Salam,

Tidak kurang daripada 3 jam lagi pusat mengundi akan ditutup. Selepas jam 5 nanti, proses mengira keputusan undi akan bermula.

Secara ringkasnya apabila masa mengundi tamat, Ketua Tempat Mengundi ( KTM ) dikehendaki menutup pusat mengundi. Hanya pemilih atau pengundi yang masih berada di dalam bilik mengundi sahaja akan diberikan masa untuk mengundi, manakala pengundi yang berada di luar bilik mengundi, tidak lagi dibenarkan membuang undi ( Kes datang lambat ).

Penjelasan secara baik mengapa mereka tidak dibenarkan membuang undi perlu dibuat oleh KTM. KTM akan memeterai peti undi disaksikan ejen mengundi yang hadir dan kemudiannya menandatangani pelekat keselamatan.

Pada masa sama, kerani pengundian dikehendaki menanggalkan semua poster dan label manakala EMU ( Ejen Mengira Undi ) akan dimaklumkan bila proses mengira keputusan undi akan dijalankan.

Terdapat 10 prosedur proses pengiraan undi yang mesti diikuti dalam menentukan keputusan undi.

1. Mengisi Borang 13 ( Kertas Undi ) – Borang yang perlu diisi dengan lengkap dan digunakan semasa mengira undi. 4 Perkara ditekankan dalam borang ini ialah:

i. Bilangan kertas undi yang diterima dari pusat mengundi

ii. Bilangan kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi

iii. Bilangan kertas undi rosak ( contohnya kertas undi yang sudah diceraikan daripada buku undi tetapi tidak digunakan/tidak dimasukkan ke dalam peti undi )

iv. Bilangan kertas undi tidak digunakan dan jumlah kertas undi yang sepatutnya dimasukkan ke dalam peti undi

2. Pihak yang Dibenarkan Berada di Tempat Mengira Undi

i. Ahli panel & Pegawai SPR

ii. Pegawai Pengurus, KTM & Petugas Pilihan Raya

iii. Calon pilihan raya, ejen pilihan raya & EMU setiap calon

iv. Mereka yang memiliki kebenaran bertulis dari SPR

3. Mula Mengira Undii. Kertas undi dikeluarkan dan diletakkan dalam dulang ‘Undi Belum Kira’. Kertas undi dikira & diikat 10 helai bagi setiap satu ikatanii. Mengira kertas undi dalam jumlah sepuluh helai mengikut ikatan dan ditandakan dalam bilangan 100 pada borang SPR 757 ( Borang catatan bilangan pengesahan kertas undi )
4. Perbandingan Bilangan Kertas Undi yang Terdapat Dalam Dulang ‘Undi Belum Kira’ dengan Penyata Borang 13
5. Kerani Mengira Undi Memaparkan Setiap Helaian Kertas Undi Kepada EMU Sambil Meneriakkan Simbol Calon  – Jika tiada bantahan, kertas undi dimasukkan ke dalam dulang calon yang berkaitan
6. Jika terdapat bantahan EMU calon, kertas undi dimasukkan ke dalam dulang ‘undi ragu’
7. KTM menyatakan keputusan  kertas ‘undi ragu’ dan pengiraan kertas undi setiap calon bertanding akan dilakukan
8. EMU berhak memohon KTM agar melakukan proses ulang kira jika terdapat perbezaan 4 % atau ke bawah  antara bilangan undi calon terbanyak dengan calon kedua terbanyak, tidak termasuk undi yang ditolak.
9. Hanya 1 kali permohonan ulang kira undi bagi EMU calon dibenarkan – namun undang-undang pilihan raya masih boleh memberi kuasa kepada KTM agar melakukan ulang kira undi lebih daripada sekali untuk memuaskan hati pihak pemohon.
10. Selepas pengiraan undi, KTM perlu:

i. Menguruskan penyimpanan peralatan dan dokumen berkaitan ke dalam sampul

ii. Membawa peti undi, penyata pengundian, Borang 14 dan peralatan mengundi ke pusat penjumlahan rasmi undi

 

1 Comment

Leave a Reply to Hazmin Hamudin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *