Peluang Kerjaya Sebagai Penterjemah Bebas

By | August 23, 2015

Peluang Kerjaya Sebagai Penterjemah Bebas

Salam sejahtera untuk semua

Pernah tak anda membeli atau membaca buku serta karya terjemahan semasa anda berkunjung ke kedai buku ?

Saya sendiri pernah membeli beberapa buah buku motivasi yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu seperti “ Eat That Frog “ karya Brian Tracy  dan “ Chicken Soup For The Soul “ hasil tulisan Jack Canfield  daripada kedai buku Popular. Tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni jarang dah saya ke kedai buku, sebaliknya lebih selesa beli kat kedai buku online saja hihihi. Bukan apa, tak ada la asyik nak terlajak membeli je 😀

Ok karya terjemahan adalah karya yang ditulis dalam satu bahasa tertentu, kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa yang lain. Contohnya daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, atau sebaliknya. Begitu juga dengan bahasa-bahasa yang lain.

Tujuan penterjemahan tersebut adalah sebagai satu strategi pemasaran, yang mana karya itu mungkin hendak dipasarkan ke luar daripada lingkungan penutur bahasa asal.

Dalam usaha menterjemah bahan atau karya tersebut, penterjemah atau translator sudah tentulah menjadi individu yang sangat penting dalam proses ini. Tanpa seorang ‘translator’, mana mungkin karya itu dapat diterjemahkan dengan baik ke dalam bahasa asing yang lain.

Skop / Peluang Kerjaya Penterjemah Bebas

Skop kerjaya sebagai penterjemah atau ‘translator’ pada hari ini semakin meluas. Percaya atau tidak, penterjemah pada hari ini bukan lagi sekadar menterjemah buku. Bidang penterjemahan semakin berkembang meliputi manuskrip, kertas kerja atau kertas projek, dokumen perniagaan, data perisian , kandungan blog atau web dan sebagainya lagi.

Selari dengan pertumbuhan ekonomi di mana wujudnya banyak syarikat multinasional di serata dunia , penterjemah yang berkebolehan dan menguasai lebih daripada satu bahasa sering menjadi buruan banyak pihak yang berkenaan.

Contoh Iklan Translator Job

Peluang Kerjaya Sebagai Penterjemah Bebas

Memandangkan masih belum ramai yang menceburi bidang ini, bekerja sebagai penterjemah bebas adalah merupakan peluang besar buat anda membina kerjaya yang hebat serta mencapai kebebasan kewangan . Ini kerana kebanyakan upah dibayar dalam nilai matawang USD.

Bagi yang berminat dan menguasai lebih daripada satu bahasa mungkin tertanya –tanya , di mana dan bagaimana anda boleh bermula .

Sebenarnya dia negara kita sendiri sudah ada banyak pihak yang menawarkan peluang kerjaya ‘translator’ atau penterjemah bebas dengan bayaran upah yang lumayan. Anda bebas untuk memilih mana-mana pihak atau syarikat yang anda percaya boleh membantu anda mendapatkan peluang kerja tersebut.

Untuk mendapatkan peluang kerja tersebut, anda terlebih dahulu perlu membuat pendaftaran diri dengan pihak yang berkenan bagi memudahkan mereka melihat ‘kelayakan dan kemampuan anda serta job dari bidang apa yang sesuai untuk anda terjemahkan .

Namun nasihat saya , ada baiknya anda selidiki terlebih dahulu profile atau latar belakang mereka agar anda tidak tertipu.

Satu tips mudah daripada saya , pilih syarikat atau pihak yang jelas mempunyai lesen atau pendaftaran yang sah seperti penyedia direktori  ini bagi membantu anda berhubung terus dengan pihak yang mencari penterjemah dan mendapatkan ‘job’ daripada mereka.

Mereka antara perantara yang cukup dikenali , mempunyai nama besar serta sangat dipercayai dapat membantu anda mencapai impian menjadi seorang penterjemah. Telah banyak testimoni dari orang ramai yang berkecimpung dalam bidang ini , menunjukkan betapa mereka amat berpuas hati dengan peluang yang diberikan.

Ok, untuk entri akan datang , insyaallah jika tiada aral melintang, saya akan kupaskan sedikit kepada anda tentang syarat-syarat atau kelayakan yang diperlukan untuk bekerja sebagai seorang penterjemah bebas.

Jangan lupa baca nanti ya … Buat fresh graduate yang masih belum mendapat tawaran kerja, tak ada salah nya untuk mencuba bidang ini. Zaman sekarang tak boleh memilih kerja sangat ye cik adik oii 🙂

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 thoughts on “Peluang Kerjaya Sebagai Penterjemah Bebas

        1. SisHaza Post author

          En Rosli kena daftarkan diri dengan pihak tersebut. Just click kat link yang saya sediakan dalam entri di atas,boleh buat pendaftaran di situ

          Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me