PANDUAN PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL PRU-13

By | April 12, 2013

Salam petang Jumaat,

Sana-sini sudah heboh dengan cerita pilihan raya. Di kawasan masing-masing rancak bercerita tentang peribadi calon yang terpilih . Ada yang suka, ada yang tidak. Ada yang layak, ada juga yang sebaliknya..

Perang poster juga sudah bermula. Mata dan dacing ada di mana-mana..bulan yang biasa dilihat pada waktu malam, kini kala siang hari juga sudah mengambang … 😀

Hey..jangan salah faham. Saya sekadar berkata berdasarkan apa yang dilihat. Tidak ada apa-apa maksud tersirat berkaitan ketiga-tiganya,serius!

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, banyak betul bendera yang dipasang. Aneka warna,sekilas pandang kelihatan cukup meriah dan cantik juga. Lalu sekali lagi keesokan pagi, berubah-ubah bilangan dan tempat pula. Hehe… rajin betul tukang pacaknya ye..

Ok, entri kali ni dipetik daripada sebuah akhbar. Mungkin ada yang belum baca, so boleh baca saja di sini.

Isu penggunaan dakwat kekal masih dalam genggaman SPR. Warna dakwat kekal yang akan digunakan dalam PRU 13 nanti masih menjadi tanda tanya. Sama ada biru, hitam, hijau, pink ( ada ke ? ) dan sebagainya, hanya akan diketahui semua pada hari membuang undi 5 Mei nanti.

Walau bagaimanapun, SPR telah menggariskan cara atau panduan  penggunaan dakwat kekal PRU-13 nanti. Cara-caranya tersenarai seperti di bawah:

  • Selepas menunjukkan kad pengenalan identiti diri kepada petugas tempat mengundi, jari telunjuk kiri pengundi akan dicalit dengan dakwat kekal sebelum diberi kertas mengundi.
  • Calitan dakwat kekal adalah menggunakan berus bermula dari ruas pertama jari telunjuk sehingga meliputi kuku.
  • Dalam keadaan tertentu, dakwat juga boleh dicalit pada mana-mana jari lain tangan kiri pengundi dan dibolehkan juga pada jari telunjuk tangan kanan.
  • Sekiranya pengundi adalah OKU yakni tidak mempunyai jari pada kedua-dua belah tangan, dakwat dibenarkan dicalit pada lengan atau bahu sebelah kiri.
  • Pengundi yang tidak membenarkan jarinya dicalit dakwat kekal sama sekali tidak akan diberi kertas mengundi ( ** maknanya wajib calit @ mandatory ).
  •  jenis dakwat kekal berbeza digunakan pada pengundi awal dan pengundi biasa .
  • Tanda dakwat kekal ini kalis air dan bertahan selama seminggu.
  • Hukum penggunaan dakwat kekal  adalah HARUS seperti yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2012.

Ok, itu saja perkongsian pada hari ini.

P/s: petang Jumaat x boleh ‘ bercengkerama’ lama2 dengan si Note 10.1 atau ASUS ee lantaran baju tak berlipat masih berbakul menunggu untuk ‘dibelai’ hu hu hu..Begitulah bila seorang cikgu, seorang isteri dan seorang ibu beriya-iya nak jadi blogger ^_^

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

One thought on “PANDUAN PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL PRU-13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me