PERADUAN WARKAH BUAT IBU

Tengah hari tadi, sempat baca akhbar Kosmo ! sementara menunggu masa untuk jemput si abang pulang dari sekolah. Ada satu info yang menarik perhatian iaitu Peraduan Warkah Buat Ibu Kategori 1 & 2 anjuran bersama Kosmo Online & Resorts World Genting sempena meraikan Hari Ibu yang bakal menjelang 13 Mei depan.

Memang amat menarik sekali sebab melalui peraduan ni kita ditawarkan hadiah yang agak lumayan juga di samping memberi kelainan untuk sambutan Hari Ibu tahun ni. Inilah masanya kita mengambil peluang untuk menunjukkan kasih sayang kepada insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Lebih bermakna jika ibu masih hidup… so jangan tunggu sehingga dia tiada.

So, saya ambil kesempatan catatkan di sini supaya kita dapat sama2 share, join dan mungkin jika bernasib baik berpeluang memenangi hadiah. Actually, tak ada sebarang keuntungan  pun untuk saya bcoz ini bukannya post berbayar oleh sesape erk… Just to share. Tapi kalau salah satu pihak ni nak bayar boleh gak kan. Kecik tapak tangan, padang bola ambe tadahkan …ngeeeee 😀

Ok, cara untuk menyertai peraduan ni senang je. Just ikut step2 di bawah bagi kategori 1

1. Karang sepucuk warkah ( sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris ) yang tidak melebihi 200 patah perkataan mengikut tema mingguan. Tema mingguannya adalah seperti di bawah.

a) 3 April 2013 – Perkara menarik tentang ibu saya

b) 9 April 2013 – Terima kasih ibu

c) 15 April 2013 – Ibu, kau ratu hatiku

d) 20 April 2013 – Ibu, maafkan aku

e) 26 April 2013 – Mengapa ibu saya layak memenangi percutian ini ?

2. Klik butang Like pada akaun FB Resorts World Genting dan Kosmo!Online

3. Upload surat yang dikarang dengan klik pada tab FB RWG

Hadiah

10 pakej percutian 3 hari 2 malam untuk 4 orang di Resorts World Kijal, Terengganu & baucar Taman Sari Royal Heritage Spa bernilai RM2500

** Menariknya kerana jika kalian menang, selain membawa ibu, pemenang juga dibenarkan membawa 2 orang lagi ahli keluarga yang lain untuk meraikannya..

Selain itu, peserta Warkah Buat Ibu 2  Kategori 2 yang mana menghantar warkah kreatif secara pos juga berpeluang memenangi hadiah lumayan yang keseluruhannya berjumlah RM6,000 .

Untuk kategori 2 ni, syarat peraduan sedikit berbeza. Untuk info lebih lanjut, kalian boleh layari FB RWG & Kosmo! Online. Tarikh tutup peraduan bagi kategori 2 ni adalah pada 2 Mei 2013.

Haa, jom ramai2 cuba … mana tahu mungkin ada rezeki untuk kalian & ibu. Siapa tahu kan ^__^. Opps, keputusan akan diumumkan pada 4 Mei 2013.

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

8 comments

  1. salam.
    baik ibu atau ayah dua2 kena bagi kasih sama rata.klu tak ada ibu ayag tak der kita lgi tak wujudkan.

    eh cik admin joint ker? semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me