PERADUAN MENGARANG PANTUN PENDIDIKAN 2013

Salam Isnin

Dalam banyak2 info semasa yang dikeluarkan oleh KPM ( Kementerian Pendidikan Malaysia ), mungkin ramai yang terlepas pandang atau mungkin juga tidak tahu tentang adanya Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 yang dianjurkan oleh PUSPANITA Cawangan KPM dan PUSPANITA DBP ( Dewan Bahasa dan Pustaka ),dengan kerjasama  Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP.

Peraduan Mengarang Pantun  Pendidikan 2013 yang bertujuan memupuk minat dan kecintaan generasi muda terhadap kesusasteraan tradisional Melayu ini terbahagi kepada 2 kategori penyertaan iaitu;

1. Pelajar sekolah menengah

2. Penjawat Awam KPM

Jadi, kepada yang berminat dan memiliki bakat berpantun seperti blogger ini dan rakan seangkatan dengannya, amat rugi rasanya jika melepaskan peluang ini.

Hadiah yang ditawarkan untuk kategori penjawat awam ( KPM ) adalah seperti berikut.

  • Juara : Wang tunai RM 300.00, Hadiah iringan berupa buku terbitan DBP dan sijil penghargaan
  • Naib Juara : Wang tunai RM250.00, Hadiah iringan berupa buku terbitan DBP dan sijil penghargaan
  • Tempat Ke-3 : Wang tunai RM150.00, Hadiah iringan berupa buku terbitan DBP dan sijil penghargaan
  • Sagu hati (5 peserta terbaik) : RM100.00, Hadiah iringan berupa buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mei 2013.

Untuk mengetahui syarat-syarat serta prosedur lanjut dan memuat turun borang penyertaan, anda boleh klik pada 2 pautan di bawah.

Kategori pelajar menengah

Kategori penjawat awam ( KPM )

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me