Semalam saya dan Mr Hubby ke Alor Setar untuk sesi servis si Novy yang entah ke berapa kalinya … ( haha sori le, bab ni Cik Kiah memang failed )sebab mileage dah mencapai hampir 60k.
Kalut surfing sana-sini sebab lupa nak tanya dengan mereka tentang lokasi baru pusat pameran dan servis toyota Alor Setar semasa buat service confirmation. Sebelum ni, mereka beroperasi di tempat lama iaitu di Jalan Gangsa. Rupa-rupanya lokasi baru lagi mudah. Letaknya di laluan atau jalan baru berdekatan TESCO Mergong.
Sebelum keluar dari rumah, saya siap berangan lagi. Boleh le merayap kat TESCO sementara menunggu kerja-kerja servis siap. Mana tau kalau2 ada jumpa blouse fesyen baru, boleh pakai untuk balik ke Terengganu Jumaat ni 😛 ahaks
Sekali bila dah sampai, mak aihh jauh juga dari TESCO. Dalam anggaran 1.3 atau 1.5 km. Takkan nak menapak kot. Huhu, tak jadi lah window shopping. Sekadar duduk di ruang menunggu dari jam 11.45 hingga 3.40 petang. Dah tak tahu apa nak dibuat, saya curi2 snap gambar2 sekitar pusat servis dengan Note 10.1 ni. Sudilah kiranya layan gambar2 ni, walaupun tak secantik gambar menggunakan kamera DLSR seperti para blogger lain yang kebanyakannya sudah jauh ke depan bab itu.
Snap ikut suka ati je. Maklumlah amatur.

ruang dalam tempat menunggu yang jauh lebih luas dan selesa

ruang menunggu pada waktu tengah hari yang kelihatan agak lengang
Ini pula ketika ‘Novyku’ sedang ‘dikerjakan’. Snap ikut kaedah yang dipanggil sebagai ‘ hentam sajalah ‘
Sebenarnya ada beberapa keping lagi gambar sekitar bengkel kerja mereka, tapi malaslah nak upload. Bukannya apa, macam tak ada motif pun. Entah hape2 kan.. Lagipun sebelum ni ada saya cerita tentang perkara yang perlu dielakkan agar loading blog jadi lebih cepat. Hmm, itu sendiri mau ingatlah ..
Ok lah, masalah sebenarnya hari ni saya ketandusan idea. Ikhlas mengaku. Entah, blur semacam aje. So, itu le punca keluarnya gambar2 ni. Kepada pemilik Toyota, pusat pameran dan servis yang baru ni terletak di kawasan Bandar Baru Mergong. Jika biasa ke TESCO Mergong, lajak ke hadapan sedikit jumpalah ia.
ada wifi dan galaxy tab dah dapat hilangkan jemu menunggu
molek lagi kalau mereka sediakan minuman free
hehe
ye la, nasib baik ada minuman n biskut kering hihih
yang penting ada wifi..terbaik..hehe