Tudung kanak-kanak
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR – Kongsi Macam2 Cerita

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR

Kredit : Google Images

Melihat kepada keadaan banjir yang sedang melanda negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia seperti Perak, Pulau-Pinang dan Kedah walaupun sudah sedikit reda serta keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ini, orang ramai terutama penduduk  negeri berdekatan seperti Perlis serta juga negeri-negeri lain haruslah bersiap sedia.

Jangan sampai terhantuk baru nak terngadah. Langkah-langkah persediaan menghadapi banjir boleh diambil dari awal-awal lagi supaya bencana yang menimpa tidak menambahkan lagi masalah pada kesulitan yang sedia dihadapi.

Antara langkah-langkah persediaan menghadapi banjir yang boleh diambil sebaik melihat tanda-tanda dari curahan hujan yang berterusan dan apabila mendengar pengumuman arahan bersedia oleh pihak berkuasa tempatan ialah :

  1. menyimpan dokumen-dokumen penting seperti sijil lahir anak-anak, sijil nikah, kad pengenalan, geran tanah, rumah, kereta, buku akaun bank serta lain-lain dokumen penting ke dalam bekas,beg plastik atau fail di tempat yang tinggi, yang diyakini selamat daripada resapan air dan sebagainya serta mudah ditemui atau diambil jika terpaksa berpindah.
  2. kaedah yang sama juga boleh dipraktikkan bagi penyimpanan barang kemas atau barang-barang berharga.
  3. mengangkat barang-barang atau peralatan elektrik ke tempat yang lebih tinggi serta selamat
  4. pastikan anda ada menyimpan nombor-nombor perhubungan  penting seperti nombor telefon bomba dan penyelamat, ahli keluarga terdekat, jiran, balai polis terdekat serta nombor-nombor lain yang boleh digunakan semasa kecemasan.
  5. menyediakan keperluan asas yang patut didahulukan seperti susu dan lampin pakai buang anak-anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan pakaian yang sesuai seperti baju sejuk, tuala, stoking, selimut ( walaupun selalu ada sumbangan untuk mangsa banjir tetapi lebih baik beringat-ingat ) serta lain-lain keperluan yang mungkin diperlukan sebagai persediaan jika terpaksa berpindah.
  6. menyimpan bekalan air bersih yang secukupnya sebagai stok minuman dan kegunaan memasak.
  7. menyimpan serba sedikit stok makanan kering  seperti beras, tepung, biskut, sardin dan minyak masak untuk kegunaan beberapa hari jika berlakunya kemungkinan anda tersekat tetapi  tidak sempat berpindah ke mana-mana pusat pemindahan mangsa banjir.
  8. menyimpan alat-alat ganti atau peralatan selenggara kenderaan di tempat yang selamat.
  9. mengubah kedudukan kenderaan ke tempat yang lebih tinggi dan selamat daripada ditenggelami air ( dalam pada itu, kena juga pastikan keselamatan kenderaan dengan menguncinya agar tidak berlaku perkara lain yang tidak diingini seperti pecah masuk, kecurian atau perbuatan khianat )
  10. menambat basikal atau barangan bernilai yang terdapat di luar rumah pada tiang atau sesuatu yang kukuh agar tidak dihanyutkan air ( kes-kes tiada stor penyimpanan )
  11. menyimpan baja, bahan kimia atau sebarang bahan yang boleh larut atau  diresapi air di tempat tinggi bagi mengelakkan berlakunya pencemaran atau keracunan air.
  12. meletakkan haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, hamster dan sebagainya di dalam sangkar dan memastikan kedudukannya tinggi dan selamat serta cukup dengan bekalan makanan dan minuman.
  13. sentiasa menyelenggara bahagian halaman, belakang rumah serta longkang agar tiada kekotoran, semak-samun atau apa saja bahan yang boleh menyekat atau melambatkan aliran air.

Demikian 13 senarai yang boleh anda ambil sebagai langkah persediaan menghadapi banjir. Untuk mendapatkan tips panduan semasa dan selepas banjir serta lain-lain maklumat berkaitan bencana banjir dan lain-lain bencana alam, bolehlah layari Portal Bencana ini pada bila-bila masa sahaja.

Rujukan : Portal Rasmi Majlis Keselamatan Negara

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

8 Comments on "LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR"

  1. skrg ni musim hujan ye kak, paling terkini tragedi di cameron highlands, semoga mereka yg terlibat banyak2 bersabar atas ujian ini

  2. kawasan kami juga sering hujan dalam sehari dua ni
    kain baju makin banyak yang tak kering

    awas banjir
    jaga keselamatan ya

  3. terima kasih atas peringatan dan tips.. sesuai untuk persediaan kita menghadapi apa saja bencana..

  4. sekrang musin hujan.pasang kipas pun rasa sejuk. tadi hantar anak sejuk juga ni

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me