SEMAK STATUS HALAL HOTEL SEBELUM BOOKING

By | November 14, 2012

Musim cuti sekolah memang ramai yang merancang percutian bersama keluarga. Lazimnya time-time  macam ni hotel ,homestay, chalet dan sebagainya memang banyak yang full dan caj penginapan biasanya melambung lebih tinggi daripada biasa.

Untuk mengelakkan daripada mood percutian  yang tak menyeronokkan akibat masalah tiada tempat atau bilik untuk menginap, maka elok sekiranya survey2  dan buat tempahan atau booking terlebih dahulu.

Sektor pelancongan di negara kita memang menawarkan banyak kemudahan penginapan. Pilih saja mengikut budget atau kemampuan masing-masing.Tepuk dada,tanya selera.  Apapun, sebelum booking, banyak aspek perlu diambil kira seperti selesa ke tidak hotel yang dipilih, jauh ke tidak dari pusat bandar,jeti, stesyen teksi dan sebagainya. Bagaimana pula dengan prestasi atau servisnya, ok ke tak… Makanannya sedap ke tak,ada sijil halal ke tidak..Pendek kata pelbagai perkara lah perlu dipertimbangkan sebelum membuat tempahan bilik.

Haa, sebut pasal makanan ada sijil halal ke tak, teringat pula alkisah kopitiam terkenal yang satu masa dulu telah disahkan oleh JAKIM tidak memiliki sijil halal yang sah.

Bagi umat Islam, soal halal tak halal sesejenis makanan merupakan isu yang sangat sensitif. Dan tak wajar jika kita memandang remeh akan hal tersebut, sebab makanan yang dimakan akan menjadi darah daging dan semua sedia maklum bahawa makanan mampu mempengaruhi akhlak seseorang.

Berbalik kepada soal memilih hotel semasa percutian, elok lah sekiranya anda membuat semakan terlebih dahulu untuk mengetahui status terkini sama ada hotel yang dipilih memiliki sijil HALAL yang sah daripada JAKIM atau sebaliknya. Ingat, bukan semua hotel di Malaysia memiliki sijil HALAL ye.

Nak semak camane ek..?! Tak kan lah nak call setiap hotel dan tanya…Alamatnya, seminggu pun belum tentu selesai.

Pada zaman ipad,android dan selainnya, maklumat berada hanya di hujung jari. Dalam seminit sahaja, anda boleh akses dan  dapatkan jawapannya. Semak sekarang melalui link ini yang disediakan oleh pihak JAKIM.

Semoga entri ini sedikit sebanyak dapat membantu. Selamat bercuti 🙂

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

One thought on “SEMAK STATUS HALAL HOTEL SEBELUM BOOKING

  1. sabree hussin

    nak cek status ni yang kerap tak buat.. sebab kalau cari hotel pun last minit, dan kerap dapat yang tak ada coffee house

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me