permaisuri )
17. Bendahari UMNO Cawangan Pekan Kertih Zulkiflee Salleh ( DUN Kemasek )
18. Ahli UMNO Cawangan Bukit Perah Mohd Nuhairi Muhammad ( DUN Ajil )
19. Ahli UMNO Cawangan Kubang Panjang Ja’afar Jambol ( DUN Alor Limbat )
20. Ahli UMNO Cawangan Kampung Ibol Md Ali Mustafa ( DUN Seri Menanti )
21. Ketua UMNO Cawangan Kikangsa Kayul,Jusbian Kenneth@ Kini( DUN Kuala Penyu )
22. Ahli Pemuda UMNO Cawangan Sungai Sibugah Mohd Arshad Abdul( DUN Sungai Sibugah )
23. Dr Abdullah Zawawi Samsudin ( Parlimen Permatang Pauh )
24. Dr Shamsut Tabrej GMIsmail Marican ( DUN Seberang Jaya, P.Pinang )
25. Penyelaras BN Parlimen Batu Kawan A Mohan ( Parlimen Batu Kawan & DUN Bukit Tengah )
26. Bekas Penyelaras DUN Machang Bubuk Ooi Suan Hoe (DUN Kuala Kubu Bharu )
27. Ketua MCA Cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu Yoong Tham Fook ( DUN Kuala Kubu Bharu ) 

Sumber : Harian Metro Isnin 22 April 2013

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

7 thoughts on “SENARAI 27 ANGGOTA BN BERTANDING TIKET BEBAS

  1. Lizz

    tak berapa faham sangat hal politik ni tapi insyaAllah akan mengundi calon yang betul2 dirasakan boleh memimpin

    Reply
    1. SisHaza Post author

      ye… moga2 pilihan kita betul dan tak memudaratkan bangsa dan agama. p/s : thanks 4 dropping by

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me