MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SL1M

By | April 8, 2013

SL1M adalah ringkasan bagi Skim Latihan 1 Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan dengan sasaran kepada para graduan lepasan universiti.

Umum semua maklum bahawa persaingan antara graduan universiti untuk mendapatkan pekerjaan adalah sangat sengit. Sehubungan itu SL1M dilancarkan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.

Untuk menjayakan program ini, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) berkolaborasi  dengan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan pihak swasta secara corporate social responsibility (CSR).

Antara Struktur Latihan dan Modul SL1M yang diperkenalkan adalah seperti di bawah:

  • Modul-modul wajib bagi memantapkan kemahiran insaniah peserta SL1M:
    Soft-Skills Training’- 2 Bulan
    (Elaun bulanan peserta semasa ‘Soft-Skills Training’ – minimum RM 1,000)
  • Communication
  • Creative & Analytical Thinking
  • Organisational Adaptability
  • Value Driven Professional and
  • Grooming & Etiquette
  • Modul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat anda:
    Latihan di dalam kelas

English for Business Communication

  • English Language Proficiency
  • Financial Management
  • Entrepreneurship
  • Self-Motivation Drive
  • Self-Discipline
  • Physical & Spiritual Enhancement
  • Interpersonal Relationships

Latihan di luar kelas

  • Team Building
  • Event Management Activities
  • CSR Projects
  • Physical Exercise & Discipline Building

–         Taekwondo

–         Marching (Berkawad)

–         Sports and others

  • Religious, Spiritual & Moral Values Enhancement
  1. On-Job-Training’ – (minimum 6 bulan dan maksimum 10 bulan)
    (Elaun bulanan peserta semasa ‘On-Job-Training’ – minimum RM 1,000)
  2. Penempatan Pekerjaan (Job Placement)

– Peserta dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir.

Kepada para graduan yang berminat untuk mendaftarkan diri, mereka harus terlebih dahulu menepati syarat2 berikut :

  • Graduan mestilah Warganegara Malaysia
  • Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
  • Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia
  • Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
  • Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
  • Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia

Ok, untuk mendaftar pula lepasan universiti yang berminat perlu mengisi borang permohonan selengkapnya dan hantarkan ke

Ketua Sekretariat, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) ,Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kompleks B, Blok B5 Aras 3, 62502 Putrajaya Malaysia

Ok kepada yang berminat bolehlah muat turun borang permohonan SL1M melalui pautan ini  .

Di sini juga saya sertakan contoh borang yang akan dimuat turun.

Diharapkan info ringkas berkenaan Skim Latihan 1 Malaysia ini sedikit sebanyak dapat membantu para graduan yang sedang mencari peluang pekerjaan. Good luck !

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SL1M

  1. Pingback: Free Webmaster Guide

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me